PM: Ketua Pembangkang Akan Diberi Saraan Setara Dengan Menteri Kanan Jika Sokong Muhyiddin

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berjanji akan memberi saraan dan kemudahan setara dengan seorang Menteri Kanan kepada Ketua Pembangkang, sekiranya mengundi beliau di dalam undi percaya nanti.

Janji tersebut adalah antara 7 daripada cadangan rangka persefahaman rentas parti kerajaannya, di mana beliau berjanji akan melakukan tujuh perkara ini sekiranya Ahli-ahli Parlimen melulus undi percaya terhadap beliau di Parlimen.

“Akhirnya yang Ketujuh, sebagai pengiktirafan kepada peranan parti pembangkang yang mempunyai jumlah perwakilan yang hampir seimbang di Dewan Rakyat, Ketua Pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang Menteri Kanan.”

Bercakap di dalam satu perutusan khas bersama-sama beberapa orang Ahli Jemaah Menteri lain, beliau memberitahu bahawa beliau akan mengutuskan surat jemputan dan rundingan kepada pemimpin-pemimpin pembangkang untuk mengundi beliau.

Sila baca: Ucapan Khas Muhyiddin: Runding Dengan MP Luar PN Untuk Lulus Undi Percaya

Katanya, kerajaan berjanji akan memberi peruntukan tambahan kepada Ahli-ahli Parlimen jika mereka mengundi beliau.

“Kami telah mencapai satu kata sepakat untuk berunding dengan pimpinan parti-parti di luar Perikan Nasional untuk meluluskan usul undi percaya kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

“Atas semangat kerjasama bi-partisan di Parlimen dan keperluan
untuk memperluaskan bentuk-bentuk bantuan kepada rakyat dalam situasi pandemik, semua Ahli Parlimen akan menerima peruntukan tahunan yang sama tanpa mengira parti politik.”

Beliau turut menambah bahawa selepas beliau mendapat undi kepercayaan Ahli-ahli Dewan Rakyat, suatu Rang Undang-undang Anti-Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen bagi tujuan mengelakkan perubahan sokongan daripada berlaku.

Ucapan Khas Muhyiddin: Runding Dengan MP Luar PN Untuk Lulus Undi Percaya

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan melalui perutusan khasnya bahawa beliau sedang berunding dengan Ahli-ahli Parlimen di luar Perikatan Nasional untuk memberi sokongan kepada beliau agar dapat kekal memerintah negara.

Menurutnya, sekiranya undi percaya di Parlimen pada bulan depan dilulus, Ahli-ahli Parlimen akan diberi peruntukan tahunan lebih.

Beliau percaya bahawa sekiranya kerajaan Perikatan Nasional jatuh, tidak ada yang dapat mengganti beliau sebagai Perdana Menteri, maka beliau hendaklah kekal memerintah agar negara terus mempunyai satu kerajaan.

Ketua Pembangkang juga dijanjikan saraan dan kemudahan setara dengan seorang Menteri Kanan.

Sila baca: PM: Ketua Pembangkang Akan Diberi Saraan Setara Dengan Menteri Kanan Jika Sokong Muhyiddin

Kata Muhyiddin, ini sahaja tindakan kehormat dan berperlembagaan yang boleh dilakukan beliau pada ketika ini.

Baca kenyataan penuh di bawah:

Azalina Soal Rashid: Dah Baca Belum Surat Istana 9 Ogos?

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon telah menerima ‘peringatan’ dari rakan parlimennya Azalina Othman Said malam tadi mengenai sepucuk surat yang mungkin dia terlepas pandang.

Ini susulan Rashid mengaku tidak sedar kewujudan surat dari Istana Negara yang meminta Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun untuk mengesahkan jumlah ahli parlimen yang masih menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Pada ciapan di Twitter malam tadi, Azalina – yang juga timbalan speaker di Dewan Rakyat – berkata salinan surat itu juga telah dikirimkan kepadanya dan Rashid.

“Surat bertarikh 9 Ogos 2021 salinannya kepada kita berdua, dah baca ke belum Rashid,” soalnya pada hantaran malam tadi.

Semalam, Malaysiakini melaporkan Datuk Pengelola Bijaya Istana Negara Ahmad Fadhli Shamsuddin telah menghantar surat pada 9 Ogos meminta Azhar mengesahkan sokongan terhadap Muhyiddin.

Azalina menyertakan tangkap layar laporan dari akaun Twitter portal The Vibes, yang memetik Rashid mendakwa, tidak ada duluan (precedent) Agong berkomunikasi secara langsung dengan speaker mengenai hal-hal parlimen.

“Sebab itu saya perlu tanya tentang laporan yang membuat dakwaan sedemikian kerana bagaimana Yang di-Pertuan Agong boleh menanyakan soalannya kepada Yang di-Pertua (Dewan Rakyat).

“Menurut prosedur, ketika Parlimen bersidang, apa sahaja yang berlaku di dalam dewan, ketua Dewan Rakyat (perdana menteri) akan melaporkan sendiri kepada Agong, termasuk sokongan majoritinya.

“Ia tidak datang daripada speaker. Tak boleh. Ini prosedurnya,” kata Rashid seperti dipetik The Vibes.

Bagaimanapun, Azalina menafikan dakwaan Rashid itu, berkata dirinya, Rashid dan Azahar telah menghadap Agong pada 29 Jun.

Ahli Parlimen Pengerang itu juga menyertakan gambar pertemuan itu pada ciapannya di Twitter.

“YB (Rashid) bukan kita jumpa Yang di-Pertuan Agong ramai-ramai pada 29 Jun 2021 ke,” soalnya lagi.

Pun begitu, kedua-dua timbalan speaker ini tidak sependapat mengenai perkara ini.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ahmad Shah sebelum ini telah berkenan menerima menghadap speaker dan dua timbalan speaker Dewan Rakyat, serta presiden dan timbalan presiden Dewan Negara, pada 29 Jun.

Ini selepas Agong berkenan menerima menghadap pemimpin parti politik utama negara dari 9 Jun dan 15 Jun, mengenai situasi Covid-19 dan darurat yang berkuatkuasa ketika itu.

Setelah bertemu dengan speaker DEwan Rakyat dan Dewan Negara, istana mengeluarkan kenyataan pada hari sama mengulangi gesaannya bahawa parlimen perlu bersidang “secepat mungkin”.

%d bloggers like this: