Jawatan Pimpinan PPBM Selangor Dilucutkan Serta-merta (Video)

[Malaysia Gazette}- Semua pimpinan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di setiap peringkat pentadbiran dalam Kerajaan Negeri Selangor akan dilucutkan serta-merta.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminudin Shari berkata, ia susulan daripada tindakan Bersatu mengumumkan keluar daripada Pakatan Harapan (PH) pada 24 Februari lalu.

“Pimpinan tinggi PH telah memaklumkan kepada Sultan Selangor bahawa pentadbiran Selangor tidak lagi dianggotai Bersatu dan secara automatik bukan lagi dalam gabungan Kerajaan Negeri Selangor.

“Justeru, keterlibatan semua pimpinan dan ahli Bersatu adalah terkeluar daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco), Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Permuafakatan Ketua Kampung (MPKK).

“Ini termasuklah anak-anak syarikat kerajaan negeri serta seluruh rangkaiannya yang berkaitan sesuai dengan keadaan politik semasa,” katanya pada sidang media di kediaman rasminya, di sini, hari ini.

Dengan pengumuman itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari antara yang hilang jawatan sebagai Exco Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan Selangor.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, semua peruntukan kepada semua lima ADUN daripada Bersatu dan dua wakil rakyat bebas dibekukan.

“Dalam masa sama, kita membekukan semua peruntukan yang terlibat dengan mereka termasuk dua orang ADUN bebas atau Pas yang telah dipecat daripada parti di dalam Dewan Negeri Selangor,” katanya.

Menyentuh kedudukan kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor, kesemua tujuh ADUN daripada Bersatu dan bebas akan diletakkan dalam blok pembangkang pada persidangan 16 Mac ini.

“PH Selangor sekarang, kita mempunyai 43 wakil (kerajaan) dan pembangkang pula yang terdiri daripada UMNO, Pas, Bersatu dan bebas yang dinamakan sebagai Perikatan Nasional (PN) terdiri daripada 13 wakil,” katanya.

Selain itu, pihaknya akan mengekalkan jumlah Exco seramai sembilan orang sahaja meskipun wujud kekosongan yang ditinggalkan oleh ADUN daripada Bersatu.

“Kita akan kekalkan sembilan Exco Selangor dan kita akan teruskan walaupun persidangan Dewan Negeri Selangor akan berlangsung pada 16 Mac ini.

“Kekosongan itu tidak akan menjejaskan persidangan itu kerana ketika zaman Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pun boleh berjalan walaupun dengan empat Exco sahaja,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan jumlah wakil kerajaan dan pembangkang akan berubah dari semasa ke semasa.

“Kita juga menunggu sebarang perkembangan dan saya menjangkakan ada perkembangan lain dan kita akan maklumkan jika ada perkembangan,” katanya.

Fitnah Yang di-Pertuan Agong: Guardian Harus Mohon Ampun

“The Guardian view on a royal coup: a king overturns a historic election” (Pandangan Guardian mengenai rampasan kuasa diraja: seorang raja membatalkan (keputusan) pilihanraya bersejarah) – itulah tajuk laporan editorial akhbar British, The Guardian yang jelas memfitnah dan menghina DYMM Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Ibarat pepatah, orang lain makan nangka, orang lain kena getahnya.

Menuduh berlakunya rampasan kuasa diraja di Malaysia dan memfitnah Raja kita membatalkan keputusan pilihanraya bersejarah adalah perbuatan keji yang melampau.

Sungguh memalukan apabila pihak editorial sebuah akhbar antarabangsa gagal membuat kerja rumah atau “homework” sebelum menulis sebuah laporan; lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan maruah seorang Raja dan negara yang berdaulat.

Jelas bahawa tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan yang mencetuskan krisis politik sehingga seminggu adalah berpunca daripada perebutan kuasa beberapa pemimpin-pemimpin politik, khasnya jawatan Perdana Menteri.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menjalankan tanggungjawab eksekutif banginda dengan tertib dan bijaksana untuk menamatkan konflik ini demi kesejahteraan negara.

Sila baca: Krisis Politik 2020: Ke Manakah Kita?

Tidak seperti Perlembagaan United Kingdom yang tidak bertulis, Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah Perlembagaan bertulis; maka sudah tentu perkara ini memudahkan pihak editorial The Guardian untuk membuat rujukan, jika mereka jujur dan bersikap professional.

Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Utama Negara, yang membawa maksud bahawa baginda mempunyai kuasa eksekutif tertinggi seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 39 Perlembagaan.

Sila baca: Kuasa Eksekutif Agong Yang Kurang Diketahui

Persoalannya:

  • Apakah pihak editorial The Guardian sengaja membuat fitnah liar ini dengan niat jahat?
  • Atau apakah mereka hanya bekerja sambil lewa tanpa membuat kajian sebelum menulis sesuatu yang mereka sendiri tidak fahami?

Untuk rekod, beberapa hari yang lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador memberi amaran supaya tidak ada mana-mana pihak cuba membawa masuk ‘unsur luar’ untuk mencampuri situasi politik negara ketika ini.

Abdul Hamid mengesahkan terdapat usaha untuk membawa elemen dari luar bagi membantu ‘pihak tertentu’ menghadapi kemelut politik negara pada masa ini. 
“Itu namanya pengkhianatan terhadap negara…jangan libatkan orang luar…kita dalam perbalahan adik-beradik antara parti.

BERNAMA (Jangan bawa unsur luar dalam situasi politik negara – KPN)

Pihak The Guardian mesti memohon ampun kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta, meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan mereka yang biadap.

%d bloggers like this: