
Be Fair, Facebook

Sudah tiga hari sejak saya sedar bahawa laman blog saya di’block’ oleh pihak Facebook atas alasan Facebook menerima laporan bahawa laman blog saya adalah laman spam yang berniat jahat.
Sehingga ke saat ini, walaupun saya telah membuat aduan kepada pihak Facebook, saya belum lagi menerima tindakan balas daripada mereka.
Ini bermakna, saya tidak lagi boleh mengongsikan artikel dari laman blog saya ke halaman Facebook melainkan jika mereka menarik balik ‘block’ tersebut.
Saya merasa amat kesal terhadap tindakan Facebook ini, kerana jika Facebook membuat siasatan mudah sebelum mengambil tindakan, pihak Facebook bukan sahaja akan sedar bahawa saya telah sekian lama menulis di blog, tetapi juga aduan bahawa laman blog saya ialah laman spam dan berniat jahat itu adalah palsu.
Pada bulan lepas, laman blog saya telahpun mencapai umur 10 tahun, dan dari dahulu lagi, isi kandungan laman blog saya ini tidak pernah menyebarkan unsur kebencian, berniat jahat ataupun spam.
Yang ditulis di dalam laman blog saya hanyalah analisis isu, berita-berita terkini daripada serata dunia, cerita, puisi dan kisah hidup saya.
Artikel yang menyebabkan blog saya di’block’ ialah “Provokasi Siti Kasim Terhadap Melayu dan Islam”, dimana saya menganalisa tulisan Puan Siti Zabedah, yang disiarkan di kolumnya di dalam akhbar The Star.
Mungkin mereka yang melaporkan blog saya ke Facebook terkeliru kerana percaya bahawa tulisan Puan Zabedah adalah suatu kebenaran yang mutlak dan tidak boleh disangkal.
Namun bagi mereka yang membaca tulisan saya dengan teliti, tiada unsur kebencian atau niat jahat di dalam penulisan saya.
Masakan saya tidak boleh menganalisa tulisan Puan Zabedah yang merupakan seorang aktivis terkenal di kalangan netizen di Malaysia termasuk orang asli dalam memperjuangkan hak asasi manusia dan kebebasan bersuara?
Saya mengharapkan pihak Facebook dapat meneliti semula laporan itu dan tolong perhatikan apa yang telah saya tulis di laman blog saya dengan teliti.
Tidak adil bagi satu organisasi yang besar dan terkenal itu untuk menghalang seorang remaja 15 tahun seperti saya daripada menyatakan pandangan dan pendapat, dan menafikan hak kebebasan bersuara saya dan menganggap kononnya pandangan saya itu adalah spam.
Ini juga pada saya adalah satu tindikan membuli, di mana pihak yang kuat sewenang-wenangnya menindas pihak yang lebih lemah.
Tidak adil juga bagi mereka untuk mengabaikan saya, seolah-olah saya ini tersendiri dan seorang yang bersifat spam.
Sudah tentu tindakan ini bertentangan dengan semangat negara kita yang menjanjikan hak kebebasan bersuara kepada rakyatnya.
Lebih kurang dua minggu lepas, aktivis parti politik DAP, Dato’ Zaid bin Ibrahim menulis di laman Twitternya mengenai keadaan di negara ini yang dibandingkan dengan kebanyakan negara-negara lain.
Tweet yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu diakhiri dengan, sekarang anda tahu kenapa ini adalah negara yang sukar ditadbir (Now you know why its a difficult country to govern).
Biasanya saya jarang memberi perhatian kepada kenyataan beliau tetapi kali ini apabila beliau meremehkan isu akhirat, saya terpanggil untuk menulis.
“Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lisannya, dan sekiranya dia tidak mampu (juga), maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah keimanan.” – (Riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya dari hadis Abu Said r.a)
Dalam tulisannya itu Dato’ Zaid telah menyatakan kita telah menyebat wanita sedangkan tidak di negara lain, di negara lain rakyat berkahwin dengan orang dewasa tetapi kita berkahwin dengan kanak-kanak, rakyat negara lain mengambil berat tentang kehidupan (dunia) tetapi kita mengambil berat tentang akhirat. Katanya lagi, ‘Sekarang anda tahu kenapa ini adalah sebuah negara yang sukar untuk diperintah’ (“Now you know why its a difficult country to govern”).
Isu pertama ialah sebatan ke atas wanita, yang mana saya rasa adalah merujuk kepada kes sebatan Syariah keatas sepasang lesbian di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu baru-baru ini. Pertama, Dato’ Zaid perlu faham apa itu hukum Syariah, kedua, apa itu sebatan Syariah dan selepas itu apakah perbezaan di antara sebatan Syariah dan sebatan Sivil.
Oleh kerana kebanyakan negara lain hanya mengaplikasikan sebatan Sivil maka memang biasanya tiada hukuman sebat ke atas wanita. Malah, di Malaysia sebatan Sivil tidak boleh di kenakan (dihukum) ke atas wanita seperti yang tertulis di dalam Seksyen 289(a) Kanun Tatacara Jenayah Malaysia.
No sentence of whipping shall be executed by instalments, and none of the following persons shall be punishable with whipping: (a) females;
(b) males sentenced to death;
(c) males whom the Court considers to be more than fifty years of age, except males sentenced to whipping under section 376, 377c, 377ca or 377e of the Penal Code.
Kes di Terengganu ialah kes Mahkamah Syariah, bermakna undang-undang yang digunapakai adalah undang-undang Syariah. Berbeza dengan sebatan Sivil, sebatan Syariah adalah teramat ringan; seperti apa yang termaktub di dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud and Qisas) Terengganu 2002.
Jadual kelima enakmen tersebut mengatakan bahawa:
Hukuman sebat itu hendaklah dijalankan dengan cara pukulan yang sederhana yang mana pegawai menjalankan hukuman itu tidaklah boleh mengangkat rotan penyebat itu tinggi hingga ke paras kepalanya; dan pukulan itu hendaklah diberi berturut-turut dan tidak melebihi bilangan yang diperintahkan oleh Mahkamah.
Seperti apa yang boleh kita lihat di dalam video yang tertera di bawah ini, sebatan Syariah langsung tidak kuat kerana tujuan sebatan Syariah ialah untuk pengajaran dan bukannya untuk mencederakan.
Dato’ Zaid juga menyebut tentang perkahwinan orang dewasa dengan kanak-kanak bawah umur, seolah-olah kes sebegitu adalah satu kebiasaan di Malaysia. Sebenarnya, kes ini teramat jarang berlaku di Malaysia dan kerana itulah ia menjadi isu yang amat panas diperkatakan. Kita mempunyai undang-undang yang meletakkan syarat bagi had umur untuk seseorang berkahwin; dan perkahwinan bawah umur hanya dibenarkan jika jabatan agama bersetuju setelah mereka yang terbabit melalui berberapa prosidur-prosidur penting. Malah pernikahan tersebut dilangsungkan di Thailand dan bukannya di Malaysia.
Saya tidak berhasrat untuk mengulas dengan panjang tentang isu-isu diatas, tetapi isu yang ingin saya sentuh adalah apabila Dato’ Zaid menulis, “They are concerned with this life; ours the next”, yang pada saya adalah keterlaluan. Seperti apa yang saya tulis sebelum ini di dalam artikel “Lekanya Melayu Diulit K-Pop”, sesetengah orang Islam sekarang terlalu mementingkan dunia yang fana ini sehingga lupakan akhirat; malah ianya menjadi satu ideologi yang dipromosikan oleh puak liberal. Berberapa hari yang lepas saya menulis tentang tulisan aktivis liberal Siti Zabedah Kasim yang juga bercakap dalam isu yang sama. Mereka sekarang seolah-olah berbangga mempertikaikan hukum Allah.
Sudah semestinya umat Islam mementingkan akhirat kerana setiap perkara yang kita lakukan di dunia ini akan menentukan keadaan kita di akhirat nanti. Kita hidup untuk mencari keredhaan Allah dan kita mesti mematuhi hukum Allah di dalam segala perkara yang kita lakukan. Jika kita hidup berpoya-poya dan bersikap ‘tidak ambil peduli’, maka kita akan mendapat balasannya nanti. Allah S.W.T. berfirman di dalam Al-Quran berkali-kali tentang perlunya kita mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Bagaimana kita mahu berjaya di akhirat, jika di dunia kita tidak berjaya menjalankan tanggung jawab kita sebagai orang Islam dengan baik?
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” ~Surah Ali ‘Imran – Ayat 104
Janganlah kita abaikan agama demi tujuan materialistik. Tanggungjawab utama kita sebagai umat Islam ialah untuk mempertahankan dan menegakkan agama Islam.
Saya berharap mereka yang terlalu gilakan dunia dapat menghayati ayat ke-13 Surah As-Syura:
Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya. ~ Surah As-Syura – Ayat 13
Jangan menjadi seperti kacang lupakan kulit. Walau apa pun Puan Zabedah mesti sedar yang beliau telah mengambil manafaat daripada kedudukan istimewa Melayu yang lantang dihinanya.
“Islam does not need protection, nor does it need to be institutionalised. As a Muslim, I believe in God Almighty. His religion does not need anyone’s help, least of all from fallible human beings. Islam and God has no need for anything, but human beings do. No one represents Islam.”Inilah pendapat golongan liberal yang tidak mahu di berada di bawah undang-undang Islam serta menentang Islam diperkasakan. Zabedah mungkin lupa bagaimana para Nabi dan Rasul berusaha untuk menegakkan dan memuliakan agama Allah dan tidak pernah berpeluk tubuh dengan alasan, “His religion does not need anyone’s help” ataupun agama Allah tidak perlu pertolongan dari sesiapa. Kita harus ingat firman Allah di dalam ayat 13 Surah As-Syura:
Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya ~Surah As-Syura [42:13] | Al-Quran.
Zabedah kemudian mengulas:
“In Malaysia today, we are obsessed with religion. Politicians and Ministers talk about religion and upholding religion. We have dedicated channels and programmes on religion on mainstream TV. Teachers force their religion and religious interpretations on children. Even the technical department, JKR (Public Works Department) for example, has set up sign boards espousing religious thoughts. Ever go to civil service offices? Observe just how many religious seminar banners and thoughts are plastered all over these places. Sometimes I wonder whether these are public services departments or religious propaganda functionaries.”Perlembagaan Persekutuan dengan jelas mengangkat Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Ini bermakna Malaysia ialah sebuah negara Islam. Maka, adalah menjadi satu kewajipan keperlembagaan bagi kerajaan Malaysia untuk menegakkan Islam pada setiap masa termasuk di jabatan kerajaan, di sekolah-sekolah kerajaan, malah di mana sahaja selaras dengan Sumpah Jawatan Yang di Pertuan Agong seperti yang tercatat di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan. Jelas Zabedah adalah pejuang dasar sekular yang mahu memisahkan agama daripada kerajaan dan tidak senang dengan adanya nilai Islam dan usaha memperkasakan Islam di jabatan kerajaan dan usaha kerajaan untuk mendaulatkan Islam sebagai agama negara. Zabedah lantas mempersoalkan kebergantungan umat Islam kepada agamanya, bertanya apakah itu satu-satunya nilai harga diri umat Islam dan apakah tidak ada lagi nilai lain pada umat Islam untuk menambah baik mutu kerja dan perkhidmatan selain (nilai) agamanya?
Jawapannya mudah, Islam ialah satu cara hidup lengkap yang merangkumi seluruh kehidupan umatnya dan itulah harga diri kita; dan sudah semestinya umat Islam bergantung kepada Allah pada setiap masa dan tidak ada nilai yang lebih baik selain daripada nilai Islam di dalam apa sahaja yang kita lakukan. Malangnya golongan liberal itulah yang gagal menghayati pentingnya nilai Islam. Apakah Zabedah mahu mempersoalkan hukum menutup aurat dalam Islam sedangkan umat Islam wajib mematuhi hukum Allah, dan wanita Islam wajib bertudung dan menutup aurat?“Why this parade of religion in the public sphere? Is it because our people obsess on religion, as they personally have got nothing else of substance to promote that would enhance their work and the lives of the people they serve? Or that they have to cling to religion as that is their one and only part of their lives that provide them any sense of self-worth?”
“Today, our Malay society has become a society so religiously judgemental that the sight of a woman without head-cover is practically blasphemous.”
Seterusnya, Zabedah menghina masyarakat Melayu yang membiayai sekolah agama dan pusat Tahfiz sebagai “insular and superstitious in thought” atau perfikiran sempit dan percaya kepada perkara karut, dan menyoal apakah pelajarnya boleh bersaing dengan rakyat bukan Islam (Malaysian non-Muslim population)?
“Can a Malay society, more insular and superstitious in thought, that is now funding thousands of religious schools and Tahfiz centres/boarding houses than ever before in its history, create a population that is competitive to succeed in the 21st century? Can it even compete on a fair footing with the rest of the Malaysian non-Muslim population?”Zabedah mungkin terlepas pandang bahawa Al-Quran mampu merungkai segala disiplin ilmu, cuma akal manusia biasa adalah terbatas dan tidak terdaya untuk mengkaji dan memahami segala perkara yang tertulis di dalam Al-Quran. Tokoh cendekiawan Islam seperti Al-Khwarizmi iaitu Bapa Algebra, Al-Zahrawi yang mempelopori bidang pembedahan, Jabir ibn Haiyan iaitu Bapa Kimia, Al-Haytham iaitu Bapa Optik Moden, Ibnu Battuta, Ibnu Khaldun, Al-Biruni, Ibnu Sina, Al-Khindi adalah hasil daripada sistem pendidikan Islam. Malah tulisan mereka telah diterjemahkan kepada berbagai bahasa lain seperti Bahasa Inggeris dan sebagainya. Ibarat meludah ke langit, terpalit ke muka sendiri! Lucunya apabila Zabedah mempersoalkan hasil daripada tempat yang diberikan kepada kaum Melayu di universiti, GLC dan jabatan kerajaan serta membuat kesimpulan sendiri bahawa itulah penyebab universiti tidak kompetitif dan ramai graduan Melayu yang tidak mendapat pekerjaan yang mana mereka diserap ke dalam perkhidmatan awam dan GLC, mengatakannya satu pentadbiran rasuah (such corrupt administrations).
“Malays have been given preferential places in universities, GLCs and the civil service for more than 40 years now, what have we got to show for it? Uncompetitive universities, a significant pool of unemployable Malay graduates and with most being employed by the civil service and the failed GLCs, and such corrupt administrations that a 93- year-old man has to come back to be the Prime Minister, that’s what.”Lantang menyerang hak Melayu, Zabedah mungkin telah lupa yang beliau pernah belajar di ITM (kini UITM), sebuah pusat pengajian tinggi awam untuk kaum Melayu dan Bumiputra dan beliau sendiri berpeluang mendapat pendidikan di situ kerana menikmati kedudukan istimewa Melayu yang kini dihinanya. Zabedah juga menyoal;
“A progressive leadership will only be elected by a progressive society. The only reason the Pakatan Harapan government was elected was because the progressive societies of the non-Malays and the liberal Malay voted for it.”Kita harus sedar bahawa ideologi liberal dan sekular yang diperjuangkan golongan liberal ini menjadi ancaman terhadap kedaulatan Islam di negara kita. Kita tidak mahu umat Islam terpesong akidahnya dan hidup bebas tanpa pegangan agama yang kukuh. Kejayaan sebenarnya ialah kejayaan yang diredhai dan diberkati Allah S.W.T.
“Islam itu tinggi dan tiada yang melebihi ketinggiannya…” ~Hadis Riwayat ad-Daruquthni: 3564 Hasan
Related Posts:
Sebagai menjawab kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Razak bahawa hak-hak orang Melayu akan hilang jika pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata hak orang Melayu tetap terpelihara, malah akan dipertingkatkan jika ‘Pakatan Harapan-Bersatu’ memenangi Pilihan Raya Umum (PRU), seperti yang telah dilaporkan oleh RoketKini.
Kenyataan Lim Kit Siang itu amat lucu, mengarut dan retorik kerana mempertahankan hak-hak istimewa orang Melayu adalah bertentangan dengan Perlembagaan DAP; khasnya pada Fasal II Matlamat 2, 10, 11; bermakna Perlembagaan DAP mesti dipinda terlebih dahulu jika benar DAP mahu mempertahankan hak Melayu!
Malah, ramai peminpin bukan Melayu DAP dan Pakatan DAP yang gagal berbahasa Melayu dengan baik, pada hal Bahasa Melayu ialah Bahasa Kebangsaan.
Bagaimanakah DAP mahu memelihara hak istimewa orang Melayu jika bangsa Melayu tidak disebut lagi, termasuk di dalam borang rasmi dan semua bangsa mahu dirangkumkan sebagai satu bangsa sahaja?
Bekas aktivis DAP, Tuan Razali Abdul Rahman telah menceritakan bagaimana orang-orang Melayu ditindas oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang; itu setakat memerintah negeri, apa lagi kalau DAP memerintah negara!
Lihat sahaja apa yang telah DAP lakukan di Perak semasa pemerintahan singkat mereka, bangsa manakah yang mendapat paling banyak keuntungan?
Bukan setakat parti DAP, malah parti PKR pun tidak berminat untuk mempertahankan hak-hak istimewa orang Melayu dan mereka juga tidak sensitif akan perasaan orang Melayu.
Tindakan Teresa Kok membuang tulisan Jawi pada sebuah papan tanda jalan di Kuala Lumpur jelas menindas hak orang Melayu dalam memperkasakan tulisan Jawi, tulisan asal Bahasa Kebangsaan yang mesti dipelajari oleh semua kaun di Malaysia.
Lebih teruk lagi, tindakan pemimpin DAP itu memberi gambaran bahawa pada mereka, kedudukan tulisan Jawi lebih rendah berbanding kedudukan tulisan Cina dan Tamil!
Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan mendefinisikan orang Melayu sebagai orang yang beragama Islam, maka dalam memelihara hak orang Melayu, agama Islam mesti dipelihara, di pertahankan dan diperjuangkan selaras dengan Perkara 3(1) yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan.
Apakah tindakan dan reaksi Pakatan DAP di dalam kes rampasan Bible, kes kalimah Allah, ahli politik bukan Islam berceramah di dalam surau dan masjid, cadangan pindaan Akta 355 dan sebagainya itu memelihara hak beragama orang Melayu?
Lim Kit Siang dan pemimpin bukan Islam lain DAP serta Pakatan DAP bukan setakat berkali-kali menghina Islam, malah dengan sesuka hati mencampuri urusan agama Islam walaupun ianya bertentangan dengan Perkara 11(3) Perlembagaan Persekutuan; inikah caranya untuk membela hak orang Melayu?
Tony Pua DAP dengan biadap telah menghina Khutbah Jumaat pada 14 Februari 2014. (Sila baca di sini)
Teo Nie Ching (DAP) ialah diantara pemimpin bukan Islam Pakatan DAP yang jelas tidak menghormati agama Islam dengan berucap kepada para jemaah di ruang solat utama surau dan masjid, contoh yang lain ialah Xavier Jayakumar A/L Arulanandam, Sivarasa Rasiah dan sebagainya.
Ngeh Koo Ham pula sering mencampuri urusan orang Melayu dan agama Islam, contohnya mengatakan menurut Perlembagaan Persekutuan orang Melayu boleh murtad dan bebas memilih agama, soal sijil halal Old Town White Coffee, soal kalimah Allah dan banyak lagi.
(Sila click di sini untuk imej yang lebih besar)
Malah, Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil yang walaupun mengaku beragama Islam telah berusaha menentang taraf, kedudukan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah menurut Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan; khasnya yang menghalang Mahkamah Tinggi daripada membatalkan keputusan Mahkamah Syariah.
Begitu juga Dr. Ariffin Omar, seorang lagi pemimpin DAP yang walaupun mengaku beragama Islam, telah memberitahu Parlimen, “Apa salahnya kalau Penang hendak dijadikan Christian city?”
Malah pemimpin Islam PAN, PKR dan DAP bukan setakat berdiam diri, malah ada yang membela apabila pemimpin bukan Islam DAP dan PKR menghina Islam.
PAN yang mengaku kononnya ‘Islamik’, tidak boleh diharap langsung untuk membela Islam; malahan, mereka ‘ada’ Islam versi mereka sendiri, yang mirip kepada ideologi yang diperjuangkan oleh Penang Institute, puak-puak liberal (seperti SIS Forum Bhd, G25, Siti Zabedah Kasim dan ramai lagi) dan mereka yang menentang dasar negara yang memgamalkan Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Pemimpin Pakatan DAP termasuk peminpin PAN juga mahu duit zakat di bahagikan kepada orang-orang bukan Islam, sedangkan masih ramai lagi asnaf yang perlu dibantu.
Maka, janji Lim Kit Siang bahawa hak orang Melayu tetap terpelihara, malah akan dipertingkatkan jika ‘Pakatan Harapan-Bersatu’ memenangi Pilihan Raya Umum hanyalah menanam tebu di bibir mulut.
(Sila baca Perjanjian DAP, PKR, PAN, PPBM Untuk Meminda Perkara 3(1)? )
Semua itu hanyalah janji retorik untuk menutup pekung mereka demi untuk meraih undi orang Melayu untuk PRU 14 nanti.
Pindalah Perlembagaan DAP terlebih dahulu sebelum bercakap soal mempertahankan hak Melayu!
Related posts:
Liberal lawyer and activist, Siti Zabedah Kasim seems to be very mad, in fact it looks like she is steaming, raging mad after being advised by the Mufti of Perak, Tan Sri Harussani to not touch on matters concerning tauhid.
On her Facebook page, claiming that the Mufti of Perak accused her of “being an apostate”, she wrote that the Mufti is “punishable by 80 kali sebat according to the Quran” for making “a very big fitnah to accuse woman wrongly”; and she quoted the 4th verse of the Surah An-Noor to prove her point.
I am appalled by her arrogant attitude and her out of context self-interpretation of the holy Quran to suit her needs.
Fortunately, she is not a Syariah lawyer; as it will cause a deafening uproar in the courtroom if she insists that her out of context self-interpretation of the Quran is valid!
Anyway, it puzzles me when she talks about the punishment from the Quran; after all, isn’t she is the one who vocally complains about the proposed amendment of Act 355?
As I understand from her ridiculous stunts at numerous public forums, she is against the implementation of “80 kali sebat” and wants the maximum limit for whipping stays at only six strokes.
May be her anger made her confused…
As I wrote in my previous post, ‘Siti Kasim: Drowned by Freedom of Speech‘ it is best for her to stand up tall and clarify the matter with JAKIM to solve the problem.
I also asked, “Or is she going to deny what she had said in the video and says something weird like, the video was edited by somebody to defame her?”
And I was right because on her Facebook page she told the Mufti to listen to her original interview and “not to get confused by the cut paste fitnah version by menara.my, fundamentalist website that is out to attack what the Islamofascists term as liberals”.
Has she changed her mind regarding the proposed amendment of Act 355 so that the people who accused her can be punished as according to the Quran?
Siti Bedah must make up her mind!
It seems like liberal lawyer, Siti Zabedah Kasim who is usually cool and cheerful is getting really angry after she found out that she would be summoned by the religious authority “to clarify her reported remarks on God’s existence”.
She wrote in her Facebook that,”I will have no hesitation to take the full force of law against anyone or anybody who try to bully or defame me” and that “an idiot blogger” created a story about her that only “mentally challenged people will actually believe rubbish like that”.
She told Malay Mail Online that she received death threats after an article was published by the news portal Menara.my. Going to the extent of name calling, the portal was described as a “fundamentalist Malay-language portal”.
“She told Malay Mail Online when contacted on March 22 that the decapitation threats were made after a fundamentalist Malay-language portal, Menara.my, published an article titled “Melalui getaran, kita menghasilkan Tuhan — Siti Kasim” (Through vibrations, we create God — Siti Kasim) that she said had “manipulated” her interview with Chinese-language portal pocketimes.my”
~ Malay Mail Online.
The out spoken lawyer who is very popular for her liberal ideas and weird interpretations of Islam angered the Muslims with her crazy ideas and Islam bashing statements that she claims to be the true interpretations of Islam.
As a lawyer and activist who fights for the rights of the people, she must also fight for the rights of the Muslims to practise Islam as the religion of the Federaton according to the Federal Constitution.
Zabedah must stop applying double standards in her actions, and denying the rights of the others, as she did over the issue of the proposed amendment of Act 355.
She complains of her anger over what was written by the “idiot blogger” when her words had angered millions of Muslims almost daily.
As a person of integrity, she should stand up tall and explain what she meant by her statements. instead of putting the burden of proof on others over what she had said in the video.
It is not good enough to only accuse others of twisting the issue because that is a lame excuse.
In fact, Zabedah should voluntarily meet JAKIM and share her ideas about Islam, who knows JAKIM can learn new things from her.
It will be great if she can explain about what she had said in the video and also about her version of Islam.
Or is she going to deny what she had said in the video and says something weird like, the video was edited by somebody to defame her?
Above was how a human rights lawyer, Siti Zabedah Kasim acted during a program hosted by Sinar Harian entitled, “Wacana Sinar Harian Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi” at the Auditorium Sultan Muhammad ke-V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.
The human rights lawyer in a very loud voice said that she is against the move to amend Act 355 which she said is an attempt to empower the Syariah Court.
She went on saying:
“Saya Melayu, saya seorang Melayu. Dan saya seorang Islam. Kenapa saya perlu dicontrol, didictate oleh orang orang begini. Ini adalah antara saya dengan tuhan.”
My question is, why is she so scared of the empowerment the Syariah Court that she wants to discriminate the rights of most Muslims who want to empower the Syariah Court?
She rudely pointed her middle finger as a sign of insult to those who do not agree with her loud speech.
Now, she pointed her middle finger and claimed that she is a Muslim, aren’t she ashamed of herself?
Her actions insult the Muslims because it gives the image that Muslims are rude when in Islam it is wrong to insult others.
Is the Bar Council happy with this kind of behaviour shown by its member in a public event?