Muhyiddin Selesai Mengadap Agong; Anwar, Guan Eng & Tun Mahathir Seterusnya

Muhyiddin Yassin beredar meninggalkan pekarangan Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi ini.

Perdana Menteri memasuki pekarangan istana dengan menaiki kenderaan rasmi kira-kira jam pada 7.50 pagi tadi.

Setelah lebih sejam berada dalam Istana Negara Muhyiddin dilihat meninggalkan kawasan berkenaan menaiki kenderaan rasmi serta pengiring pada jam 8.56 pagi melalui pintu satu.

Namun untuk rekod pada keadaan biasa memang menjadi kelaziman untuk Muhyiddin selaku perdana menteri akan menghadap Agong sebelum presiden Bersatu itu mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet pada setiap Rabu.

Namun kemunculan Muhyiddin pada hari ini menarik perhatian ramai kerana Al-Sultan Abdullah dijadual menerima menghadap ketua-ketua parti politik negara secara bergilir-gilir mulai hari ini.

Sementara itu Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke mengesahkan pemimpin parti itu akan menghadap Agong petang ini.

Katanya DAP akan diwakili Lim Guan Eng selaku setiausaha agung parti.

“Majlis menghadap tersebut dijadualkan berlangsung pada petang 9 Jun di Istana Negara,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Semalam Malaysiakini melaporkan seorang lagi pemimpin parti politik yang akan diterima menghadap Al-Sultan Abdullah ialah Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun sumber yang bercakap dengan Malaysiakini enggan mendedahkan butiran lebih lanjut mengenai pertemuan tersebut. Difahamkan pertemuan berkenaan akan berlangsung pada pagi ini.

Menurut sumber itu, antara isu yang akan dibincangkan ialah situasi semasa wabak Covid-19 dan pelaksanaan darurat negara.

Pemimpin parti politik lain pula dijangka memasuki Istana Negara melalui pintu dua selepas ini. -{Malaysiakini]

Author: Ahmad Ali Karim

Blogger. Official Ambassador at Muafakat Pendidikan Johor (MPJ). Columnist at Utusan Malaysia. Secretary at Pertubuhan Permuafakatan Pendidikan Malaysia (ME'DIDIK).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.