Rais risau Kementerian Pendidikan rosak di bawah Maszlee

4 12 2018
RAIS YATIM

[Utusan Online}- KUALA LUMPUR 3 Dis. – Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan, Tan Sri Dr. Rais Yatim menzahirkan kebimbangan terhadap Kementerian Pendidikan.

Kebimbangan itu tercetus apabila Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengeluarkan kenyataan untuk memastikan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimasukkan silibus pembelajaran Sejarah dalam Persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Rais dalam akaun Twitter miliknya hari ini menegaskan bahawa adalah sia-sia sekiranya Maszlee dibiarkan terus memimpin Kementerian Pendidikan.

“Masya-Allah … Kalau betullah berita ini, sia-sia dia dibiarkan terus memimpin Kementerian Pendidikan. Rosak,” katanya.

Advertisements




Daim, Rafidah dipecat, Rais disiasat

5 05 2018

Rafidah, Rais dan Daim.-UTUSAN ONLINE

Rafidah, Rais dan Daim.-UTUSAN ONLINE

(UTUSAN ONLINE) – PUTRAJAYA 5 Mei – Lembaga Disiplin UMNO telah memecat dua veteran UMNO yang juga bekas menteri iaitu Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rafidah Aziz kerana bersekongkol dengan pembangkang.

Manakala Tan Sri Rais Yatim masih disiasat.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika mengesahkan perkara itu berkata, surat pengguguran keahlian mereka telah ditandangani olehnya semalam.

“Saya berada di ibu pejabat UMNO semalam dan sudah menandatangani surat pengguguran keahlian mereka.

“Mengikut perlembagaan parti mereka sebagai veteran UMNO tahu bahawa tindakan mereka itu salah apabila berceramah di atas pentas pembangkang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan ketiga-tiga bekas menteri terbabit yang kini menyokong pembangkang.

Tambah Tengku Adnan lagi, beliau tidak bertindak berdasarkan ‘cakap-cakap’ sebaliknya sudah memperoleh bukti bergambar.- UTUSAN ONLINE








%d bloggers like this: