Alhamdulillah, hari ini tulisan saya “Harap Tiada Sentimen 3R Dalam PRK Kuala Kubu Baharu” di dalam kolum saya, Diari Remaja telah diterbit pada muka surat 17 akhbar Utusan Malaysia.
Tulisan saya boleh dibaca di akhbar Utusan Malaysia hari ini, serta di Utusan Digital melalui pautan di bawah.
Alhamdulillah, hari ini tulisan saya “Memahami Nilai Sebenar Hari Raya” di dalam kolum saya, Diari Remaja telah diterbit pada muka surat 17 akhbar Utusan Malaysia.
Tulisan saya boleh dibaca di akhbar Utusan Malaysia hari ini, serta di Utusan Digital melalui pautan di bawah.
Alhamdulillah, hari ini tulisan saya “Ikut Hati, Pengaruh Rakan Belum Tentu Jamin Masa Depan” di dalam kolum saya, Diari Remaja telah diterbit pada muka surat 17 akhbar Utusan Malaysia.
Tulisan saya boleh dibaca di akhbar Utusan Malaysia hari ini, serta di Utusan Digital melalui pautan di bawah.
Alhamdulillah, hari ini tulisan saya “Idola Tidak Pernah Berhenti Belajar” di dalam kolum saya, Diari Remaja telah diterbit pada muka surat 17 akhbar Utusan Malaysia.
Tulisan saya boleh dibaca di akhbar Utusan Malaysia hari ini, serta di Utusan Digital melalui pautan di bawah.
Alhamdulillah, hari ini tulisan saya “Ramadan Bukan Asbab Layan Hawa Nafsu” di dalam kolum saya, Diari Remaja telah diterbit pada muka surat 17 akhbar Utusan Malaysia.
Tulisan saya boleh dibaca di akhbar Utusan Malaysia hari ini, serta di Utusan Digital melalui pautan di bawah.
For convenience, we would summarise the principles alluded to above, as follows:
(i) First, determine whether the impugned section legislated by the State Legislature is an offence against the ‘precepts of Islam’ which constitutionally refers to one of the two broad categories.
(ii) The first broad category relates to any matter specifically referenced in Item 1 of the State List and to other relevant provisions in the FC. If the impugned section in pith and substance can be referenced to any of Item 1 or any other relevant provisions in FC, and the law is applicable only to persons professing the religion of Islam, then it is a religious offence and the law is validly enacted by the State Legislature as it clearly falls under the State List.
(iii) The second broad category covers a purely religious offence relating to (i) aqidah; (ii) sanctity of the Islamic religion or its institutions; or (iii) one purely relating to morality in Islam.
(iv) If the impugned section is in pith and substance a purely religious offence, the court must test the impugned section against the Federal List. If the impugned section in pith and substance relates to a purely religious offence which could not be referenced to the Federal List and it concerns only the Muslims in this country, for example, someone claims that he is a Prophet, then it is within the State Legislature’s power to make it.
(v) If it is a purely religious offence, but in pith and substance it falls under matters of criminal law in the Federal List or general criminal law which involves an element of public order, safety, health, security, morality, etc., of general application, then it will be caught by the preclusion clause. Examples of these offences are murder, theft, robbery, corruption which can be considered offences against the precepts of Islam but in pith and substance it falls under the criminal law of general application to everyone in this country.
Sejak semalam, heboh isu keputusan kes Nik Elin & Tengku Yasmin lwn Kerajaan Kelantan. Keputusan ini telah menimbulkan berbagai-bagai emosi, kerisauan dan kegelisahan dalam kalangan masyarakat.
Berbagai-bagai pendapat dan tanggapan berleluasa di ruang perbincangan, termasuk oleh mereka yang langsung tidak membaca penghakiman kes.
Namun, ramai sebenarnya kurang jelas akan apa yang sebenarnya berlaku.
Kita harus fahami sebenarnya isu ini berkaitan perundangan teknikal. Ia bukan pentakrifan hukum Islam.
Persoalan kes ialah: sama ada 20 peruntukan daripada Enakmen 2019 Kelantan sah atau tidak, kerana menyertakan kesalahan di bawah bidang kuasa persekutuan.
Perkara 74(1)[1] dan (2)[2] Perlembagaan Persekutuan membahagikan kuasa negara kepada dua, iaitu kuasa persekutuan dan kuasa negeri, di mana bidang kuasa masing-masing tersenarai dalam Jadual Kesembilan.
Senarai I – Senarai Persekutuan
Hal ehwal luar negeri
Pertahanan persekutuan
Undang-undang sivil & jenayah
dan banyak lagi…
Senarai II – Senarai Negeri
Undang-undang Islam
Tanah
Kerajaan tempatan
dan banyak lagi…
Butiran 1 Senarai II mengatakan bahawa negeri mempunyai kuasa atas kesalahan yang dilakukan orang Islam terhadap perintah agama Islam, kecuali kesalahan yang telah dimasukkan ke dalam Senarai Persekutuan.[3]
Merujuk Senarai I pula, Butiran 4(k) mengatakan bahawa kerajaan Persekutuan juga mempunyai kuasa menentukan hukum syarak bagi maksud undang-undang persekutuan.[4]
Maka, undang-undang persekutuan turut merangkumi kesalahan syariah jika ia telah ditentukan sebagai undang-undang persekutuan.
Jadi, apa sebenarnya implikasi keputusan kes Nik Elin?
Sejarahnya, Dewan Undangan Negeri Kelantan telah menggubal Enakmen Kanun Syariah Jenayah (I) 2019 (atau Enakmen 2019), dengan menyertakan kesalahan di bawah bidang kuasa undang-undang persekutuan.
Peruntukan-peruntukan bertindih inilah yang dicabar oleh Nik Elin dan anaknya Tengku Yasmin.
Keputusan 8-1 panel hakim menetapkan bahawa 17 daripada peruntukannya adalah batal dan tidak sah memandangkan jenayah tersebut sebahagian daripada bidang kuasa sivil.
17 peruntukan ini tetap menjadi kesalahan jenayah, bukan dihalalkan.
Keputusan hakim menetapkan perbezaan antara “kesalahan terhadap perintah agama Islam” atau “kesalahan agama semata-mata,” dan “kesalahan jenayah umum.”[5] Kesalahan agama hendaklah dikawal selia perundangan negeri, seperti Seksyen 13 dan 30 Enakmen 2019.
Namun, 17 peruntukan yang dibatal adalah berkenaan jenayah umum, dan hendaklah dikawal selia perundangan persekutuan.
Soalan: Jadi, apakah status 17 jenayah tersebut di negeri Kelantan?
17 jenayah ini tetap menjadi kesalahan jenayah. Keputusan mahkamah ini langsung tidak mengubah hukum syarak, atau menghalalkan apa-apa jenis jenayah.
Jika seseorang melakukan kesalahan meliwat, menipu dalam perniagaan, berjudi dan sebagainya di Kelantan, mereka masih boleh dihukum kerana kesalahan jenayah tersebut.
Mahkamah hanya tidak mahu menimbulkan kelewahan perundangan, di mana negeri dan persekutuan mengeluarkan undang-undang sama di luar bidang kuasa masing-masing.
Soalan: Apakah kesan 17 jenayah tersebut apabila dihukum di mahkamah sivil?
Jenayah syariah terhad kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang mengehadkan hukuman kepada 3 tahun penjara, RM5,000.00 denda, dan 6 kali sebatan syariah sahaja.[6]
Jika seseorang melakukan persetubuhan luar tabii, dan dihukum di Mahkamah Syariah, hukuman maksimum hanyalah 3 tahun penjara, RM5,000.00 denda, dan 6 kali sebatan syariah sahaja.[6]
Tetapi jika mereka dihukum atas jenayah yang sama di Mahkamah Sivil, mereka boleh dikenakan hukuman sebanyak 20 tahun penjara dengan sebatan sivil.[7]
Oleh itu, jenayah tersebut bukan sekadar kekal menjadi kesalahan, tetapi had hukumannya juga lebih tinggi.
Soalan: Betulkah institusi syariah kini terkubur di Malaysia?
Tidak. Seperti apa yang dikatakan oleh mahkamah, institusi syariah tidak terkesan dan terus hidup.[8] Kes ini hanya berhubung bidang kuasa Dewan Undangan Negeri Kelantan dalam menggubal undang-undang yang telah pun wujud dalam undang-undang persekutuan.
Menurut pakar perlembagaan dan pensyarah ISTAC-UIAM, Datuk Wan Ahmad Fauzi, keputusan ini membuktikan undang-undang Islam didaulatkan dan disahkan di peringkat Persekutuan. Ia turut membuktikan wujudnya pengharmonian bidang kuasa sivil-syariah, bukannya merendahkan kedudukan Islam.[9]
Soalan: Mengapa syariah diletakkan dalam bidang kuasa negeri, dan tidak disatukan sahaja dengan sivil?
Terdapat beberapa sebab, antaranya:
Negeri berbeza mempunyai takrifan berbeza berkenaan pelaksanaan undang-undang Islam. Negeri seperti Johor mengkehendaki fatwa menuruti mazhab Syafie,[10] manakala negeri seperti Perlis hanya mengkehendakinya mengikuti Al-Quran dan sunah.[11]
Undang-undang yang diwujudkan khas bagi orang Islam hanya terguna pakai bagi orang Islam sahaja, oleh itu ia diletakkan di bawah bidang kuasa syariah. Hanya jika undang-undang syariah itu terpakai juga kepada orang bukan Islam (cth., liwat, sumbang mahram, penipuan) barulah ia dimasukkan ke dalam bidang kuasa persekutuan.
Kes ini menjadi pengajaran untuk berlangkah dengan hemat kelak.
Jangan ghariah membuat sesuatu yang membuka ruang kepada cabaran terhadap Islam, walaupun dengan niat yang baik, takutnya jadi tikus membaiki labu.
Dalam keadaan sekarang, henti mencurah minyak ke dalam api marak.
Jangan timbulkan fitnah dan kekeliruan terhadap perundangan negara. Matlamat tidak menghalalkan cara.
Rumah pusaka jangan diroboh. Silap langkah, kita juga hilang segalanya.
Semoga isu ini tidak dijadikan bahan politik untuk saling menikam sesama sendiri. Jika terus berpecah, yang bersorak hanyalah musuh, yang ruginya kita. Ibarat menang sorak, kampung tergadai.
Rujukan
Perkara 74(1) Perlembagaan Persekutuan
Tanpa menjejaskan apa-apa kuasa untuk membuat undang-undang yang diberikan kepadanya oleh mana-mana Perkara lain, Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Persekutuan atau Senarai Bersama (iaitu Senarai Pertama atau Ketiga yang dinyatakan dalam jadual Kesembilan).
PERKARA 74(2) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Tanpa menjejaskan apa-apa kuasa untuk membuat undang-undang yang diberikan kepadanya oleh mana-mana Perkara lain, Badan Perundangan sesuatu Negeri boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Negeri (iaitu Senarai Kedua yang dinyatakan dalam jadual Kesembilan) atau Senarai Bersama.
Butiran 1 Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan
Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk hukum Syarak yang berhubungan dengan pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, mas kahwin, nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, penjagaan, alang, pecah milik dan amanah bukan khairat; Wakaf dan takrif serta pengawalseliaan amanah khairat dan agama, pelantikan pemegang amanah dan pemerbadanan orang berkenaan dengan derma kekal agama dan khairat, institusi, amanah, khairat dan institusi khairat Islam yang beroperasi keseluruhannya di dalam Negeri; adat Melayu; Zakat, Fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam, pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan, susunan dan tatacara mahkamah Syariah, yang hendaklah mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama Islam dan hanya berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan kecuali setakat yang diberikan oleh undang-undang persekutuan; mengawal pengembangan doktrin dan kepercayaan di kalangan orang yang menganut agama Islam; penentuan perkara mengenai hukum dan doktrin Syarak dan adat Melayu.
Butiran 4(k) Senarai I Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan
Undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan, termasuk—
penentuan hukum Syarak dan undang-undang diri yang lain bagi maksud undang-undang persekutuan; dan
Perenggan [121] ringkasan penghakiman MAJORITI MAHKAMAH PERSEKUTUAN PETISYEN BKA-2-05/2022(D)
Bagi memudahkan, kami meringkaskan prinsip-prinsip berkenaan perkara di atas seperti berikut:
(i) Pertama, tentukan sama ada seksyen yang terpersoal yang digubal Perundangan Negeri ialah kesalahan bertentangan ‘perintah agama Islam’ yang menurut perlembagaan merujuk kepada salah satu daripada dua kategori luas.
(ii) Kategori luas pertama berkait dengan apa-apa perkara yang dirujuk secara khusus dalam Butiran 1 Senarai Negeri dan dengan peruntukan lain dalam Perlembagaan Persekutuan yang berkenaan. Sekiranya seksyen terpersoal di dalam inti sarinya boleh dikaitkan dengan mana-mana inti sari Butiran 1 atau mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan lain yang berkenaan, dan undang-undang tersebut terpakai hanya kepada orang-orang yang menganuti agama Islam, maka ia kesalahan agama dan undang-undang tersebut digubal secara sah oleh Perundangan Negeri kerana ia dengan jelasnya jatuh bawah Senarai Negeri.
(iii) Kategori luas kedua merangkumi kesalahan agama semata-mata berkenaan (i) akidah; (ii) kesucian agama Islam atau institusinya; atau (iii) kesalahan berkaitan akhlak dalam Islam semata-mata.
(iv) Sekiranya seksyen terpersoal dalam inti sarinya merupakan kesalahan agama semata-mata, mahkamah mesti menyemak seksyen terpersoal berdasarkan Senarai Persekutuan. Sekiranya seksyen terpersoal dalam inti sarinya berkait dengan kesalahan agama semata-mata yang tidak dapat dikaitkan dengan Senarai Persekutuan dan melibatkan hanya orang Islam dalam negara ini, contohnya, seseorang mendakwa bahawa dirinya seorang Nabi, maka bidang kuasa penggubalan terletak pada Perundangan Negeri.
(v) Sekiranya ia kesalahan agama semata-mata, tetapi dalam inti sarinya ia jatuh bawah perihal undang-undang jenayah Senarai Persekutuan atau undang-undang jenayah umum yang melibatkan elemen ketenteraman awam, keselamatan awam, kesihatan, keselamatan negeri, akhlak, dsb., berpemakaian umum, maka ia akan disekat fasal penghalang. Contoh kesalahan sebegini ialah bunuh, curi, rompak, rasuah yang boleh dikira sebagai kesalahan terhadap perintah agama Islam tetapi pada inti sarinya jatuh bawah undang-undang jenayah umum terpakai kepada semua orang dalam negara ini.
[diterjemah daripada bahasa Inggeris seperti di bawah]
For convenience, we would summarise the principles alluded to above, as follows:
(i) First, determine whether the impugned section legislated by the State Legislature is an offence against the ‘precepts of Islam’ which constitutionally refers to one of the two broad categories.
(ii) The first broad category relates to any matter specifically referenced in Item 1 of the State List and to other relevant provisions in the FC. If the impugned section in pith and substance can be referenced to any of Item 1 or any other relevant provisions in FC, and the law is applicable only to persons professing the religion of Islam, then it is a religious offence and the law is validly enacted by the State Legislature as it clearly falls under the State List.
(iii) The second broad category covers a purely religious offence relating to (i) aqidah; (ii) sanctity of the Islamic religion or its institutions; or (iii) one purely relating to morality in Islam.
(iv) If the impugned section is in pith and substance a purely religious offence, the court must test the impugned section against the Federal List. If the impugned section in pith and substance relates to a purely religious offence which could not be referenced to the Federal List and it concerns only the Muslims in this country, for example, someone claims that he is a Prophet, then it is within the State Legislature’s power to make it.
(v) If it is a purely religious offence, but in pith and substance it falls under matters of criminal law in the Federal List or general criminal law which involves an element of public order, safety, health, security, morality, etc., of general application, then it will be caught by the preclusion clause. Examples of these offences are murder, theft, robbery, corruption which can be considered offences against the precepts of Islam but in pith and substance it falls under the criminal law of general application to everyone in this country.
Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965
Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-mana undang-undang dalam sesuatu Negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang yang menganuti agama Islam dan berkenaan dengan mana-mana perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai II bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan terhadap rukun agama Islam oleh orang yang menganuti agama tersebut yang boleh ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis:
Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidaklah boleh dijalankan berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman tersebut.
Seksyen 377B Akta Kanun Keseksaan
Barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.
Perenggan [11] ringkasan penghakiman MAJORITI MAHKAMAH PERSEKUTUAN PETISYEN BKA-2-05/2022(D)
Maka, melihat kepada cabaran ini sahaja, Mahkamah Syariah atau undang-undang Islam di Malaysia tidak akan pada bila-bila masa berkubur dan diletakkan batu nisan seperti didakwa oleh peguam Yusfarizal Yusof kerana Perlembagaan Persekutuan telah menjamin kuasa perundangan kepada semua Kerajaan Negeri untuk menggubal undang-undang yang dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah. Ditegaskan sekali lagi bahawa apa yang dicabar dalam petisyen ini bukanlah kedudukan undang-undang Syariah di Malaysia. Dakwaan-dakwaan pempetisyen adalah khusus terhadap tindakan Badan Perundangan Negeri Kelantan yang mengikut hujahan pempetisyen, telah melangkaui kuasa berkenaan jenis-jenis kesalahan yang boleh diluluskan oleh Kerajaan Negeri, dalam ruang lingkup yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
utusan malaysia – “daulatkan undang-undang islam di peringkat persekutuan” (2024-01-10)
Fasal 54 ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003
(1) Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 48 atau memperakukan apa-apa pendapat di bawah seksyen 53 Jawatan kuasa Fatwa hendaklah pada lazimnya mengikut qaul muktamad (pendapat-pendapat yang diterima) Mazhab Syafie.
(2) Jika Jawatan kuasa Fatwa berpendapat bahawa dengan mengikut qaul muktamad Mazhab Syafie suatu keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam akan terhasil, Jawatan kuasa Fatwa bolehlah mengikut qaul muktamad Mazhab Hanafi, Maliki atau Hambali.
(3) Jika Jawatan kuasa Fatwa berpendapat bahawa tiada satu pun qaul muktamad daripada empat mazhab itu boleh diikuti tanpa membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Jawatankuasa Fatwa bolehlah membuat fatwa itu mengikut ijtihad tanpa terikat dengan qaul muktamad daripada mana-mana mazhab yang empat itu.
Seksyen 54 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perlis) 2006
(1) Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah Seksyen 48 atau memperakukan apa-apa pendapat di bawah seksyen 53 Jawatankuasa Fatwa hendaklah mengikut Al-Quran dan/atau Sunnah Rasulullah Sallallahualaihi Wassalam.
(2) Pada mengeluarkan sesuatu fatwa di bawah Bahagian ini Majlis dan Jawatankuasa Fatwa hendaklah mengambil ingatan terhadap Adat Istiadat Melayu atau Undang-Undang Adat Istiadat Melayu yang terpakai dalam Negeri Perlis.
Alhamdulillah, hari ini tulisan saya “Budaya Sejahtera Melayu Dikagumi, Dijunjung Warga Korea” di dalam kolum saya, Diari Remaja telah diterbit pada muka surat 17 akhbar Utusan Malaysia.
Tulisan saya boleh dibaca di akhbar Utusan Malaysia hari ini, serta di Utusan Digital melalui pautan di bawah.
Alhamdulillah, hari ini tulisan saya “Hala Tuju KPT Lengkapi Sahsiah Mahasiswa” di dalam kolum saya, Diari Remaja telah diterbit pada muka surat 17 akhbar Utusan Malaysia.
Tulisan saya boleh dibaca di akhbar Utusan Malaysia hari ini, serta di Utusan Digital melalui pautan di bawah.
Alhamdulillah, hari ini tulisan saya “Pelihara Bahasa Ibunda Untuk Generasi Akan Datang” di dalam kolum saya, Diari Remaja telah diterbit pada muka surat 17 akhbar Utusan Malaysia.
Tulisan saya boleh dibaca di akhbar Utusan Malaysia hari ini, serta di Utusan Digital melalui pautan di bawah.