Guan Eng, Steven Sim Tiba di Istana Negara

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan telah tiba di pintu dua Istana Negara bagi majlis mengadap Yang di-Pertuan Agong petang ini.

Beliau dilihat memasuki pekarangan istana di dalam kenderaan Toyota Vellfire berwarna putih. Turut dilihat di dalam kereta tersebut ialah Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada Steven Sim akan turut mengadap Yang di-Pertuan Agong atau hanya mengiringi Lim Guan Eng.

Terdahulu, Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke memaklumkan melalui sebuah kenyataan akhbar bahawa Ahli Parlimen Bagan itu akan ke Istana Negara untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong petang ini.

Menurutnya, Lim Guan Eng akan mewakili parti DAP dalam pertemuan tersebut.

Presiden PKR, Anwar Ibrahim turut ke Istana Negara pagi tadi bagi tujuan mengadap Yang di-Pertuan Agong, setelah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai mengadap Agong sebelumnya.

Ketika meninggalkan pekarangan istana, Anwar telah menjawab beberapa soalan para petugas akhbar, termasuk mengenai pembentukan kerajaan baharu.

Sila baca: Anwar Ibrahim Selesai Mengadap Agong, Beri Komen Tentang Kerajaan Baharu

Selain Anwar dan Muhyiddin, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut akan ke Istana Negara bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong di dalam satu pertemuan yang dijadualkan untuk berlaku esok.

Sila baca: Muhyiddin Selesai Mengadap Agong; Anwar, Guan Eng & Tun Mahathir Seterusnya

GPS membabitkan gabungan parti bekas anggota BN iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

PBB diketuai Abang Johari Abang Openg, manakala James Masing memimpin PRS. Tiong King Sing dan Sim Kui Hian masing-masing mengetuai PDP dan SUPP.

Author: Ahmad Ali Karim

Blogger. Official Ambassador at Muafakat Pendidikan Johor (MPJ). Columnist at Utusan Malaysia. Secretary at Pertubuhan Permuafakatan Pendidikan Malaysia (ME'DIDIK).

One thought on “Guan Eng, Steven Sim Tiba di Istana Negara”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.