Category: video
Anak Muda Pewaris Agama – Assalamualaikum TV AlHijrah (22-02-2022)
Video: Kenapa Penting Kerajaan Majoriti Besar?
Rakaman Penuh Perutusan Khas Muhyiddin Mengenai Peletakan Jawatan (16/08/2021)
Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 pada 16 Ogos 2021, setelah hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat. Beliau telah berkhidmat selama 18 bulan.
تن سري محي الدين محمد ياسين ملتقکن جاوتنڽ سباݢاي ڤردان منتري مليسيا ک-8 ڤد 16 اوݢوس 2021⹁ ستله هيلڠ کڤرچاياءن ماجوريتي اهلي ديوان رعيت. بلياو تله برخدمت سلاما 18 بولن.
Video – Ku Li Kita: The People’s Prince
Selepas negara kita ditubuhkan pada tahun 1957, negara kita mempunyai berbagai-bagai cabaran sebagai satu negara yang baharu. Namun Malaysia dapat berkembang sebagai satu negara yang maju sehingga digelar “The Asian Tiger” dan disegani negara-negara luar. Siapakah tokoh di sebalik kecemerlangan negara bangsa kita ini?
Terbitan berkaitan:
- Kuasa Agong: Budi Bicara v. Nasihat
- Kuasa Eksekutif Agong Yang Kurang Diketahui
- Adakah Ini Kebenaran Di Sebalik Penubuhan Semangat 46?
- Sejarah Asal Penubuhan PETRONAS Yang Ramai Kakitangan PETRONAS Pun Tak Tahu (VIDEO)
- Nampaknya Ku Li Masih Berbisa
- Royalti Minyak Sarawak: Ambil Iktibar Sikap Persekutuan Tun Rahman Ya’kub (Video)
- Ku Li: Orang Melayu Tidak Rela Jadi Hamba Abdi
Takbir Raya Aidilfitri 1442
الله اکبر⹁ الله اکبر الله اکبر.
لا اله الا الله والله اکبر.
الله اکبر ولله الحمد.
الله اکبر⹁ الله اکبر⹁ الله اکبر.
الله اکبر کبيرا⹁ والحمد لله کثيرا⹁ وسبحان الله بکرة واصيلا.
لا اله الا الله ولانعبد الا اياه مخلصين له الدين⹁ والو کره الکافرون.
لا اله الا الله وحده⹁ صدق وعده⹁ ونصر عبده⹁ واعز جنده وهزم الاحزاب وحده.
لا اله الا الله والله اکبر. الله اکبر ولله الحمد.
Tolong Undi Saya – Pertandingan Video Hari Raya
Berikut merupakan video ucapan hari raya Aidilfitri saya kepada guru-guru Akademi Youtuber Malaysia – AYU serta guru-guru di seluruh negara, bagi pertandingan Ucapan Raya Paling Kreatif oleh Akademi Youtuber. Harap dapat berikan sokongan kepada saya dengan menonton, menyuka, dan mengundi video tersebut melalui pautan-pautan yang tersedia di bawah.
Undi Ahmad Ali Karim
Sila klik butang di bawah untuk memberi sokongan kepada saya. Jangan lupa untuk mengundi dan menonton video “Dariku Untukmu Guru Akademi Youtuber” serta menekan butang ‘like‘ dan ‘share‘.
Ku Li: Orang Melayu Tidak Rela Jadi Hamba Abdi
Sebagai anak didik Almarhum Tunku Abdul Rahman, Tengku Razaleigh Hamzah lebih memahami dan menghayati semangat asal perjuangan UMNO berbanding ramai pemimpin UMNO lain, apatah lagi mereka yang pernah menentang kepimpinan Tunku dahulu.
Tengku Razaleigh menegaskan UMNO tidak ditubuhkan kerana perasaan dengki.
Malah asal sejarah penubuhan UMNO bukanlah bertujuan politik, tetapi merupakan satu perjuangan kebangsaan yang dibangkit oleh rakyat Tanah Melayu.
Perjuangan rakyat Raja yang diterajui UMNO adalah untuk membela Raja-raja Melayu serta maruah bangsa demi perasaan kasih sayang kepada Raja dan negara.
Orang Melayu tidak rela menjadi hamba abdi British melalui penubuhan Malayan Union.
Menurut Tengku, walaupun mempunyai semangat kebangsaan yang kuat, orang Melayu tidak rasis malah telah menerima kaum lain dengan tangan terbuka.
Ramai orang muda yang tidak mengenali sejarah perjuangan negara bangsa. Ada yang bersikap angkuh terhadap mereka yang lebih dahulu merasa asam garam kehidupan, malah merasakan diri lebih bijak serta sudah cukup berpengalaman.
Ramai juga yang bersikap tidak peduli serta tidak mengambil berat akan sejarah negara.
Generasi muda harus kembali kepada sejarah asas perjuangan orang Melayu supaya roh perjuangan asal kita tidak hilang ditelan zaman.
Rencana berkaitan:
- Nampaknya Ku Li Masih Berbisa
- Di Sebalik Kemelut Politik, Ramai Gesa Ku Li Dilantik Jadi PM
- Mesyuarat Tergempar MT UMNO Mesti Diadakan, Putus Mengenai Status Sokongan Terhadap K’jaan: Ku Li
- Kerat Empat Pun Ambo Takkan Masuk Parti Tun M, Rela Mati Dalam UMNO – Ku Li
- Ku Li: Antara Sumpah Jawatan MP & Perbahasan Belanjawan
- Buang Pemimpin UMNO Yang Mendahulukan Kepentingan Parti Lain – Ku Li
- Kebangkitan Ku Li: Jawapan Kepada Krisis Politik Negara?
- Mungkinkah UMNO Berkongsi Kuasa Dengan DAP? Ini Pendapat Ku Li
- Adakah Ini Kebenaran Di Sebalik Penubuhan Semangat 46?
- Ku Li, the Best Choice for Our Nation?
- Video: 6 Sebab Ku Li Paling Layak Menjadi Presiden UMNO
- Mengapa Perlu Saya Merangkak Ke Dr Mahathir, Kata Ku Li
Gambar & Video Banjir Kilat Kuala Lumpur (17/11/2020)
Hujan lebat bermula jam 4.30 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan sekitar pusat bandar ditenggelami air termasuk berhadapan Mindef Jalan Semarak di sini.
Twitter ITIS DBKL melaporkan beberapa jalan utama di pusat bandar ditakungi air menyebabkan trafik sesak dan bergerak perlahan.
Antaranya jalan yang dilaporkan sesak ialah di Jalan Kuching dari Bulatan Kepong ke Bulatan Batu Caves, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari Desa Tun Razak ke Bandar Tasik Selatan serta Bandar Tasik Selatan menuju Desa Tun Razak.
“Trafik turut dilaporkan sesak di Jalan Klang Lama, Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Kinabalu, Jalan Tun Razak dan Jalan KL-Seremban,” menurut ciapan di Twitter ITIS DBKL hari ini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan turut memaklumkan menerima empat panggilan berhubung banjir Jalan Segambut, Jalan Hang Lekiu, Jalan 21/26 Taman Sri Rampai dan Jalan Keramat.
Menurut kenyataan itu, JBPM KL turut menerima panggilan dua kes pokok tumbang melibatkan Jalan Damansara dan Blok B Projek Perumahan Rakyat (PPR) Air Panas.
“Kesemua kes tidak melibatkan mangsa kecuali bagi kejadian banjir kilat di Jalan Keramat melibatkan dua wanita yang berada di dalam rumah, namun berada dalam keadaan selamat, ” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Facebook Warga Taman Keramat turut berkongsi beberapa video keadaan banjir kilat di hadapan Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa dan AU1 serta Keramat Permai.
Hujan lebat petang tadi turut menyebabkan beberapa kawasan sekitar Rawang turut ditenggelami air termasuk Jalan Welman dan berhampiran tol Rawang. -{Sinar Harian]




Anwar: Muhyiddin Hilang Majoriti, Saya Beranggapan Kerajaan Telah Jatuh (Video)
Baca laporan terkini: Istana Negara: Dakwaan Anwar Tidak Kukuh, Senarai Nama Tidak Dikemukakan
Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bahawa beliau mempunyai sokongan lebih 120 Ahli Dewan Rakyat, dan sudah bersedia untuk menubuh kerajaan baharu.
Dalam satu sidang media khas di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur tadi, beliau mendakwa bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hilang majoriti, dan beranggap bahawa kerajaan beliau telahpun jatuh ke tangannya.
Sila baca: Akan Berakhirkah Penantian Anwar Ibrahim?
Beliau telah mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada jam 11 pagi tadi, dan menurutnya telah mempersembahkan dokumen-dokumen berkenaan dengan dakwaan beliau kepada Al-Sultan Abdullah.
Ini adalah kali kedua Anwar mendakwa kerajaan Muhyiddin telah jatuh, setelah sekali lagi mendakwa bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Parlimen.
Sila baca: Lucut Atau Tidak Kuasa Pemerintahan Ditentukan Dewan Rakyat – Ku Li
Anwar seterusnya mendakwa bahawa lebih daripada 12o orang ahli Dewan Rakyat kini menyokong beliau.
Katanya lagi, seterusnya Yang di-Pertuan Agong akan panggil mengadap ketua-ketua parti untuk pengesahan dan beliau menjangka baginda akan membuat keputusan dalam beberapa hari lagi.
Terdahulu, Anwar Ibrahim telah dipanggil oleh polis atas laporan mengenai dakwaan beliau yang mengatakan bahawa beliau telah mempunyai sokongan 121 Ahli Dewan Rakyat.
Ahli-ahli Parlimen dari pihak kerajaan telah menafikan bahawa mereka menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.
Sila baca: Polis Panggil Anwar Atas Senarai Didakwa Sokongan 121 Ahli Parlimen