Rakaman Penuh Perutusan Khas Muhyiddin Mengenai Peletakan Jawatan (16/08/2021)

Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 pada 16 Ogos 2021, setelah hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat. Beliau telah berkhidmat selama 18 bulan.

تن سري محي الدين محمد ياسين ملتقکن جاوتنڽ سباݢاي ڤردان منتري مليسيا ک-8 ڤد 16 اوݢوس 2021⹁ ستله هيلڠ کڤرچاياءن ماجوريتي اهلي ديوان رعيت. بلياو تله برخدمت سلاما 18 بولن.

Muhyiddin Letak Jawatan PM Ke-8

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengesahkan bahawa beliau telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ke-8 dalam sebuah perutusan khas sebentar tadi, setelah 18 bulan berkhidmat sebagai Perdana Menteri.

Menurutnya, beliau telah ke Istana Negara untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong pada jam 12.30 tengah hari tadi, bagi menyerahkan warkah peletakan jawatan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri, kerana telah kehilangan sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Terdahulu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin telah memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menerima peletakan jawatan Muhyiddin.

Di dalam sebuah kenyataan media yang dikeluarkan pada jam 2.47 tengah hari tadi, Istana Negara memaklumkan bahawa Muhyiddin akan menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri caretaker sementara seorang Perdana Menteri baharu dilantik.

Beliau telah dilantik sebagai Perdana Menteri pada bulan Mac tahun lepas ketika krisis politik yang melanda negara akibat peletakan jawatan Perdana Menteri ke-7, Tun Mahathir Mohamad.

Muhyiddin turut menyatakan keinginannya untuk sebuah kerajaan baharu dibentuk agar pentadbiran negara dapat terus berjalan dengan lancar. Beliau turut memohon maaf atas semua kesilapannya ketika memerintah.

KJ Sahkan Kabinet Letak Jawatan

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin mengesahkan bahawa kabinet di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mempersembahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Tangkapan layar hantaran Cerita Instagram oleh Khairy Jamaluddin pada jam 1.05 tengah hari tadi.

Melalui sebuah hantaran di laman Instagramnya, beliau memberitahu di dalam bahasa Ingeris bahawa kabinet yang telah berkhidmat selama 18 bulan itu secara rasminya meletakkan jawatan mereka hari ini.

Kabinet telah mempersembahkan peletakan jawatan kami kepada Agong. Terima kasih atas peluang untuk, sekali lagi, berkhidmat untuk negara. Semoga Tuhan merahmati Malaysia.

Diterjemah daripada bahasa Inggeris.

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meninggalkan pekarangan Istana Negara tepat jam 1.00 tengah hari tadi, setelah selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Sebelum itu, beberapa penjawat awam kanan negara termasuk Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera telah tiba di Istana Negara usai bermesyuarat di Perdana Putra pagi tadi.

Sila baca: IGP, PAT, AG, KSN, Tiba Untuk Mesyuarat Khas Kabinet

Semalam, menteri tugas-tugas khas, Mohd Redzuan Md Yusof, mengesahkan bahawa Perdana Menteri akan mengadap Agong untuk mempersembahkan surat peletakan jawatannya hari ini.

Jika beliau meletak jawatan pada hari ini, beliau akan menjadi Perdana Menteri tersingkat memerintah dalam sejarah negara iaitu selama 18 bulan dan 14 hari.

Berita lanjut menyusul.

Muhyiddin Selesai Mengadap Agong, Tinggalkan Istana

Sila baca: Daulat Tuanku

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meninggalkan pekarangan Istana Negara tepat jam 1.00 tengah hari tadi, setelah selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong dipercayai bagi mempersembahkan surat meletak jawatan.

Beliau telah berkhidmat selama 18 bulan sejak Mac tahun lepas.

Terdahulu, beberapa penjawat awam kanan negara termasuk Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera telah tiba di Istana Negara usai bermesyuarat di Perdana Putra pagi tadi.

Sila baca: IGP, PAT, AG, KSN, Tiba Untuk Mesyuarat Khas Kabinet

Semalam, menteri tugas-tugas khas, Mohd Redzuan Md Yusof, mengesahkan bahawa Perdana Menteri akan mengadap Agong untuk mempersembahkan surat peletakan jawatannya hari ini.

Jika beliau meletak jawatan pada hari ini, beliau akan menjadi Perdana Menteri tersingkat memerintah dalam sejarah negara iaitu selama 18 bulan dan 14 hari.

Berita lanjut menyusul.

Muhyiddin Tiba di Istana, Dijangka Letak Jawatan

Sila baca: Daulat Tuanku

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah tiba di Istana Negara pada jam 12.23 tadi, dijangka bagi meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri ke-8. Beliau telah berkhidmat selama 18 bulan sejak Mac tahun lepas.

Terdahulu, beberapa penjawat awam kanan negara termasuk Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera telah tiba di Istana Negara usai bermesyuarat di Perdana Putra pagi tadi.

Sila baca: IGP, PAT, AG, KSN, Tiba Untuk Mesyuarat Khas Kabinet

Semalam, menteri tugas-tugas khas, Mohd Redzuan Md Yusof, mengesahkan bahawa Perdana Menteri akan mengadap Agong untuk mempersembahkan surat peletakan jawatannya hari ini.

Jika beliau meletak jawatan pada hari ini, beliau akan menjadi Perdana Menteri tersingkat memerintah dalam sejarah negara iaitu selama 18 bulan dan 14 hari.

Berita lanjut menyusul.

Daulat Tuanku

Sejarah negara telah tercatat sejak berkurun yang lalu; dan bukannya baru bermula pada tahun 1957. Daripada dahulu lagi, tanah ini adalah tanah berdaulat dan bertuan. Sejak zaman kerajaan Srivijaya, kerajaan Kedah Tua, Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Johor-Riau dan sehingga kini, Tanah Melayu kekal diperintah oleh Baginda Raja-raja Melayu sebagai Raja yang berdaulat.

Walaupun kini sistem pemerintahan negara telah berubah kepada sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan, namun dalam beberapa perkara tertentu, kuasa membuat keputusan terletak pada budi bicara Tuanku, seperti yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Malangnya, ada pula rakyat yang khilaf tentang hal ini. Mereka menganggap peranan Raja-raja Melayu hanyalah sebagai simbol semata-mata tanpa mempunyai kuasa eksekutif dalam pemerintahan negara.

Lebih lanjut: Kuasa Eksekutif Agong Yang Kurang Diketahui

Hakikatnya, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ialah kuasa utama di dalam badan eksekutif, legislatif dan kehakiman.

Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah ketua utama negara. Ini bermakna bahawa segala urusan kerajaan ialah urusan Seri Paduka Baginda yang seterusnya diturunkan kepada jemaah menteri.

Dalam institusi pemerintahan negara, terdapat tiga cabang kuasa iaitu badan eksekutif, legislatif dan kehakiman. Ketiga-tiga badan ini berada di bawah Yang di-Pertuan Agong.

Lebih lanjut: Kuasa Agong: Budi Bicara v. Nasihat

Sistem pengasingan kuasa ini adalah integral dalam merealisasikan prinsip semak dan imbang. Hal ini penting bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa.

Namun, apabila asas ini gagal difahami, maka berlakulah kesilapfahaman terhadap kedudukan dan kuasa Raja-raja Melayu dalam sistem pemerintahan negara.

Raja-raja Melayu sebagai ulil amri wajib di hormati oleh rakyat, dan titah perintah Yang di-Pertuan Agong yang berada di bawah bidang kuasa Baginda hendaklah dituruti oleh semua warganegara.

Lebih lanjut: Kewajipan Mentaati Raja Sebagai Ulil Amri

Raja-raja Melayu ialah tonggak pemerintahan negara dalam sistem kenegaraan Malaysia yang berpaksikan kedaulatan Raja-raja.

Sebagai negara yang berdaulat, kita mempunyai kerangka sistem pemerintahan yang tersendiri dan berdasarkan adat setempat.

Jangan sampai kita lupa sejarah tanah air kita dan tidak mengenali sahsiah diri sendiri. Jika kita lupa akan asal usul kita, maka akan hilanglah jati diri bangsa.

Negara ini bukanlah terbina dengan sendiri tetapi lahir daripada pengorbanan mereka yang mendahului kita.

Lebih lanjut: A Kadir Jasin and the Raja-Raja Melayu

Rencana berkaitan:

IGP, PAT, AG, KSN, Tiba Untuk Mesyuarat Khas Kabinet

Beberapa penjawat awam kanan dilaporkan sudah berada di Bangunan Perdana Putra, putrajaya yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri

Mereka dijadualkan menghadiri mesyuarat khas Kabinet yang akan dipengerusikan Prdana Menteri, Muhyiddin Yassin, pada kira-kira jam 10 pagi nanti.

Antara mereka adalah Peguam Negara, Idrus Harun yang tiba pada jam 8.30 pagi tadi.

Sementara itu, Berita Harian Online turut melaporkan, terdahulu, kenderaan membawa Ketua Polis Negara (IGP), Acryl Sani Abdullah Sani; diikuti Ketua Setiausaha Negara (KSN), Mohd Zuki Ali dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT), Jen Affendi Zali dilihat memasuki kawasan bangunan sama.

Bernama pula melaporkan perdana menteri ketika dibawa keluar dari kediamannya di Bukit Damansara pada 7.42 pagi ini dilihat melambai ke arah media yang telah berada di sekitar kawasan itu sejak awal pagi.

Dia tiba di bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada 8.07 pagi, dijangka untuk menghadiri mesyuarat khas Kabinet.

Putrajaya menjadi tumpuan susulan kenyataan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Mohd Redzuan Md Yusof yang memaklumkan Muhyiddin akan menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini.

Dia dilaporkan berkata, keputusan itu antara perkara dibincangkan ketika mesyuarat Ahli Parlimen daripada Bersatu dengan Muhyiddin di Publika, semalam.

Muhyiddin dilaporkan terpaksa berbuat demikian susulan hilang majoriti selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan 14 ahli parlimen Umno menarik balik sokongan mereka.

Pada masa sama, 23 lagi ahli parlimen Umno termasuk naib presiden Ismail Sabri terus menyokong Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sekiranya peletakan jawatannya diterima yang di-Pertuan Agong, hari ini, Muhyiddin akan menjadi perdana menteri yang paling pendek dalam sejarah – setelah 17 bulan memegang jawatan itu.

Ini adalah kira-kira lima bulan kurang daripada Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri penggal kedua. -{Malaysiakini]

%d bloggers like this: