Tun Mahathir Salahkan Anwar Punca Tidak Dilantik PM8?

Tangkap layar portal akhbar Free Malaysia Today.

[Free Malaysia Today}- Dr Mahathir Mohamad menyalahkan Presiden PKR, Anwar Ibrahim sebagai punca beliau tidak dilantik sebagai perdana menteri ke-8.

Beliau berkata, Anwar tidak dapat menjadi perdana menteri kerana ramai yang tidak lagi menyokongnya.

“Anwar memang dia gila-gila nak jadi PM, dia tak boleh jadi (PM) pasal entah macam mana kalau dulu ramai sokong dia, sekarang ini ramai sokong saya.”

Mahathir berkata demikian dalam mesyuarat tertutup dengan pemimpin akar umbi Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini yang dirakam dan dimuat naik ke Facebook Amanah.

Bekas perdana menteri itu berkata, beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri pada Isnin lalu supaya Anwar dapat membuktikan beliau mempunyai sokongan untuk menerajui negara.

“Kalau orang nak saya, nak saya bertanding, saya dapat balik, tetapi Anwar fikir dia boleh dapat balik.

“Saya amat sedih kerana saya kalah dalam pemilihan ini kerana dia minta pada PH supaya namakan dia sebagai calon (PM) PH.

“Kalau tak, saya dah dapat 90 undi dan tambah 60 undi, saya boleh dapat majoriti jadi (PM) kerana dia tuntut untuk jadi calon, walaupun dia sepatutnya tak boleh dapat, tetapi dia tuntut.”

Pagi tadi, Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-8 selepas mendapat sokongan daripada Barisan Nasional, PAS, Gabungan Parti Sarawak, beberapa ahli Parlimen dari PPBM dan PKR.

TERKINI – Pemimpin PKR Diserang Ahli PKR di Ibu Pejabat PKR (Video)

Keadaan kecoh terus berlaku di depan Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya. Kali ini naib presiden parti itu, Tian Chua, diserang beberapa penyokong parti.

Kejadian berlaku ketika dia diiringi dari pintu bangunan ke kereta yang diletakkan tidak jauh dari situ. Dia kemudian dikelilingi kira-kira 30 orang itu.

Ketika berada di pintu kereta Tian kelihatan sangat berang dan keadaan tegang di antara dia dan seorang penyokong. 

Seseorang yang tidak dapat dikenali kemudian membaling botol plastik ke arahnya.

Ketika beberapa orang pengiring Tian cuba menenangkan orang ramai, seorang lelaki memukul belakang kepala bekas ahli parlimen Batu itu.

Seorang lelaki lain mula menghentak-hentak bumbung kereta.

Tian kemudian dibawa masuk ke kereta dan beredar dari situ. -{Malaysiakini]

Kemelut PPBM: Ke Mana Syed Saddiq Selepas Ini?

[Malaysia Gazette}- Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diminta memecat Syed Saddiq Abdul Rahman sebagai ketua armada parti.

Justeru, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd. Redzuan Mohd. Yusof mencadangkan Exco Armada, Muzammil Ismail sebagai pemangku sementara pemilihan semula ketua Armada dilakukan.

“Muzammil ada potensi besar dan dapat sokongan akar umbi, saya cadangkan presiden dia (Muzammil) boleh pangku ketua Armada jika Syed Saddiq didapati langgar disiplin parti, kita kena gerak cepat,” katanya.

Beliau ditemui bersama Muzammil di perkarangan kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Menurut Mohd. Redzuan Yusof, dua ahli pimpinan parti itu adalah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Tindakan itu diambil kerana mendapati Mukhriz dan Syed Saddiq mengambil pendekatan menentang Muhyiddin.

“Kita ada Lembaga Displin dan kita ada peraturan dan akan jalankan proses itu. Nampaknya jawatan Ketua Armada yang disandang oleh Syed Saddiq akan dikosongkan tapi dia boleh memangku tugas itu atas arahan presiden,” katanya.

Mukhriz Mahathir dan Syed Saddiq antara pimpinan Bersatu yang bertindak menyokong bekas pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Rakaman Istiadat Angkat Sumpah Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin

114 SD Tidak Menjejas Status Tan Sri Muhyiddin – Rais Yatim (Video)

[Malaysia Gazette}- Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Tan Sri Dr Rais Yatim percaya Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan mengkucar-kacirkan negara ekoran kemelut politik yang melanda negara kini.

Keyakinan itu dilahirkan dengan mengambil kira pengalaman Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri selama lebih 24 tahun, justeru  biarpun tempat beliau kini diambilalih oleh Tan Sri Muhyiddin dilantik menjadi Perdana Menteri yang baharu.

“Saya tak fikir (Tun akan kucar-kacirkan negara) dan rakyat akan menzahirkan pandangan Tun  seorang yang bijaksana, saya percaya beliau tidak mahu melihat negara ini kucar kacir.

“Beliau sudah menjadi perdana menteri 24 tahun dalam tempoh diberi oleh Allah,” katanya kepada media selepas selesai mengunjungi Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi.

Ditanya dakwaan PH memperoleh akaun berkanun 114 ahli Parlimen menyokong Dr Mahathir, Rais berkata ia tidak menjejaskan perjalanan Muhyiddin untuk mengangkatkan sumpah jawatan esok.

“Kita berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan, jadi Agong telah menggunakan kuasa di bawah Perkara 43 (2)A). Baginda tidak payah bilang (kerusi Parlimen) sangat.

“Baginda sebagai pihak diraja, mengumpulkan tangapan bahawa seseorang itu mempunyai sokongan yang lebih atau majoriti di Parlimen atau di Dewan Rakyat,” jelas beliau.

Menurut beliau, sebarang percubaan untuk mempertikaikan pelantikan Muhyiddin hendaklah dibuat di Dewan Rakyat menggunakan tatacara yang telah ditetapkan termasuk bilangan hari, perkataan dan phrasa yang digunakan.

Dalam pada itu, Rais berkata beliau yakin dengan kredibiliti Muhyiddin dalam mengepalai gabungan baharu yang akan membentuk kerajaan baharu yang memerintah.

“Saya yakin beliau dapat mengepalai kerajaan baharu dengan satu semangat baharu, anti korup, anti jenayah, untuk perjuangan kita masa depan.

“Tugasan atau khidmat yang dilaksana kerajaan PH selama hampir dua tahun saya yakin beliau akan lebih bijaksana dan juga produktif dalam kerajaan yang dipimpin,” katanya.

Bekas Menteri UMNO itu turut berkata, selepas Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan, akan wujud perubahan baharu dalam lanskap politik negara akan menangani kemelut yang membelit pentadbiran kerajaan terdahulu.

“Selepas jam 10 pagi esok saya yakin satu aura baru wujud di tanah air kita namun kita berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir dan rakan-rakan juga yang telah memberi peluang kepada Muhyiddin dan rakan-rakan beliau dalam kerajaan nanti,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

Sila rujuk: Relevankah SD Baharu Setelah Titah Tuanku?

Perikatan Nasional Sedia Merampas Melaka?

[UMNO Online}- Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, perakuan bersumpah (SD) UMNO Melaka sudah lengkap dan akan dipersembahkan kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob dalam masa terdekat.

Jelasnya beliau, dengan jumlah SD itu beliau yakin UMNO boleh menubuhkan kerajaan di negeri itu.

“Tunggu dan lihat, yang pastinya kita tidak mahu seperti negeri lain yang telah berubah kepada pemerintahan kerajaan perikatan nasional.

“SD UMNO ketika ini sudah lengkap dan menunggu masa yang sesuai,” ujar beliau dalam satu sidang media yang diadakan di kediamannya Jumaat malam.

Tambah Ab Rauf, UMNO Melaka sentiasa membuka pintu kerjasama dengan parti lain bagi bersama-sama mentadbir negeri tersebut.

Ketika ditanya adakah dibincang berkaitan nama calon Ketua Menteri Melaka yang baharu, Ab Rauf menjelaskan kesemua 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dan Barisan Nasional (BN) semenangnya layak bagi jawatan itu.

Namun begitu, beliau akan bertemu bersama pucuk pimpinan pusat bagi menentukan calon yang terbaik untuk diangkat sebagai Ketua Menteri jika perubahan pemerintahan negeri itu berlaku.

Hadir sama dalam mesyuarat itu, ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Ir Idris Haron serta semua peringkat pimpinan UMNO negeri.