Apabila Hukum Islam DiHina

20 09 2018

Lebih kurang dua minggu lepas, aktivis parti politik DAP, Dato’ Zaid bin Ibrahim menulis di laman Twitternya mengenai keadaan di negara ini yang dibandingkan dengan kebanyakan negara-negara lain.

Tweet yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu diakhiri dengan, sekarang anda tahu kenapa ini adalah negara yang sukar ditadbir (Now you know why its a difficult country to govern).

Biasanya saya jarang memberi perhatian kepada kenyataan beliau tetapi kali ini apabila beliau meremehkan isu akhirat, saya terpanggil untuk menulis.

“Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lisannya, dan sekiranya dia tidak mampu (juga), maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah keimanan.” – (Riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya dari hadis Abu Said r.a)

Dalam tulisannya itu Dato’ Zaid telah menyatakan kita telah menyebat wanita sedangkan tidak di negara lain, di negara lain rakyat berkahwin dengan orang dewasa tetapi kita berkahwin dengan kanak-kanak, rakyat negara lain mengambil berat tentang kehidupan (dunia) tetapi kita mengambil berat tentang akhirat. Katanya lagi, ‘Sekarang anda tahu kenapa ini adalah sebuah negara yang sukar untuk diperintah’ (“Now you know why its a difficult country to govern”).

Isu pertama ialah sebatan ke atas wanita, yang mana saya rasa adalah merujuk kepada kes sebatan Syariah keatas sepasang lesbian di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu baru-baru ini. Pertama, Dato’ Zaid perlu faham apa itu hukum Syariah, kedua, apa itu sebatan Syariah dan selepas itu apakah perbezaan di antara sebatan Syariah dan sebatan Sivil.

Oleh kerana kebanyakan negara lain hanya mengaplikasikan sebatan Sivil maka memang biasanya tiada hukuman sebat ke atas wanita. Malah, di Malaysia sebatan Sivil tidak boleh di kenakan (dihukum) ke atas wanita seperti yang tertulis di dalam Seksyen 289(a) Kanun Tatacara Jenayah Malaysia.

No sentence of whipping shall be executed by instalments, and none of the following persons shall be punishable with whipping: (a) females;
(b) males sentenced to death;
(c) males whom the Court considers to be more than fifty years of age, except males sentenced to whipping under section 376, 377c, 377ca or 377e of the Penal Code.

Kes di Terengganu ialah kes Mahkamah Syariah, bermakna undang-undang yang digunapakai adalah undang-undang Syariah. Berbeza dengan sebatan Sivil, sebatan Syariah adalah teramat ringan; seperti apa yang termaktub di dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud and Qisas) Terengganu 2002.

Jadual kelima enakmen tersebut mengatakan bahawa:

Hukuman sebat itu hendaklah dijalankan dengan cara pukulan yang sederhana yang mana pegawai menjalankan hukuman itu tidaklah boleh mengangkat rotan penyebat itu tinggi hingga ke paras kepalanya; dan pukulan itu hendaklah diberi berturut-turut dan tidak melebihi bilangan yang diperintahkan oleh Mahkamah.

Seperti apa yang boleh kita lihat di dalam video yang tertera di bawah ini, sebatan Syariah langsung tidak kuat kerana tujuan sebatan Syariah ialah untuk pengajaran dan bukannya untuk mencederakan.

Dato’ Zaid juga menyebut tentang perkahwinan orang dewasa dengan kanak-kanak bawah umur, seolah-olah kes sebegitu adalah satu kebiasaan di Malaysia. Sebenarnya, kes ini teramat jarang berlaku di Malaysia dan kerana itulah ia menjadi isu yang amat panas diperkatakan. Kita mempunyai undang-undang yang meletakkan syarat bagi had umur untuk seseorang berkahwin; dan perkahwinan bawah umur hanya dibenarkan jika jabatan agama bersetuju setelah mereka yang terbabit melalui berberapa prosidur-prosidur penting. Malah pernikahan tersebut dilangsungkan di Thailand dan bukannya di Malaysia.

Saya tidak berhasrat untuk mengulas dengan panjang tentang isu-isu diatas, tetapi isu yang ingin saya sentuh adalah apabila Dato’ Zaid menulis, “They are concerned with this life; ours the next”, yang pada saya adalah keterlaluan. Seperti apa yang saya tulis sebelum ini di dalam artikel “Lekanya Melayu Diulit K-Pop”, sesetengah orang Islam sekarang terlalu mementingkan dunia yang fana ini sehingga lupakan akhirat; malah ianya menjadi satu ideologi yang dipromosikan oleh puak liberal. Berberapa hari yang lepas saya menulis tentang tulisan aktivis liberal Siti Zabedah Kasim yang juga bercakap dalam isu yang sama. Mereka sekarang seolah-olah berbangga mempertikaikan hukum Allah.

Sudah semestinya umat Islam mementingkan akhirat kerana setiap perkara yang kita lakukan di dunia ini akan menentukan keadaan kita di akhirat nanti. Kita hidup untuk mencari keredhaan Allah dan kita mesti mematuhi hukum Allah di dalam segala perkara yang kita lakukan. Jika kita hidup berpoya-poya dan bersikap ‘tidak ambil peduli’, maka kita akan mendapat balasannya nanti. Allah S.W.T. berfirman di dalam Al-Quran berkali-kali tentang perlunya kita mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Bagaimana kita mahu berjaya di akhirat, jika di dunia kita tidak berjaya menjalankan tanggung jawab kita sebagai orang Islam dengan baik?

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” ~Surah Ali ‘Imran – Ayat 104

Janganlah kita abaikan agama demi tujuan materialistik. Tanggungjawab utama kita sebagai umat Islam ialah untuk mempertahankan dan menegakkan agama Islam.

Saya berharap mereka yang terlalu gilakan dunia dapat menghayati ayat ke-13 Surah As-Syura:

Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya. ~ Surah As-Syura – Ayat 13

Advertisements

Actions

Information

2 responses

21 09 2018
ahmadtafsir

Tulisan yang bernas. Adakah kerajaan Malaysia mengamalkan Islam dalam pentadbirannya?

Like

23 09 2018
ahmadalikarim

Dear Tuan Ahmadtafsir,
Terima kasih. Perlembagaan Persekutuan di baawah Perkara 3(1) meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Kita mungkin sukar untuk melaksanakan segala-galanya dengan serta merta tetapi kesedaran telah ada dimana cadangan untuk pindaan Akta 355 telah diusahakan oleh dua parti Melayu Islam demi memperkasakan mahkamah Syariah. Namun kita gagal kerana orang Islam sendiri merasakan perkara lain lebih penting daripada itu. Semuanya bermula dari diri kita, pemimpin adalah cermin peribadi rakyat.

Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




%d bloggers like this: