Hujan renyai mengiringi pengebumian jenazah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Sungai Rapat di sini hari ini.
Jenazah selamat dikebumikan pada pukul 6.20 petang oleh anggota petugas kesihatan yang lengkap memakai pakaian perlindungan diri (PPE).
Terdahulu jenazah tiba pada pukul 6.05 petang di tanah perkuburan itu setelah dikafan dan disolatkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
Majlis pengebumian dikawal ketat oleh anggota polis yang menutup jalan masuk ke tanah perkuburan itu mulai pukul 5 petang.
Beberapa ahli keluarga Allahyarham hanya melihat majlis pengebumian dari luar pagar tanah perkuburan.
Petugas media hanya dibenarkan membuat liputan pengebumian dari jarak kira-kira 200 meter.
Turut hadir Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim.
Harussani, 82, meninggal dunia pada pukul 2 45 petang tadi setelah dirawat kerana positif Covid-19 di HRPB. -{Utusan Digital]
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang dirawat kerana positif Covid-19 di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini meninggal dunia hari ini.
Perkara itu disahkan oleh Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim menerusi pesanan aplikasi WhatsApp kepada Utusan Malaysia.
“Betul saya sahkan. Beliau meninggal dunia pada pukul 2.45 petang tadi,” katanya.
چونتوهڽ⹁ روسيا دترجمهکن سباݢاي “Land of the Rus” اتاو ‘تانه اورڠ روس⹁’ ماناکالا موڠݢوليا ڤولا دترجمهکن سباݢاي “Land of the Mongols” اتاو ‘تانه اورڠ موڠݢول.’
مڠݢوناکن ڤندکتن يڠ سام⹁ ترجمهن حرفيه اونتوق مليسيا سڤاتوتڽ ايله ‘Land of the Malays‘ اتاو ‘تانه اورڠ ملايو’ دان بوکنڽ “Mountain City” سڤرتي يڠ ترچاتت ڤد ڤوستر ايت.
Nama Malaysia terbentuk daripada dua perkataan Yunani iaitu ‘Malay’ (Μαλαι) dan ‘-ia’ (-ία.)
‘Malay’ ialah perkataan Yunani bagi ‘Melayu.’ Manakala ‘-sia’ atau ‘-ia’ (atau ‘-ία’ di dalam abjad Yunani) pula merupakan satu akhiran dalam bahasa Yunani yang bererti ‘tanah.’ Kadang kala ia disambungkan dengan huruf s (atau σ di dalam abjad Yunani), bergantung kepada situasi dan konteks.
Justeru, terjemahan harfiah ‘Malaysia’ kepada bahasa Melayu ialah ‘Melayu tanah’ atau lebih tepatnya ‘tanah orang Melayu;’ manakala terjemahan harfiah ‘Malaysia’ kepada bahasa Inggeris pula ialah ‘Malay land’ atau ‘land of the Malays.’
Saya pernah terjumpa satu siri poster di Internet berjudul The Literal Translation of Country Names yang memberi terjemahan harfiah nama negara-negara di dunia ini.
Peliknya, di dalam poster itu, terjemahan harfiah untuk Malaysia ditulis sebagai “Mountain City” atau ‘Bandar Gunung.’
Poster The Literal Translation of Country Names yang dibuat oleh Credit Card Compare.
Aneh sekali kerana di dalam poster itu kebanyakan negara yang mempunyai etimologi nama yang hampir sama seperti Malaysia (adunan demonim dan akhiran ‘-ία’ bahasa Yunani) diterjemahkan secara harfiah daripada bahasa Yunani.
Contohnya, Rusia diterjemahkan sebagai “Land of the Rus” atau ‘Tanah Orang Rus,’ manakala Mongolia pula diterjemahkan sebagai “Land of the Mongols” atau ‘Tanah Orang Mongol.’
Menggunakan pendekatan yang sama, terjemahan harfiah untuk Malaysia sepatutnya ialah ‘Land of the Malays‘ atau ‘Tanah Orang Melayu’ dan bukannya “Mountain City” seperti yang tercatat pada poster itu.
Malah, sejak awal kurun ke-19, persekitaran kawasan Nusantara telah dirujuk oleh orang Barat sebagai ‘Malaysia’ yang bermaksud ‘Tanah Orang Melayu.’ Hal ini kerana mereka merangkum seluruh penduduk kawasan maritim Asia Tenggara secara kolektif sebagai orang Melayu.
Antara buktinya adalah catatan seorang ahli pelayaran Perancis bernama Jules Dumont d’Urville mengenai Malaysia seawal tahun 1826.
Pada tahun 1962 pula, sebuah usul telah dibentangkan kepada dewan senat di negara Filipina untuk menukar nama negara tersebut kepada ‘Malaysia.’
Namun, sambil usul itu dibahaskan di dewan kongres Filipina, ia telah dibatalkan setelah nama Malaysia diumumkan sebagai nama baharu bagi Persekutuan Tanah Melayu.
Hakikatnya, maksud nama negara kita tidak pernah berubah daripada dahulu sehingga sekarang. Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia membawa maksud yang sama, hanya dalam bahasa yang berbeza.
Malah, ‘Federation of Malaya‘ juga membawa maksud yang sama kerana ‘Malaya‘ ialah istilah Latin untuk ‘Tanah Melayu.’
Jelaslah bahawa maksud nama Malaysia tiada kaitan dengan bandar gunung, tetapi merupakan terjemahan secara literal ‘tanah Melayu’ di dalam bahasa Yunani.
Memahami sejarah adalah amat penting supaya kita benar-benar dapat mengenali negara serta asal usul kita dan tidak mudah diperdayakan oleh fakta palsu yang boleh memesongkan sejarah dan identiti negara.
Penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ fasa pertama akan dilaksanakan di seluruh negara selama dua minggu bermula 1 Jun ini.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu dibuat dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi.
Menurut kenyataan itu, sepanjang tempoh berkenaan, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh MKN.
“Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan Covid-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes. Setakat hari ini, seramai 2,552 orang meninggal dunia akibat wabak ini dan jumlah kematian semakin meningkat.
“Kewujudan varian-varian baharu yang lebih ganas dengan kadar kebolehjangkitan tinggi dan pantas turut mempengaruhi keputusan hari ini,” jelas kenyataan tersebut.
Menurut kenyataan terrsebut, dengan peningkatan kes-kes harian yang menunjukkan trend kenaikan secara lebih mendadak sejak mutakhir ini, kapasiti hospital di seluruh negara untuk merawat pesakit Covid-19 juga semakin terhad.
Katanya, jika penutupan penuh itu berjaya mengurangkan kes-kes harian Covid-19, kerajaan akan melaksanakan ‘lockdown’ fasa kedua iaitu dengan membenarkan pembukaan semula beberapa sektor ekonomi yang tidak melibatkan perhimpunan besar serta boleh mematuhi penjarakan fizikal.
“Lockdown fasa kedua ini akan dilaksanakan untuk tempoh empat minggu selepas fasa pertama berakhir. Setelah berakhirnya lockdown fasa kedua, langkah seterusnya ialah memasuki fasa ketiga, iaitu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang berkuat kuasa pada masa ini yang mana aktiviti sosial tidak dibenarkan dan hampir semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi tertakluk kepada SOP yang ketat serta kehadiran secara fizikal di tempat kerja yang dihadkan,” katanya.
Tambah kenyatan itu, keputusan untuk beralih dari satu fasa ke fasa yang berikutnya bagaimanapun tertakluk kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan.
“Penilaian dibuat berdasarkan perkembangan kes-kes harian semasa dan kapasiti hospital di seluruh negara untuk merawat pesakit COVID-19. Kerajaan akan memastikan sistem kesihatan awam di negara kita tidak akan runtuh dan pelbagai sokongan dan bantuan akan diberikan kepada Kementerian Kesihatan untuk meningkatkan kapasiti hospital di seluruh negara.
“Kerajaan juga akan meningkatkan jumlah pemberian vaksin dalam tempoh beberapa minggu akan datang dalam usaha untuk menghasilkan imuniti kelompok di negara ini. Susulan keputusan kerajaan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial, Kementerian Kewangan akan memperincikan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan,” katanya. –{Utusan Digital]