Masih Relevankah Sistem Beraja?

31 10 2018
Sistem monarki atau institusi diRaja adalah satu elemen yang integral di dalam sistem pentadbiran sesebuah negara beraja. Namun kini sebilangan rakyat Malaysia merasakan bahawa institusi diRaja sudah tidak penting; walaupun pada masa yang sama sebahagian daripada mereka meminati dan menghormati keluarga diraja Britian; contoh yang nyata ialah sambutan dan keterujaan mereka ketika lawatan Prince William beberapa tahun yang lalu! Saya telah menerima satu komen yang bertulis, “sistem monarki ni dah outdated“. Komen ini merujuk kepada artikel saya yang telah saya terbitkan pada 17hb Ogos 2018 sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2018 dengan tajuk, “Hayati Pengorbanan Raja-Raja Melayu Dalam Menyambut Hari Kebangsaan” Soalan saya kepada mereka yang berpandangan demikian:
  1. Apakah yang mereka fahami tentang sistem pemerintahan negara kita?
  2. Fahamkah mereka tentang sejarah negara bangsa?
  3. Tahukah mereka tentang kepentingan peranan Raja-Raja Melayu mengikut Perlembagaan Persekutuan?
  4. Fahamkah mereka tentang isi kandungan Perlembagaan Perksekutuan?
Sistem monarki di negara kita adalah unik dan amat penting dalam menjamin hak rakyat berlandaskan Perlembagaan demi menjaga keamanan dan kestabilan negara. Banyak faktor yang boleh membawa kepada perpecahan dan pergaduhan kaum di negara yang rakyatnya berbilang kaum seperti Malaysia, contohnya faktor politik seperti perubahan dasar negara; begitu juga jika berlakunya perubahan drastik demografik penduduk sesuatu kawasan. Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan:
Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.
Maka, peranan Raja-Raja Melayu amat penting untuk memastikan semua kaum di pelihara hak mereka seperti yang di peruntukkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, kerana kedudukan Raja-Raja Melayu adalah mengatasi politik. Raja-Raja Melayu bukan sahaja menjaga hak kaum Melayu tetapi juga hak kaum-kaum minoriti mengikut Perlembagaan dan Kontrak Sosial. Contoh terbaik, Persekutuan Tanah Melayu bukan sahaja membenarkan warganegaranya daripada semua kaum untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum pertama, malah mereka dibenarkan untuk bertanding dan dilantik sebagai menteri. Walhal di Amerika Syarikat ketika itu, kaum minoriti kulit hitam masih belum di benarkan mengundi! Kaum minoriti di Amerika Syarikat hanya dibenarkan mengundi pada Pilihan Raya ke-46 negara itu, iaitu pada tahun 1968; sedangkan rakyat Persekutuan Tanah Melayu dari semua kaum sudah boleh mengundi sejak Pilihan Raya pertama negara kita, iaitu pada tahun 1955. Raja-Raja Melayu bertindak sebagai ‘check and balance’ kepada kuasa dan permainan politik pemimpin-pemimpin yang dipilih melalui sistem pilihanraya supaya hak rakyat mengikut Perlembagaan terbela dan tidak ditindas atau dihakis semata-mata kerana kerakusan kuasa politik. Begitu pentingnya peranan Raja-Raja Melayu dalam menjamin kestabilan negara; namun ianya sering dipandang mudah akibat kedangkalan dan buta sejarah. Malah ramai yang tidak menghargai pengorbanan Raja-Raja Melayu sejak sekian lama demi mengekalkan kesejahteraan dan kemerdekaan Tanah Melayu ini. Jangan seperti kacang lupakan kulit, seperti ulat lupakan daun. Dimanakah akal dan adab kita jika kita dengan angkuhnya mahu ‘membuang’ tuan rumah yang bukan sahaja telah mengatur batu-bata sehingga terbinanya rumah ini tetapi juga telah menjadi tiang seri rumah pusaka ini dengan kasar sekali setelah kita hidup senang lenang? Kembalilah kepada sejarah. Kita perlu sedar bahawa terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu yang kini dikenali sebagai Persekutuan Malaysia adalah hasil daripada pengorbanan dan kebijaksanaan Baginda Raja-Raja Melayu. Paling utama, Raja-Raja Melayulah yang menjaga agama Islam di Malaysia ini. Contoh terkini yang boleh saya ambil adalah bagaimana Pemangku Raja negeri Pahang, Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah dengan tegasnya bertitah bahawa negeri Pahang akan terus menjalankan operasi mencegah maksiat termasuk kes-kes khalwat sebagai reaksi kepada kenyataan Menteri Agama. Kita patut bangkitkan semula perasaan kasih dan hormat terhadap Raja-Raja Melayu, kerana tanpa Raja-Raja Melayu, rakyat tidak boleh hidup dengan harmoni dan sejahtera seperti apa yang kita kecapi sekarang. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna; jangan sampai nasi menjadi bubur!
Related Articles:
  1. Hayati Pengorbanan Raja-Raja Melayu Dalam Menyambut Hari Kebangsaan
  2. Apakah Maksud Kemerdekaan?
  3. Di Sebalik Hari Kebangsaan Malaysia
  4. Ideologi Komunis dan Kekeliruan yang Nyata
  5. Kebenaran Di Sebalik Sejarah Penubuhan Persekutuan Malaysia
  6. A Kadir Jasin and the Raja-Raja Melayu
Advertisements




Pesawat Lion Air terhempas: 189 penumpang dipercayai terkorban

29 10 2018

[Astro Awani}- JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia telah memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebuah pesawat Lion Air yang dipercayai terhempas ke dalam laut beberapa minit selepas berlepas dari Jakarta pada pagi Isnin.

Pesawat Lion Air JT 610 itu meninggalkan lapangan terbang di Jakarta itu jam 6.20 pagi waktu tempatan dan terputus hubungan dengan pihak kawalan trafik udara jam 6.33 pagi.

Ia dijadualkan tiba di Pangkalpinang pada jam 7.20 pagi (waktu Indonesia).”Pesawat itu disahkan telah terhempas,” jurucakap SAR Indonesia, Yusuf Latif, dipetik sebagai berkata oleh portal beritaReuters.

Pesawat itu dipercayai terhempas di utara laut Karawang, Jawa Barat.

Menurut laporan awal, terdapat 189 penumpang dan anak kapal di dalam penerbangan itu termasuk dua bayi, seorang kanak-kanak, dua juruterbang dan enam kru kabin.

Pesawat malang itu dari jenis Boeing 737 MAX 8, menurut perkhidmatan pengesanan udara Flightradar 24.





When a Lawmaker Fails to Understand the Law

23 10 2018

The proficiency of a government lies in the hands of its ministers and lawmakers; therefore, the quality of the government’s party politicians are very crucial not only in ensuring effective policy making but also to install trust, respect and support from the people.

As in their oath of office, the Members Of Parliament (MP) pledge to “memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaannya” (maintain, protect and defend its Constitution), it is crucial for the MPs to understand the Constitution or at least to do their homework and seek for proper advises before making statements regarding the Constitution.

Recently, a recording of a Parliament session on the 15th October 2018 where YB Kasthuriraani a/p Patto, the ruling party’s MP of the Batu Kawan constituency who thought that ‘Syiah’ and ‘Ahmadiyah’ are names of religions (“… individu-individu yang menganut agama-agama seperti Syiah, Ahmadiyah”) had spread across the social media.

Many pointed out that the MP had interfered into the internal matters of another religion; hence had gone against the rights of the religious group in managing its own religious affair as conferred by the Article 11(3)(a) of the Federal Constitution.

When I listened to the recording, not only I was shocked by her above statement, but I was totally aghast by her lack of basic Constitutional  knowledge of the Constitution that she had pledged to “memelihara, melindungi dan mempertahankan”.

According to the Parliament Hansard, the MP says:

Salah satu syor juga adalah untuk menghentikan penangkapan dan penahanan individu-individu yang menganut agama-agama seperti Syiah, Ahmadiyah, Bahai dan sebagainya, mengikut perkara 11 dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan, “Agama Islam merupakan agama persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai, di mana-mana bahagian Persekutuan”.

Now, the MP claimed (in Bahasa Melayu) that the Article 11 of the Federal Constitution states that Islam is the religion of the Federation and other religions may be practised in peace and harmony, in any part of the Federation! (Please check the video at the end of this article).

Below is the original text of Article 11, followed by the Bahasa Melayu translation by the Attorney General’s Chambers.

Every person has the right to profess and practise his religion and, subject to Clause (4), to propagate it.

Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

Some people may think that what was claimed by the MP as Article 11 may sounds rather similar to the Article 3(1) that states:

Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practised in peace and harmony in any part of the Federation.

Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan

But, if we pay full attention to her statement, there is a huge difference between the MP’s version of the Article 11 and the words written in the Article 3(1).

The MP said “…dan agama-agama lain” as recorded by the Parliament Hansard” and the video recording of the Parliament session whereas the Article 3(1) says “… tetapi agama-agama lain”…; meaning the word “tetapi” (but) was changed to “dan” (and).

For a layman, this grave mistake may seems unnoticeable and unimportant, but from the legal point of view, the changed of the word “tetapi” to “dan” had positioned other religions to the same level as Islam, which is a distortion of the truth not only to the Article 3(1) but also to the Federal Constitution.

The matter cannot be looked as merely a small mistake, as each word in the Constitution brings important meaning in the interpretation of the Supreme Law of our nation.

The use of the word “tetapi” in the Article 3(1) signifies the supreme position of Islam as the religion of the Federation as compared to other religions in Malaysia.

Hence, the intention of the phrase, “but other religions may be practised in peace and harmony” is to protect the sanctity of Islam as stated by the then Federal Court Judge and former Attorney General, Tan Sri Mohamed Apandi Ali in the Court of Appeal judgement of Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur v. Menteri Dalam Negeri & Kerajaan Malaysia:

[33] In short, Article 3(1) was a by-product of the social contract entered into by our founding fathers who collectively produced the Federal Constitution, which is recognized as the Supreme Law of the country. It is my judgment that the purpose and intention of the insertion of the words: “in peace and harmony” in Article 3(1) is to protect the sanctity of Islam as the religion of the country and also to insulate against any threat faced or any possible and probable threat to the religion of Islam.It is also my judgment that the most possible and probable threat to Islam, in the context of this country, is the propagation of other religion to the followers of Islam. That is the very reason as to why Article 11(4) of the Federal Constitution came into place.

The phrase also proves that at the same time, people of other religions are allowed to practise their religions as long as they obey the laws and not to do things that has “the potential to disrupt the even tempo of the life of the Malaysian community”.

In the same judgement, Tan Sri Mohamed Apandi Ali also states:

[42] It is my judgment that, based on the facts and circumstances of the case, the usage of the word “Allah” particularly in the Malay version of the Herald, is without doubt, do have the potential to disrupt the even tempo of the life of the Malaysian community. Such publication will surely have an adverse effect upon the sanctity as envisaged under Article 3(1) and the right for other religions to be practiced in peace and harmony in any part of the Federation. Any such disruption of the even tempo is contrary to the hope and desire of peaceful and harmonious co-existence of other religions other than Islam in this country.

This is in accordance with the teaching of Islam as Islam does not oppress other religions, as said in Verse 256 of Surah Al-Baqarah:

There shall be no compulsion in [acceptance of] the religion. The right course has become clear from the wrong. So whoever disbelieves in Taghut and believes in Allah has grasped the most trustworthy handhold with no break in it. And Allah is Hearing and Knowing.

Worse, YB Kasthuriraani claimed that the Article 11 conferred Islam as the religion of the Federation.

That means she downgraded the importance of the position of Islam as the religion of the Federation which actually is conferred by the Article 3(1) that is in Part I to Article 11 which is in Part II of the Constitution.

Tan Sri Apandi Ali said in the same judgement:

“The Article places the religion of Islam at par with the other basic structures of the Constitution, as it is the 3 rd in the order of precedence of the Articles that were within the confines of Part I of the Constitution”

Being placed as the third in the order of precedence of the Articles signifies the status of Islam as the religion of the Federation, and more important, it is positioned above the Article that enshrines the Federal Constitution as the Supreme Law (which is positioned in the Article 4); meaning that the Federal Constitution is subjected to Islam.

YB Kasthuriraani Patto must apologise for:

  1. Failing to understand the Federal Constitution that she pledged to “memelihara, melindungi dan mempertahankan” in her oath of office.
  2. Demoting the position of Islam as the religion of the Federation to the same level as other religions, which is a distortion of the truth not only to the Article 3(1) but also to our Federal Constitution.
  3. Degrade the importance and the status of Islam as the religion of the Federation to Article 11 which is in Part II of the Constitution, placing the basic structure of the Constitution at par with the fundamental liberties.

The question is, could YB Kasthuriraani be able to “memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaannya” if she fails to understand the Constitution itself? In the Court of Appeal judgement of the case of Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur v. Menteri Dalam Negeri & Kerajaan Malaysia, Justice Dato’ Abdul Aziz Rahim said:

I would add however that the position of Islam as the religion of the Federation, to my mind imposes certain obligation on the power that be to promote and defend Islam as well to protect its sanctity. In one article written by Muhammad Imam, entitled Freedom of Religion under Federal Constitution of Malaysia – A Reappraisal [1994] 2 CLJ lvii (June) referred to by the learned counsel for the 8th appellant it was said that: “Article 3 is not a mere declaration. But it imposes positive obligation on the Federation to protect, defend, promote Islam and to give effect by appropriate state action, to the injunction of Islam and able to facilitate and encourage people to hold their life according to the Islamic injunction spiritual and daily life.”

“Saya, ….……..……………………………..……………………………………………, setelah dipilih (atau dilantik) sebagai seorang ahli Dewan Rakyat (atau Dewan Negara) dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian dengan segala upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaannya.”


Related posts:





Facebook Harus Elak Dijadikan Alat Untuk Membuli

20 10 2018

Alhamduillah, sukacita dimaklumkan bahawa selepas lebih sebulan dihalang daripada berkongsi tulisan dari blog saya ke Facebook, dan setelah berbagai usaha berterusan yang telah saya lakukan, akhirnya Facebook menarik balik segala sekatan yang telah dibuat ke atas saya.
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan, doa, dan pertolongan dalam menghadapi cabaran ini.

Tahniah kepada pihak Facebook kerana tidak tunduk kepada tekanan mereka yang mahu menghalang kebebasan bersuara dan hak asasi saya sebagai rakyat Malaysia. Tindakan membuli seorang remaja yang berusia 15 tahun seperti saya adalah amat memalukan dan bercanggah dengan Perkara 2(1), Perkara 12(1) dan Perkara 13(1) Konvensyen Hak Kanak-Kanak (Convention of the Rights of the Child) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang diperjuangkan oleh Kerajaan Malaysia.

Perkara 2(1):
States Parties shall respect and ensure the rights set forth in the present Convention to each child within their jurisdiction without discrimination of any kind, irrespective of the child’s or his or her parent’s or legal guardian’s race, colour, sex, language, religion, political or other opinion, national, ethnic or social origin, property, disability, birth or other status.

Perkara 12(1):
States Parties shall assure to the child who is capable of forming his or her own views the right to express those views freely in all matters affecting the child, the views of the child being given due weight in accordance with the age and maturity of the child.

Perkara 13(1):
The child shall have the right to freedom of expression; this right shall include freedom to seek, receive and impart information and ideas of all kinds, regardless of frontiers, either orally, in writing or in print, in the form of art, or through any other media of the child’s choice.

Facebook sebagai satu organisasi yang mempromosikan kebebasan hak asasi manusia tidak patut tunduk kepada mereka yang cuba menindas hak kebebasan bersuara individu-individu lain yang bertentangan dengan pandangan dan ideologi mereka.

Saya harap kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi.





Tun M Bantah Pemansuhan Akta Hasutan

15 10 2018

Apabila kerajaan digesa untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948 dan digantikan dengan akta baharu, Tun Dr. Mahathir telah membuat satu kenyataan di dalam blognya, Chedet.

Beliau dengan tegasnya membantah gesaan tersebut kerana sebab-sebab yang sangat penting demi kesejahteraan dan kestabilan negara.

“Apabila Akta Hasutan digugur maka rakyat Malaysia akan bebas menghasut. Kedua-dua akta baru berkenaan dengan harmoni dan uniti tidak akan menghalang hasutan yang akan berlaku.”

Antara sebab-sebab lain yang Tun berikan ialah apabila dimansuhkan akta tersebut, “rakyat akan menerima berbagai-bagai hasutan”, antaranya mungkin hasutan supaya institusi diraja dihapuskan.

“Rakyat akan menerima berbagai-bagai hasutan, termasuk hasutan untuk meminda perlembagaan Malaysia. Tidaklah mustahil mereka akan menghasut supaya institusi raja juga dihapuskan.”

Saya amat bersetuju dengan kenyataan Tun, memandangkan walaupun Akta Hasutan masih ada, sudah terdapat rakyat yang secara terang-terangan menghina dan mahu mengubah Perlembagaan Persekutuan dan menghapuskan institusi diraja.

Jika kini, orang-orang sebegini bebas menghasut walaupun ada Akta Hasutan, bayangkan nanti berapa ramai penghasut-penghasut yang akan lahir jika Akta Hasutan dimansuhkan.

Seperti apa yang Tun tegaskan, negara kita akan menjadi huru-hara jika rakyat bebas menghasut, dan ia akan menghancurkan keharmonian dan kestabilan negara, terutamanya di saat getir seperti sekarang apabila kerajaan baru sahaja bertukar dan masih mencari rentak dalam mentadbir negara.

“Kemungkinan ialah huru-hara akan berlaku dalam negara. Inilah kesan dari sikap liberal yang kita agungkan sekarang.”

Saya amat menyokong pandangan Tun dalam mempertahankan Akta Hasutan seperti dalam tulisan Tun yang telah Tun terbitkan pada 30 Jun 2014.

Saya berharap Tun masih percaya dengan pandangan Tun itu, dan akan pertegaskan lagi perkara ini di saat terdapat ura-ura kerajaan baru Tun mahu menghapuskan Akta Hasutan.

Ramai rakyat mahu Tun bertindak tegas mempertahankan Akta Hasutan, setegas ketika Tun pernah mempertahankan Akta Hasutan dan ISA pada masa Tun masih bersama UMNO.

Masakan Tun mahu melihat negara menjadi huru-hara akibat rakyat bebas dihasut termasuk hasutan untuk menghapuskan sistem diraja yang kelak boleh merosakkan kesejahteraan rakyat?

Wallahua’lam…


Related Posts:





Pahang Akan Terus Cegah Maksiat – Tengku Abdullah

8 10 2018
sultan

Tengku Abdullah bertitah serbuan dan operasi cegah maksiat akan diteruskan di Pahang. Gambar Kosmo! Online

[Utusan Online}- Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, penguatkuasaan operasi khalwat di negeri ini diteruskan seperti amalan yang dilaksanakan sebelum ini.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) bertitah, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof berhubung isu berkenaan adalah pandangan beliau tetapi negeri ini akan meneruskan apa yang telah dilaksanakan.

“Itu pandangan Yang Berhormat menteri tetapi apa yang telah dilaksanakan di peringkat negeri khususnya Pahang kita akan teruskan dan perhalusi serta lebih berhemah.

“Ini supaya kita dapat membendung dan mengurangkan (maksiat),” titah baginda ketika ditemui pemberita selepas merasmikan

Bengkel Catur Siri 1/2018 bagi pelajar peringkat negeri sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di sini hari ini.

Tengku Abdullah bertitah, serbuan atau penguatkuasaan operasi khalwat masih diteruskan di negeri ini tetapi tidak boleh dilakukan di luar peruntukan undang-undang.

“Saya dimaklumkan kalau hendak mengadakan serbuan itu perlu ada aduan, kelulusan polis dan pihak berkuasa tempatan.

“Bukan serbuan secara melulu, prosedur operasi standard (SOP) mesti dikekalkan,” titah baginda.





Tan Sri Hassan Azhari Meninggal Dunia

6 10 2018
Tan Sri Haji Hassan Azhari melaungkan azan semasa upacara 
pengisytiharan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos, 1957 (Gambar Utusan)

Tokoh agama terkenal negara, Tan Sri Haji Hassan Azhari, meninggal dunia akibat kanser limfoma pada jam 5.07 petang tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Allahyarham yang berumur 90 tahun merupakan muazzin yang melaungkan azan semasa upacara pengisytiharan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos, 1957.

Allahyarham turut melaungkan azan pada perasmian Masjid Negara pada tahun 1967, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang dan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Begawan, Brunei.

Hassan juga adalah hakim Pertandingan Tilawah al-Quran yang paling lama berkhidmat dalam negara iaitu hampir 46 tahun.

Tiga anak lelakinya dikenali ramai iaitu
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan , bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang Datuk Fuad Hassan dan pelakon terkenal, Datuk Jalaluddin Hassan.

Ketika dihubungi oleh Berita Harian, Tan Sri Musa Hassan berkata:

“Ketika ini saya difahamkan arwah bapa akan dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam, di Persiaran Kayangan, Seksyen 5, Shah Alam, Selangor, atas titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah,”

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T. serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.

Al-Fatihah








%d bloggers like this: