Pemuda UMNO Desak Azhar Tentukan Kesahihan Surat Speaker Kepada Agong

Hari ini Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah membuat satu laporan polis berkenaan dengan keabsahan (legitimacy) status Perdana Menteri mengikut Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, isu keabsahan status Perdana Menteri amat kritikal dan serius kerana memberi implikasi besar terhadap segala urusan pentadbiran dan hal ehwal kerajaan dan negara.

Ujarnya, keabsahan status Perdana Menteri ini dipersoalkan berasaskan dua faktor iaitu:

(i) Warkah Presiden UMNO yang diutuskan kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bertarikh 30 Julai 2021, beserta 14 Surat Akuan Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang menarik sokongan terhadap Tan Sri Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri.
Dengan penarikan 14 Ahli Parlimen ini, Kerajaan berasaskan kedudukan tempat duduk di Dewan Rakyat yang mutakhir 114, hilang 14 orang sokongan menjadikan kedudukan sokongan terhadap Perdana Menteri hanya tinggal 100 Ahli Parlimen, justeru hilang

(ii) Sebagaimana yang dilaporkan di Portal MalaysiaPost, surat Yang Dipertua Dewan Rakyät Datuk Azhar Azizan Harun menjawab warkah Yang DiPertuan Agong yang ingin mendapatkan penjelasan kedudukan sokongan terhadap Kerajaan pimpinan Tan Sri Mahiaddin Md Yasin.
Dalam surat yang tular tersebut, Datuk Azhar menjelaskan “kedudukan mutakhir bilangan Ahli Dewan Rakyat yang menyokong YAB Perdana Menteri daripada 106 seperti mana dimaklumkan pada 3 Ogos yang lalu, kini berbaki 100 orang Ahli Dewan Rakyat sahaja.”

Sehubungan itu, kata Dr Asyraf Wajdi, Pemuda UMNO meminta agar Yang DiPertua Dewan Rakyat segera menafikan surat yang ditularkan, walaupun dalam ‘MalaysiaPost’ menyebut beliau tidak mahu komen mengenainya kerana melibatkan Istana Negara.

“Kegagalan melakukannya hanya mengesahkan surat tersebut dan menzahirkan bahawa Perdana Menteri secara rasmi sudah sah hilang majoriti.”

Tegasnya, berasaskan dua faktor di atas, Perdana Menteri seolah-olah sudah hilang keabsahannya dan mesti segera meletakkan jawatannya berasaskan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan, ‘Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang DiPertuan Agong.’

“Namun Tuanku YDP Agong mempunyai kuasa di bawah Klausa (2)(b) dalam Perkara 40 untuk menolak permintaan Perdana Menteri bagi maksud pembubaran Parlimen atas situasi pandemik COVID-19 yang masih meruncing ketika ini.

“Jika ini berlaku, maka Perdana Menteri tiada pilihan Iain melainkan untuk meletakkan jawatan,” katanya dalam sidang media yang berlangsung hari ini.

Terangnya, isu keabsahan status Perdana Menteri ini boleh memberi implikasi besar yang antaranya termasuklah:

(i) Status keabsahan sebarang kelulusan oleh Perdana Menteri terhadap dasar-dasar dan polisi-polisi baharu Kerajaan;
(ii) Status keabsahan segala pinjaman yang dibuat oleh Kerajaan termasuk yang terbaru berjumlah RM11.5 billion.
(iii) Status segala kontrak dan waran yang diluluskan oleh Perdana Menteri yang sudah hilang keabsahan.

Malah, kata Dr Asyraf Wajdi lagi, isu yang paling besar apabila Perdana Menteri sudah hilang keabsahannya, maka di bawah Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri sudah hilang kuasa yang diperuntukkan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong.

“Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar Perdana Menteri segera meletakkan jawatan lantaran sudah hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen, sekaligus mengelakkan implikasi besar terhadap keabsahan segala urusan Kerajaan dan negara yang boleh dipersoalkan kelak,” katanya lagi.

Turut hadir Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Hasmuni Hassan dan Peguam, Faisalludin Mohamat Yusuff. -{UMNO Online]

Author: Ahmad Ali Karim

Blogger. Official Ambassador at Muafakat Pendidikan Johor (MPJ). Columnist at Utusan Malaysia. Secretary at Pertubuhan Permuafakatan Pendidikan Malaysia (ME'DIDIK).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.