Mengenang A. Karim Omar, Ayah Kesayanganku

Hari ini genap seminggu ayahanda saya meninggalkan kami dan saya amat merinduinya.

Dilahirkan di Kuala Terengganu, Allahyarham Haji A. Karim bin Omar ialah seorang aktivis Islam yang tegar mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Bergerak dibawah NGO Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), ayahanda tersayang saya juga merupakan Felo Utama Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) dan Felo Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

Sejak tahun 2012, ayahanda saya sering dijemput untuk memberi penerangan tentang ancaman terhadap akidah umat dan kedaulatan Islam di negara ini.

Jadual kerja ayahanda saya amat padat dan seringkali ayahanda saya terpaksa memandu ke seluruh negara dan meninggalkan rumah selama berminggu lamanya.

Jika tidak berceramah di seluruh negara, Allahyarham menghabiskan masanya dengan membuat penyelidikan khasnya di bidang Missiologi, berbincang dengan sahabat-sahabat atau berada di mejanya untuk menulis artikel di blognya.

Bila ada kelapangan, ayahanda saya juga amat gemar menjemput sahabat handai dan kenalan untuk menjamu selera di rumah kami.

Pemergian tiba-tiba ayahanda saya pada jam 8 pagi 14hb Syawal 1439, bersamaan 28hb Jun 2018, amat mengejutkan kami sekeluarga kerana beliau tidak menghidapi apa-apa penyakit sebelumnya.

Namun, saya, ibu dan ketiga-tiga kakak saya redha dengan ketentuan Allah, lebih-lebih lagi ayahanda kami pergi dalam  keadaan yang tenang, mudah, dan selesa.

Saya sebagai anak lelaki Allahyarham, mewakili ibu dan ketiga-tiga kakak saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua sahabat dan kenalan ayahanda yang telah bergegas ke Masjid As-Sobirin, Taman Melawati untuk menunaikan solat jenazah dan seterusnya ke Tanah Perkuburan AU4/Masjid As-Sobirin.

Begitu juga kepada mereka yang tidak pernah berjumpa atau mengenali Allahyarham secara peribadi; tetapi hanya pernah mendengar pencerahannya atau membaca karya tulisannya tetapi telah bersusah payah datang dari jauh untuk bersama kami.

Semoga roh Allahyarham ayahanda saya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T. dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh, amin.

Al-Fatihah.

Gambar Sekitar Majlis Tahlil A. Karim Omar

Alhamdulillah, dengan rahmat Allah S.W.T., majlis tahlil ayahanda kesayangan kami, Allahyarham Tuan Haji A. Karim bin Omar telahpun berjalan dengan lancar selama 3 malam berturut-turut.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan majlis tahlil ini.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T., Amin.

Al-Fatihah.

Video: Namewee Ada Sakit Mental!?

Laporan Polis Terhadap Dr. Ariffin Omar oleh MUAFAKAT

Pertubuhan Muafakat Sejahtra Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) telah membuat sebuah laporan polis terhadap senator DAP, Dr. Ariffin Omar di balai polis Hulu Kelang, Ampang Jaya tengah hari tadi.

Laporan polis itu dibuat kerana Dr. Ariffin Omar pada 19hb April 2017 telah membuat kenyataan mengatakan bahawa “apa salahnya kalau Penang hendak dijadikan Christian city” sewaktu perbahasan di Dewan Negara.

Wacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah Ke-9 : Liberalisme – Agenda Jahat Illuminati

Seminar Pendedahan Ancaman Rencana Kristianisasi (SPARK)

Kenyataan Media MUAFAKAT: Khalid Samad Jangan Bebal dan Terus Degil Dengan Kebiadapan

kenyataan akhbar-Muafakat-Sultan murka-17Jul2014

Kenyataan Media MUAFAKAT

Khalid Samad Jangan Bebal Dan Terus Degil Dengan Kebiadabannya

 

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) ingin menjunjung titah dan merafak sembah ucapan tahniah serta berterima kasih yang tidak terhingga kepada DYMM Sultan Selangor di atas ketegasan Baginda berkenaan perihal kesucian Agama Islam di dalam negeri Selangor. Sebagai hamba Allah dan rakyat kepada DYMM Sultan, pihak kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan kekuatan serta kesungguhan kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor bertitah dan menyatakan rasa murka Baginda kepada kebiadaban Ahli Parlimen Shah Alam yang bukan hanya membiarkan dirinya menjadi alat golongan tertentu, malah mengungkapkan di dalam bahasa golongan anarkisme Islamofobia.

Kebiadaban Khalid Samad kepada institusi Raja dan Agama Negeri di bawah Baginda, amatlah jijik. Sebagai seorang Islam yang menjunjung perintah Allah untuk bertaat kepada Allah, Rasul dan Ulil Amri, perbuatan Khalid Samad yang dikaitkan dengan kumpulan Suara Islam semasa belajar di UK dahulu memang tidak boleh ditolakansur.

Justeru, MUAFAKAT merafak sembah sokongan padu kepada titah murka DYMM Sultan ke atas Khalid Samad. MUAFAKAT memberi ingatan kepada Khalid Samad supaya menghilangkan segera kebebalan, dan kebiadaban ke atas institusi Agama negeri dan Sultan yang bertanggungjawab ke atasnya.

Titah murka DYMM Sultan Selangor ini perlu diambil serius oleh semua pihak. Adalah menjadi tanggungjawab keagamaan setiap Muslim mempertahankan institusi ini selagi mana institusi ini meletakkan Agama Islam di tempat yang sepatutnya yakni pada kedudukan paling berdaulat di dalam negara.

Kami juga mendesak Kerajaan Negeri Selangor mengambil tindakan undang-undang ke atas Khalid Samad di atas kata-kata kebiadabannya di bawah mana-mana peruntukan yang berkaitan Enakmen Negeri Selangor. Sementara itu PAS juga perlu memberi surat tunjuk sebab dengan segera kenapa beliau tidak boleh dipecat, memandangkan perbuatan keji beliau mempersoalkan kewibawaan Tuanku Sultan Selangor dan MAIS sebagai penjaga dan pemelihara Agama Islam, adalah mencerminkan pemikiran songsang Agama dan kejahilan kepada Undang-undang Tubuh Negeri dan demi menjaga imej PAS sebagai sebuah parti yang mempertahankan kedaulatan institusi Raja dan Undang-undang Tubuh Negeri.

Daulat Tuanku!

Bersama Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Negara  

Ismail Mina Ahmad

Presiden

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)

19 Ramadhan 1435 bersamaan 17 Julai 2014

Sumber: Karim’s Blog

%d bloggers like this: