Wakil calon Pakatan Harapan di kawasan N19 Kesidang mengadu kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berkenaan seorang ejen pusat mengundi yang tidak dikenali namun dikatakan mengaku diri bertugas untuk PH.
Menurut laporan Malaysiakini, lelaki tersebut didakwa mengaku diri menghadiri untuk bertugas bagi pihak calon dari parti DAP tu, Seah Shoo Chin. Namun begitu, pihak Pakatan Harapan tidak mengenali individu tersebut.
Namun begitu ejen terbabit bertegas bahawa dirinya ialah ejen yang sah dan menunjukkan dokumen bertandatangan yang mengabsahkan pelantikannya sebagai pemantau proses pengiraan di pusat mengundi tersebut.
Pihak berkuasa kemudian memberitahu kedua-dua mereka untuk menyelesaikan isu itu dengan baik.
Setelah bertemu dan berbincang, mereka mendapati bahawa terdapat satu kesilapfahaman akibat masalah dalam komunikasi antara satu sama lain.
Lelaki tersebut sebenarnya mengatakan bahawa dirinya ialah ejen bagi kawasan Kesidang. Oleh kerana Seah merupakan penyandang kerusi Kesidang yang sering dirujuk sebagai Kesidang di persidangan DUN sebelum ini, pihak Pakatan Harapan menganggap individu itu mengaku dirinya ejen bagi Seah.
Beliau sebenarnya wakil bagi calon Perikatan Nasional, Patrick Ng Chin Kae daripada parti GERAKAN.