Facebook, Tolong Berlaku Adil

Sudah tiga hari sejak saya sedar bahawa laman blog saya di’block’ oleh pihak Facebook atas alasan Facebook menerima laporan bahawa laman blog saya adalah laman spam yang berniat jahat.

Sehingga ke saat ini, walaupun saya telah membuat aduan kepada pihak Facebook, saya belum lagi menerima tindakan balas daripada mereka.

Ini bermakna, saya tidak lagi boleh mengongsikan artikel dari laman blog saya ke halaman Facebook melainkan jika mereka menarik balik ‘block’ tersebut.

Saya merasa amat kesal terhadap tindakan Facebook ini, kerana jika Facebook membuat siasatan mudah sebelum mengambil tindakan, pihak Facebook bukan sahaja akan sedar bahawa saya telah sekian lama menulis di blog, tetapi juga aduan bahawa laman blog saya ialah laman spam dan berniat jahat itu adalah palsu.

Pada bulan lepas, laman blog saya telahpun mencapai umur 10 tahun, dan dari dahulu lagi, isi kandungan laman blog saya ini tidak pernah menyebarkan unsur kebencian, berniat jahat ataupun spam.

Yang ditulis di dalam laman blog saya hanyalah analisis isu, berita-berita terkini daripada serata dunia, cerita, puisi dan kisah hidup saya.

Artikel yang menyebabkan blog saya di’block’ ialah “Provokasi Siti Kasim Terhadap Melayu dan Islam”, dimana saya menganalisa tulisan Puan Siti Zabedah, yang disiarkan di kolumnya di dalam akhbar The Star.

Mungkin mereka yang melaporkan blog saya ke Facebook terkeliru kerana percaya bahawa tulisan Puan Zabedah adalah suatu kebenaran yang mutlak dan tidak boleh disangkal. 

Namun bagi mereka yang membaca tulisan saya dengan teliti, tiada unsur kebencian atau niat jahat di dalam penulisan saya.

Masakan saya tidak boleh menganalisa tulisan Puan Zabedah yang merupakan seorang aktivis terkenal di kalangan netizen di Malaysia termasuk orang asli dalam memperjuangkan hak asasi manusia dan kebebasan bersuara?

Saya mengharapkan pihak Facebook dapat meneliti semula laporan itu dan tolong perhatikan apa yang telah saya tulis di laman blog saya dengan teliti.

Tidak adil bagi satu organisasi yang besar dan terkenal itu untuk menghalang seorang remaja 15 tahun seperti saya daripada menyatakan pandangan dan pendapat, dan menafikan hak kebebasan bersuara saya dan menganggap kononnya pandangan saya itu adalah spam.

Ini juga pada saya adalah satu tindikan membuli, di mana pihak yang kuat sewenang-wenangnya menindas pihak yang lebih lemah.

Tidak adil juga bagi mereka untuk mengabaikan saya, seolah-olah saya ini tersendiri dan seorang yang bersifat spam.

Sudah tentu tindakan ini bertentangan dengan semangat negara kita yang menjanjikan hak kebebasan bersuara kepada rakyatnya.

Author: Ahmad Ali Karim

Blogger. Columnist at Utusan Malaysia. RCE Youth Coordinator at RCE Greater Gombak. Secretary at Pertubuhan Permuafakatan Pendidikan Malaysia (ME'DIDIK).

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.