BN Menang Besar Di Melaka

Parti Barisan Nasional berjaya memenangi 21 kerusi semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15 hari ini.

Barisan Nasional dilaporkan telah memenangi 21 kerusi, Pakatan Harapan 5 dan Perikatan Nasional 2 kerusi.

Parti PUTRA dan IMAN tidak memenangi di mana-mana kawasan DUN Melaka..

Untuk keterangan lengkap sila rujuk ke Pusat Maklumat PRN Melaka 2021

TIDAK RASMI: BN Mendahului PRN Melaka

Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menunjukkan parti Barisan Nasional mendahului di kebanyakan kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka.

Setakat jam 7.50 malam, sebanyak 22 kawasan daripada 28 kawasan didahului parti tersebut, manakala parti Pakatan Harapan telah mendahului di 5 kawasan.

Keputusan kawasan N22 Bukit Katil belum diumumkan.

Lihat keputusan tidak rasmi PRN Melaka di Pusat Maklumat PRN Melaka

Proses Pengundian di Kesidang Terganggu Akibat ‘Ejen Hantu’

Wakil calon Pakatan Harapan di kawasan N19 Kesidang mengadu kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berkenaan seorang ejen pusat mengundi yang tidak dikenali namun dikatakan mengaku diri bertugas untuk PH.

Menurut laporan Malaysiakini, lelaki tersebut didakwa mengaku diri menghadiri untuk bertugas bagi pihak calon dari parti DAP tu, Seah Shoo Chin. Namun begitu, pihak Pakatan Harapan tidak mengenali individu tersebut.

Namun begitu ejen terbabit bertegas bahawa dirinya ialah ejen yang sah dan menunjukkan dokumen bertandatangan yang mengabsahkan pelantikannya sebagai pemantau proses pengiraan di pusat mengundi tersebut.

Pihak berkuasa kemudian memberitahu kedua-dua mereka untuk menyelesaikan isu itu dengan baik.

Setelah bertemu dan berbincang, mereka mendapati bahawa terdapat satu kesilapfahaman akibat masalah dalam komunikasi antara satu sama lain.

Lelaki tersebut sebenarnya mengatakan bahawa dirinya ialah ejen bagi kawasan Kesidang. Oleh kerana Seah merupakan penyandang kerusi Kesidang yang sering dirujuk sebagai Kesidang di persidangan DUN sebelum ini, pihak Pakatan Harapan menganggap individu itu mengaku dirinya ejen bagi Seah.

Beliau sebenarnya wakil bagi calon Perikatan Nasional, Patrick Ng Chin Kae daripada parti GERAKAN.

Peratusan Keluar Mengundi Cecah 61% Setakat Jam 4.00

DIKEMAS KINI PADA JAM 5.04 PETANG

Hampir 300,000 pengundi pengundi berdaftar telah membuang undi di seluruh negeri Melaka bagi proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15 hari ini.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), kira-kira 61% daripada pengundi berdaftar telah keluar mengundi setakat jam 4.00 petang tadi.

Angka tersebut telah meningkat sebanyak empat peratus berbanding jam lepas (57% pada 3 petang), yang merupakan peningkatan sebanyak tujuh peratus juga berbanding jam sebelumnya (50% pada 2 petang.)

PRN Melaka kali ini melihat seramai 112 orang calon bertanding bagi 28 kerusi di Dewan Undangan Negeri Melaka.

Calon-calon tersebut terdiri daripada parti-parti Barisan Nasional, Pakatan Harapan, Perikatan Nasional, PUTRA dan IMAN, selain 22 orang calon bebas.

Sebelum ini, SPR telah melaporkan bahawa seramai tujuh peratus telah keluar mengundi pada jam 9.00 pagi, 17% pada 10.00 pagi, dan seterusnya 27% pada 11.00 pagi. Pada jam 12.00 tengah hari, seramai 36% telah keluar mengundi, manakala 43% telah keluar mengundi pada jam 1 tengah hari.

[دکمس کيني] سراماي 43% کلوار مڠوندي ستاکت 1.00

دکمس کيني ڤد جم 1.43 تڠه هاري

سراماي 43% ڤڠوندي بردفتر تله کلوار مڠوندي ستاکت جم 1.00 تڠن هاري ڤد ڤيليهن راي نݢري (ڤ.ر.ن.) ملاک ک-15 هاري اين⹁ لاڤور سوروهنجاي ڤيليهن راي مليسيا (س.ڤ.ر).

ڤ.ر.ن. ملاک کالي اين مليهت سراماي 112 اورڠ چالون برتنديڠ باݢي 28 کروسي دديوان اوندڠن نݢري ملاک.

چالون٢ ترسبوت ترديري درڤد ڤرتي٢ باريسن ناسيونل⹁ ڤاکتن هارڤن⹁ ڤرايکتن ناسيونل⹁ ڤوترا دان ايمان⹁ سلاءين 22 اورڠ چالون بيبس.

سبلوم اين⹁ س.ڤ.ر. تله ملاڤورکن بهاوا سراماي توجوه ڤراتوس تله کلوار مڠوندي ڤد جم 9.00 ڤاݢي⹁ 17% ڤد 10.00 ڤاݢي⹁ دان ستروسڽ 27% ڤد 11.00 ڤاݢي. ڤد جم 12.00 تڠه هاري⹁ سراماي 36% تله کلوار مڠوندي.

43% Keluar Mengundi Setakat 1.00

DIKEMAS KINI PADA JAM 1.43 TENGAH HARI

Seramai 43% pengundi berdaftar telah keluar mengundi setakat jam 1.00 tengah hari pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15 hari ini, lapor Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

PRN Melaka kali ini melihat seramai 112 orang calon bertanding bagi 28 kerusi di Dewan Undangan Negeri Melaka.

Calon-calon tersebut terdiri daripada parti-parti Barisan Nasional, Pakatan Harapan, Perikatan Nasional, PUTRA dan IMAN, selain 22 orang calon bebas.

Sebelum ini, SPR telah melaporkan bahawa seramai tujuh peratus telah keluar mengundi pada jam 9.00 pagi, 17% pada 10.00 pagi, dan seterusnya 27% pada 11.00 pagi. Pada jam 12.00 tengah hari, seramai 36% telah keluar mengundi.

Diari Remaja @ Utusan Malaysia: Makin Lupakah Kita Kepada SOP?

Alhamdulillah, hari ini tulisan saya “Makin Lupakah Kita Kepada SOP?” di dalam kolum saya, Diari Remaja telah diterbit di akhbar Utusan Malaysia.

Tulisan saya boleh dibaca pada muka surat 16 akhbar Utusan Malaysia hari ini, serta di Utusan Digital melalui pautan di bawah.