Mat Sabu Tiba di Istana pada Jam 3 Petang

Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dilaporkan tiba dan memasuki pekarangan Istana Negara menaiki kereta Honda CRV putih pada jam 3 petang tadi.

Beliau yang merupakan bekas Menteri Pertahanan dipercayai akan mengadap Yang di-Pertuan Agong petang ini.

Sebelum itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah memasuki pintu dua Istana Negara bagi sebuah majlis mengadap Yang di-Pertuan Agong petang ini. Turut dilihat di dalam keretanya ialah Steven Sim.

Sila baca: Guan Eng, Steven Sim Tiba di Istana Negara

Presiden PKR, Anwar Ibrahim turut ke Istana Negara pagi tadi bagi tujuan mengadap Yang di-Pertuan Agong, setelah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai mengadap Agong sebelumnya.

Ketika meninggalkan pekarangan istana, Anwar telah menjawab beberapa soalan para petugas akhbar, termasuk mengenai pembentukan kerajaan baharu.

Sila baca: Anwar Ibrahim Selesai Mengadap Agong, Beri Komen Tentang Kerajaan Baharu

Selain Anwar dan Muhyiddin, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut akan ke Istana Negara bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong di dalam satu pertemuan yang dijadualkan untuk berlaku esok.

Sila baca: Muhyiddin Selesai Mengadap Agong; Anwar, Guan Eng & Tun Mahathir Seterusnya

GPS membabitkan gabungan parti bekas anggota BN iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

PBB diketuai Abang Johari Abang Openg, manakala James Masing memimpin PRS. Tiong King Sing dan Sim Kui Hian masing-masing mengetuai PDP dan SUPP.

Author: Ahmad Ali Karim

Blogger. Official Ambassador at Muafakat Pendidikan Johor (MPJ). Columnist at Utusan Malaysia. Secretary at Pertubuhan Permuafakatan Pendidikan Malaysia (ME'DIDIK).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: