Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.
Beliau menggantikan Datuk Razaruddin Husain yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa 26 Disember ini.
Setiausaha Polis Malaysia, Deputi Komisioner Ruslan Khalid berkata, jawatan Ayob Khan diisi Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat.
“Kekosongan ditinggalkan Kamarul Zaman digantikan oleh Timbalan Pengarah (Integriti) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Deputi Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad dengan memangku pangkat Komisioner,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, pertukaran ketiga-tiga pegawai kanan itu berkuat kuasa 25 Januari depan.- Utusan Digital
Semenanjung Malaysia terus dilanda banjir ekoran hujan sangat lebat yang dijangka berterusan di sekitar Perak, Pahang dan Kedah, serta di bahagian utara Selangor dan seluruh Pantai Timur.
Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran bahaya tahap merah bagi selatan Perak, dan tahap jingga (buruk) bagi 14 kawasan seluruh semenanjung, manakala kawasan lain kecuali selatan Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor diberi amaran tahap kuning (waspada).
Banjir kilat malam semalam telah menyebabkan ibu kota Kuala Lumpur tenggelam dalam air sepanjang malam akibat hujan lebat yang berterusan sejak hari Jumaat.
Pada jam 1.40 pagi tadi, Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran bahaya tahap merah bagi hampir seluruh negeri Selangor termasuk Kuala Lumpur oleh kerana hujan sangat lebat yang berterusan sehingga pagi.
Selangor dan Kuala Lumpur masih menghadapi banjir setakat ini, dan lebih 50 jalan dan laluan telah ditutup akibat bencana tersebut.
Sebanyak lapan negeri secara keseluruhannya, iaitu Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang terkesan dengan banjir besar semalam.
Menurut laporan Utusan Malaysia, ia ekoran Lekukan Tropika membadai selatan Filipina apabila fenomena berkenaan mengukuhkan angin timur laut bertiup ke kawasan Semenanjung Malaysia dengan membawa lembapan tinggi di kawasan pantai timur dan merentasi Semenanjung Malaysia.
Keadaan di Jalan Sri Muda bersebelahan lebuh raya KESAS yang dinaiki air berikutan hujan lebat melebihi 24 jam yang mengakibatkan kenderaan tenggelam dan penduduk terkandas. – NSTP/Eizairi Shamsudin
Kelihatan sebuah kenderaan ditenggelami air ketika tinjauan banjir di Taman Sri Wangi, Shah Alam. (Gambar Free Malaysia Today)
Pasar raya Econsave turut ditenggelami air ketika tinjauan banjir di Taman Sri Wangi, Shah Alam. (Gambar Free Malaysia Today)
Pemandangan kawasan banjir di Seksyen 22, Shah Alam. (Gambar Tim Ho, Free Malaysia Today)
Keadaan di Jalan Sri Muda bersebelahan lebuh raya KESAS yang dinaiki air berikutan hujan lebat melebihi 24 jam yang mengakibatkan kenderaan tenggelam dan penduduk terkandas. – NSTP/Eizairi Shamsudin
KEADAAN banjir kilat di susur keluar lebuhraya NKVE Bukit Jelutong sekitar tinjauan di Shah Alam, Selangor. UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
(Gambar Sirap Limau)
KEADAAN banjir di susur keluar lebuhraya NKVE Bukit Jelutong sekitar tinjauan di Shah Alam, Selangor. – UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Anggota bomba menyelamatkan seorang warga emas di Taman Sri Wangi, Shah Alam. (Gambar Free Malaysia Today)
Kelihatan penduduk cuba menyelamatkan diri dengan menaiki jentolak. (Gambar Free Malaysia Today)
Kelihatan orang awam berjalan untuk keluar dari kawasan dilanda banjir ketika tinjauan banjir di Taman Sri Wangi, Shah Alam.(Gambar Free Malaysia Today)
Keadaan di Jalan Sri Muda bersebelahan lebuh raya KESAS yang dinaiki air berikutan hujan lebat melebihi 24 jam yang mengakibatkan kenderaan tenggelam dan penduduk terkandas. – NSTP/Eizairi Shamsudin
Keadaan di Jalan Sri Muda bersebelahan lebuh raya KESAS yang dinaiki air berikutan hujan lebat melebihi 24 jam yang mengakibatkan kenderaan tenggelam dan penduduk terkandas. – NSTP/Eizairi Shamsudin
Keadaan banjir di beberapa negeri semakin buruk dengan jumlah mangsa di PPS terus meningkat, dan Selangor mencatat bilangan mangsa paling tinggi, setakat petang ini. (Gambar Bernama)
Anggota bomba membawa penduduk keluar dari kawasan yang terjejas akibat banjir. (Gambar Free Malaysia Today)
Anggota bomba menunggu penduduk yang berjaya diselamatkan untuk berteduh bawah khemah. (Gambar Free Malaysia Today)
KEADAAN banjir akibat limpahan air dari Sungai Damansara mengakibatkan jalan di Batu Tiga, Lebuhraya Persekutuan tenggelam dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Antara kawasan di ibu kota yang dilanda banjir. – Foto NSTP
Stesen LRT Masjid Jamek bagi laluan Kelana Jaya dilanda banjir malam tadi. (Gambar Free Malaysia Today)
(Gambar Sirap Limau)
Anggota Bomba dan Penyelamat mencari mangsa yang terperangkap didalam rumah di Lorong Tiong Nam, Kuala Lumpur selepas air naik secara mendadak ekoran hujan yang turun berterusan. – NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Hujan tidak berhenti selama lebih 24 jam telah menyebabkan banjit kilat yang disifatkan sebagai terburuk sejak 20 tahun lalu melanda ibu kota hari ini.
Hampir seluruh Lembah Klang menghadapi banjir yang teruk terutamanya di kawasan-kawasan seperti Shah Alam dan Klang.
Air parit dan longkang berhampiran dilaporkan telah melimpah ke jalan raya sehingga mencecah 0.7 meter lalu menenggelamkan beberapa buah kenderaan.
Paras air dijangka terus meningkat sekiranya hujan tetap berterusan.
Syarikat Pasar Raya Giant telah mengarahkan semua gedungnya di kawasan Lembah Klang untuk ditutup buat sementara waktu akibat banjir yang teruk itu.
Banjit di sekitar Bukit Raja Klang
Salah sebuah gedung Giant yang ditenggelami banjir
Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah memenangi Pilihan Raya Wilayah Sarawak bagi membentuk kerajaan wilayah baharu selepas menang 76 daripada 82 kerusi pada Pilihan Raya Wilayah Sarawak ke-12.
GPS di bawah pimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, menang di 76 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, berbanding pembangkang yang hanya menang enam kerusi.
Parti-parti PKR, PAN, Aspirasi dan PBK antara yang langsung tidak memenangi mana-mana kerusi, dan hanya PSB dan DAP sahaja yang berjaya memperoleh empat dan dua kerusi masing-masing.
Abang Johari yang pertama kali bertanding di kerusi DUN Gedong selepas berpindah dari DUN Satok yang disandangnya sejak sembilan penggal lalu, menang dengan 4,310 undi.
Beliau menewaskan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Mohamad Sofian Fariz Sharbini, yang memperoleh 703 undi, calon Parti Amanah Negara, Cikgu Kamal (94 undi) dan calon Parti Bumi Kenyalang, Tomson Ango (157 undi).
Setakat jam 6.45 petang, Gabungan Parti Sarawak telah memenangi dua kerusi dan mendahului di kebanyakan kawasan dalam Pilihan Raya Wilayah Sarawak ke-12.
Kawasan DUN N27 Sebuyau dan N65 Belaga telah sah dimenangi oleh gabungan parti itu dengan majoriti 4,134 dan 2,245 masing-masing, setakat ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
Menurut laporan Malaysiakini, GPS turut memenangi tiga lagi kerusi lain iaitu di N37 Bukit Saban, N58 Balingian dan N66 Murum, namun pihak kami belum dapat mengesahkan hal tersebut serta perinciannya.
Segala keputusan terkini akan dikemas kini pada Pusat Maklumat PRN Sarawak 2021 di:
Proses Pilihan Raya Wilayah Sarawak menghadapi sedikit rintangan apabila beberapa kawasan di wilayah tersebut ditimpa hujan lebat sejak awal pagi tadi, mengakibatkan proses pembuangan undi terganggu.
Kanopi-kanopi dilaporkan tercabut akibat angin kencang sehinggakan ia perlu dialih ke kawasan yang lebih selamat.
Menurut laporan Malaysiakini, sebuah kanopi pegawai kesihatan di kawasan perlu dipindah kerana hampir rosak apabila ditiup angin yang kuat.
Walaupun dalam keadaan cuaca yang buruk, pengundi tetap meredah hujan yang lebat bagi meneruskan proses pemilihan di wilayah tersebut.
Sebelum ini Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menyarankan warga wilayah untuk mengundi pada awal hari kerana kebanyakan tempat di Sarawak dijangka akan ditimpa hujan lebat pada sebelah petang.
Namun begitu, sesetengah kawasan seperti Bawang Assan telah menghadapi hujan yang lebat seawal jam 8 pagi tadi.
Setakat jam 2.00 petang, seramai 48% pengundi atau kira-kira 580,000 pengundi telah membuang undi di serata negeri.
Sekitar 580,000 warga Sarawak telah keluar mengundi setakat jam 2.00 petang bagi proses Pilihan Raya Wilayah Sarawak ke-12 hari ini (lazimnya disebut PRN Sarawak).
Suruhanjaya Pilihan Raya melaporkan bahawa seramai 48% daripada pengundi berdaftar telah membuang undi dalam pemilihan yang diadakan hampir setiap 5 tahun itu.
Ini merupakan peningkatan sebanyak 4% sahaja sejak jam yang lepas iaitu 44% pada pukul 1.00 tengah hari.
Terdahulu, SPR telah melaporkan bahawa 32% telah keluar mengundi pada jam 11.00 pagi, 22% pada 10.00 pagi dan 11% pada 9.00 pagi.
Warga wilayah Sarawak disarankan untuk keluar awal bagi proses pemilihan kerana hujan lebat dijangkakan pada sebelah petang hari.