UMNO Johor Saran Kabinet Baru Bersih, Berintegriti dan Bebas Rasuah

UMNO Negeri Johor mencadangkan agar lantikan jemaah menteri yang bakal dibuat dalam masa terdekat dilakukan secara profesional dengan memilih individu bersih, berkualiti, serta berintegriti.

Menurut Bendahari UMNO Johor, Datuk Md Jais Sarday, kabinet baharu di bawah Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak seharusnya dilihat sebagai kabinet Melayu sahaja, dan menteri-menteri haruslah mempunyai nama yang bersih bagi menjaga imej negara.

“Ahli Parlimen yang menghadapi tuduhan mahkamah tidak boleh menjadi sebahagian daripada kabinet baru kerana ia membabitkan soal kepercayaan dan integriti.”

Kata Md Jais, dengan perkembangan mutakhir politik negara, ia adalah harapan terakhir kerajaan untuk melantik individu yang dapat mengubah ekonomi dan membantu meringankan beban rakyat, seperti yang berlaku sebelum ini.

“Tan Sri Muhyiddin juga diharapkan tidak melantik Ahli Parlimen yang mempunyai latar belakang tercemar untuk menjadi sebahagian dalam kabinet baharu yang bakal dibentuk.

“Namun, ada cara lain untuk memberi ganjaran kepada mereka yang setia termasuk memberi kedudukan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya di dalam sebuah kenyataan yang dilapor oleh akhbar Harian Metro hari ini.

Beliau juga yakin bahawa Menteri Besar Johor ke-18, Datuk Hasni Mohammad, akan melantik barisan Exco secara profesional termasuk wakil masyarakat Cina dan India dalam kepimpinannya.

“Saya percaya beliau (Hasni) seorang pemimpin berpengalaman, dapat melakukan yang terbaik untuk memperbaiki ekonomi negeri dan membantu rakyat,” katanya.

Bubar DUN Melaka: TYT Tolak Permintaan Ketua Menteri

Setelah kerajaan Pakatan Harapan (PH) kehilangan kuasa di negeri Johor dan pusat, kini kerajaan PH Melaka pula tumbang akibat perpecahan parti PH dan peletakan jawatan Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir yang membawa kepada krisis politik paling getir di tanah air kita.

Sila baca: YB Norhizam: “Saya Mengaku Saya Jadi Barua” (Video)

Untuk rekod seperti yang beliau laporkan di Facebooknya, Ketua Menteri Melaka telah memohon Tuan Yang di-Pertuan Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob agar membubarkan DUN Melaka berikutan PH kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN).


(Astro Awani) – AYER KEROH: Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob menerusi satu kenyataan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), tidak bersetuju dengan cadangan Ketua Menteri Adly Zahari untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus menjalankan Pilihan Raya Negeri.

Keputusan itu dibuat selepas Tun Mohd Khalil mendapati Adly yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN di negeri itu.Justeru itu, berdasarkan Perkara 7 (4) Perlembagaan Negeri Melaka, Ketua Menteri Melaka perlu meletakkan jawatan dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Selanjutnya, berdasarkan perkara 7 (2)(a) Perlembagaan Negeri turut menyatakan TYT akan melantik Ketua Menteri Melaka yang baharu dalam masa terdekat.

Terdahulu,  Adly Zahari dalam satu kenyataan media di Facebooknya menyatakan beliau mencadangkan kepada TYT Negeri Melaka untuk membubarkan Dun memberi laluan kepada Pilihanraya Negeri dijalankan.

YB Norhizam: “Saya Mengaku Saya Jadi Barua” (Video)

TERKINI: Bubar DUN Melaka: TYT Tolak Permintaan Ketua Menteri

[Harian Metro}- “SAYA mengaku saya jadi barua.” Demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee yang menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional.

Dalam sidang media mengumumkan peralihan kuasa kerajaan Melaka sebenar tadi, Norhizam berkata, beliau bertindak menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional demi orang Melayu.

“Saya bertindak demi kepentingan orang Melayu yang mana saya sudah bekerja keras, mereka kata nak berkhidmat tapi saya tengok saya jadi barua saja.

“Bila saya hati dan jiwa raga saya serahkan (kepada kepimpinan sebelum ini), ini yang berlaku. Saya kecewa, jadi saya balik ke pangkuan. Saya harap barisan kepimpinan kerajaan baru tak kecewakan rakyat,” katanya.

Ditanya mengenai kedudukannya dalam DAP, Norhizam berkata, beliau bersedia dengan semua kemungkinan.

“Itu antara saya dengan parti. Saya bersedia dengan semua kemungkinan,” katanya.

Video Exco Perak Menangis Teresak-esak Terpaksa Turunkan Gambar Sendiri

[Astro Awani}- Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim menangis apabila mengetahui kemungkinan terpaksa keluar dari pejabatnya susulan perkembangan politik yang berlaku di Putrajaya.

ADUN Titi Serong itu dilihat menangis teresak-esak dan tidak dapat menahan sebak apabila terpaksa menurunkan gambarnya sendiri di pejabat itu.“Saya rasa saya mempersiapkan diri saya untuk menerima keadaan yang akan berlaku dalam dua tiga hari ini. Saya datang sini untuk kemas barang-barang saya. Namun yang paling sedih saya terpaksa turunkan gambar saya sendiri iaitu gambar saya menerima watikah sebagai exco kerajaan negeri,” katanya semasa ditemui media di pejabatnya di Bangunan SUK Perak di sini pada Selasa.

Malah katanya, beliau masih mahu berkhidmat untuk rakyat Perak.“Saya masih belum puas untuk berkhidmat kepada rakyat Perak. Saya exco penerangan dan kerap berjumpa masyarakat.

“Antara yang paling menyentuh hati saya ialah program santai bersama rakyat bawahan. Dari situlah saya dapat lihat apa rakyat Perak mahu selama ini,” katanya lagi.

Tegasnya dalam kehidupan perlu ada prinsip dan kebenaran yang perlu ditegakkan.

Siapakah Bekas Menteri Kontak Rapat Pesakit Covid-19?

[mStar}- Pertambahan individu disahkan dan disyaki dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini besar kemungkinan akan memerlukan pihak media menjalani saringan kesihatan.

Perkembangan semasa politik tempatan adalah antara sebab utama pihak yang disyaki in contact secara langsung atau tidak langsung dengan individu berkenaan. 

Ia bermula susulan seorang pegawai kanan Uda Holdings Berhad dipercayai positif wabak koronavirus (Covid-19).

Difahamkan, individu berkenaan adalah pengerusi syarikat berkenaan, Datuk Hisham Hamdan.

Menerusi satu notis berjaga-jaga yang diedarkan oleh syarikat itu, mana-mana individu yang berhubung secara langsung dengan pemimpin kanan syarikat itu dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan atau hospital kerajaan berdekatan sekiranya menunjukkan simptom demam dan sakit tekak.

Malah individu tersebut juga diminta supaya tidak mendedahkan diri dengan orang lain.

Menurut notis itu juga, pemimpin kanan syarikat tersebut dilaporkan menghadiri Majlis Apresiasi untuk Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli ketika masing-masing menyandang jawatan menteri dan timbalan menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi di sebuah hotel negara pada 27 Februari lalu.

Difahamkan Mohd Redzuan dan Dr Hatta juga disyaki dijangkiti wabak itu dan kini dikuarantin.

Terdahulu, Mohd Redzuan turut dilaporkan berkunjung ke kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad, manakala Dr Hatta hadir dalam mesyuarat bersama Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu malam. 

Selain itu, pegawai kanan Khazanah Nasional juga disahkan positif wabak berkenaan. 

Usaha sedang dilakukan untuk mendapat pengesahan semua pihak terlibat. 

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Subang (PKR) Wong Chen mengesahkan ujian saringan pengesanan Covid-19 sedang dijalankan ke atas bekas menteri dan timbalan menteri itu.

“Bekas menteri dan timbalan menteri itu menghadiri banyak mesyuarat politik sepanjang krisis kepimpinan minggu lalu.

“Memandangkan perkara di atas, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mengasingkan diri sendiri hari ini dan esok, sehingga kami mendapat keputusan ujian bekas menteri dan timbalan menteri itu,” katanya dalam satu bebenang di Twitter.

Wong Chen turut meminta orang ramai supaya tidak panik mengenai perkara itu.

“Tolong jangan panik. Matlamat utama adalah mengenal pasti dan mengelak penularan wabak itu.

“Mereka yang bertemu dengan mangsa Covid-19 harus mengasingkan diri daripada orang lain dan jika sakit pergi ke hospital untuk ujian saringan,” katanya.

Sementara itu, Wong Chen memberitahu dia dalam keadaan sihat pagi Isnin.

“Saya akan bekerja dari rumah dan berhubung dengan pegawai saya menerusi panggilan video persidangan kira-kira pukul 10 pagi,” katanya.