Finaz Yunus Letak Jawatan di TV AlHijrah

Wartawan dan pengacara tempatan, Hajah Syafinaz Yunus telah meletakkan jawatannya di TV AlHijrah hari ini setelah 12 tahun berkhidmat dalam syarikat penyiaran tersebut.

Melalui sebuah kenyataan yang dikeluarkan di laman-laman sosialnya pagi tadi, beliau yang lebih masyhur dengan nama Finaz Yunus berkata tidak mudah baginya untuk membuat keputusan tersebut.

“Bukan mudah untuk meninggalkan tempat yang memberi pelbagai pengalaman pahit & manis dalam membentuk saya sebagai seorang Manusia, Pengamal Media & Ketua. TV AlHijrah adalah ‘madrasah’ buat saya.

“Tidak pernah saya menunaikan solat sunah istikharah sebanyak ini untuk peroleh keyakinan.”

Finaz telah berkhidmat sebagai pengamal media di TV AlHijrah sejak 1 Jun 2010. Sepanjang masa itu, beliau telah membuat laporan khas untuk TV AlHijrah serta menjalankan rancangannya sendiri, Analisis.

Rancangan tersebut bermula sebagai satu slot di dalam Berita AlHijrah, sebelum dibesarkan menjadi program penuh berdurasi satu jam.

Di dalam terbitan di laman Instagramnya yang disertakan satu video pendek, Finaz menyifatkan stesen televisyen tersebut ibarat madrasah baginya, yang telah membuat dirinya lebih matang sebagai manusia.

Analisis @ TV AlHijrah: Calon Muda Pilihan Pengundi Muda Johor?

[Gambar]”Home Schooling” di Pink Point @ TV AlHijrah

Alhamdulillah, dua hari lepas saya bersama kakak-kakak saya, Aeshah Adlina dan Aiman Amani, dijemput oleh TV AlHijrah menjadi panel di dalam rancangan Pink Point.

Saya telah mendapat satu pengalaman yang amat berharga kerana ini adalah kali pertama saya mengambil bahagian di dalam rancangan yang berkonsep seperti ini. Ini adalah satu pengalaman yang sangat berbeza berbanding pengalaman saya menjadi panel rancangan “Sila Duduk, Jangan Lagi” dan “Assalamualaikum”.

Rancangan bual bicara santai yang dihoskan oleh Puan Azidah Mohamed itu berlangsung selama satu jam, bermula pada pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 3 petang. ‘Pink Point’ disiarkan secara langsung dan oleh kerana konsepnya ialah spontan, ceria dan santai, kami hanya diberikan topik perbincangan tanpa mengetahui apa yang akan diperkatakan; suatu situasi yang amat mendebarkan.

Saya telah cuba bersedia sebelum ke studio supaya dapat bersiaran dengan lancar dan tidak menghampakan penerbit dan penonton. Bersiaran secara langsung bermakna panel mesti berfikir dengan cepat supaya tidak terlalu teragak-agak apabila berbicara. Namun apabila dihujani dengan beberapa soalan yang tidak saya jangkakan, saya merasa agak berdebar. Contohnya apabila hos bertanya apakah keadaan yang sesuai untuk menggunakan “action speaks louder than words”! Namun, di dalam Pink Point, saya tidak diajukan soalan-soalan panas seperti soalan di dalam “Sila Duduk, Jangan Lari”.

Saya merasa amat bertuah kerana diundang sekali lagi oleh TV AlHijrah.

Rancangan itu ditutup dengan sebuah nasyid yang dinyanyikan oleh kami bertiga, bertajuk “Colours of Islam”, tulisan Dawud Wharnsby Ali.

Rakaman akan menyusul, InsyaAllah.

Related articles:

Home Schooling @ Pink Point – TV AlHijrah Selasa, 11 Disember 2018

InsyaAllah saya dan kakak-kakak, Aiman Amani dan Aeshah Adlina akan bersiaran secara langsung di TV AlHijrah selama satu jam petang ini bermula pukul 2 petang di dalam rancangan Pink Point.

Bersama hos, Azidah Mohamed, topik yang akan kami bincangkan ialah “Home Schooling”.

Pemikiran Muda – Langsung di TV AlHijrah Rabu, 28 November 2018

ICERD: PERLUKAH? – Analisis TV AlHijrah

Gambar Sekitar Majlis Tahlil A. Karim Omar

Alhamdulillah, dengan rahmat Allah S.W.T., majlis tahlil ayahanda kesayangan kami, Allahyarham Tuan Haji A. Karim bin Omar telahpun berjalan dengan lancar selama 3 malam berturut-turut.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan majlis tahlil ini.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T., Amin.

Al-Fatihah.

[Video] Gerakan Kristian Ektremis Radikal Bertapak di Malaysia?

%d bloggers like this: