Anwar Ibrahim Selesai Mengadap Agong, Beri Komen Tentang Kerajaan Baharu

Presiden PKR, Anwar Ibrahim telah meninggalkan pekarangan Istana Negara setelah selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong sebentar tadi.

Ahli parlimen Port Dickson itu juga sempat berhenti seketika untuk menjawab soalan wartawan yang menunggu di luar pintu Istana Negara.

Ketika ditanya sama ada akan berlaku pembentukan kerajaan baru, beliau menjawab: “Itu soal yang tidak berbangkit sekarang.”

Terdahulu, Pengerusi Pakatan Harapan tersebut tiba untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 10.37 pagi tadi.

Sila baca: Anwar Ibrahim Tiba di Istana Negara

Beliau tiba di istana setelah Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin selesai mengadap baginda pada kira-kira jam 9 pagi.

Muhyiddin beredar meninggalkan pekarangan Istana Negara selepas mengadap Al-Sultan Abdullah selama kira-kira sejam.

Sila baca: Muhyiddin Selesai Mengadap Agong; Anwar, Guan Eng & Tun Mahathir Seterusnya

Sementara itu Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke mengesahkan pemimpin parti itu akan mengadap Agong petang ini.

Katanya DAP akan diwakili Lim Guan Eng selaku setiausaha agung parti.

“Majlis (mengadap) tersebut dijadualkan berlangsung pada petang 9 Jun di Istana Negara,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air, Ulya Aqamah Husamudin, pula memberitahu Bernama, Mahathir menerima jemputan minggu lalu untuk ke Istana Negara pada Khamis.

“Surat jemputan rasmi dari Istana diterima minggu lalu. Bagaimanapun, masanya belum lagi ditentukan,” katanya.

Gabungan Parti Sarawak turut mengesahkan bahawa pemimpin gabungan parti tersebut akan mengadap Yang di-Pertuan Agong pada 14 Jun ini.

Sila baca: Pemimpin GPS Mengadap Agong Minggu Depan

Author: Ahmad Ali Karim

Blogger. Official Ambassador at Muafakat Pendidikan Johor (MPJ). Columnist at Utusan Malaysia. Secretary at Pertubuhan Permuafakatan Pendidikan Malaysia (ME'DIDIK).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.