Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menunjukkan parti Barisan Nasional mendahului di kebanyakan kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka.
Setakat jam 7.50 malam, sebanyak 22 kawasan daripada 28 kawasan didahului parti tersebut, manakala parti Pakatan Harapan telah mendahului di 5 kawasan.
Keputusan kawasan N22 Bukit Katil belum diumumkan.
PRN Melaka akan menyaksikan petandingan sengit di antara tiga parti utama di Malaysia – BN, PH dan PN; di mana kesemua parti-parti ini akan berusaha keras untuk menang bergaya.
Dengan pendekatan kempen berpandukan SOP baharu, suasana PRN menjadi tidak semeriah dahulu. Mungkin agak memeningkan jentera parti yang biasanya akan bergerak dari rumah ke rumah di samping merangka pelbagai aktiviti ceramah.
Mengimbau kembali PRK Tanjung Piai, ceramah-ceramah politik dan jelajah mesra pemimpin-pemimpin utama parti telah memainkan peranan yang begitu penting dalam usaha menawan hati pengundi.
Sambutan dan kehadiran audiens bukan sahaja dilihat sebagai indikator sentimen pengundi tetapi juga boleh mempengaruhi sokongan pengundi atas pagar.
Pada PRN kali ini, kita tetap melihat pemimpin-pemimpin parti bergerak ke Melaka.
Walaupun mereka tidak boleh berkempen seperti dahulu, mereka masih boleh ‘berjalan-jalan’ dan ‘bermakan-makan’ di seluruh negeri Melaka dengan syarat menjaga SOP.
Jika PN bersandarkan faktor Abah dan BN mengharapkan faktor Bossku untuk memenangi hati pengundi, para pemimpin PAN pula mengangkat faktor Tun Khalil untuk membantu kemenangan PH.
Ramai calon-calon muda diturunkan dalam PRN ini untuk menawan hati orang muda; maka saya melihat faktor Abah dan Bossku adalah amat penting untuk mendapatkan kepercayaan pengundi, khasnya pengundi yang lebih dewasa.
Hal ini lebih integral di kawasan di mana calon baharu tersebut kurang dikenali oleh akar umbi parti. Kalau dahulu calon bebas menemui pengundi, sekarang situasi sudah berlainan, maka parti memerlukan faktor besar yang boleh meraih kepercayaan pengundi.
Sama ada pengundi muda DUN Melaka yang tinggal di luar akan pulang mengundi juga dilihat akan mempengaruhi keputusan PRN ini nanti.
Menariknya, ketiga-tiga tokoh yang diangkat sebagai figura penting PRN Melaka mempunyai satu persamaan yang nyata, iaitu ketiga-tiga mereka berjaya menjadi tokoh penting negara setelah diangkat oleh parti UMNO.
Melaka pernah menjadi kubu kuat UMNO sebelum berjaya ditawan oleh PH dalam PRU 14.
Persoalannya, dapatkah PH merampas kembali DUN Melaka atas faktor Tun Khalil? Mungkinkah faktor Abah memenangkan PN? Atau adakah faktor Bossku yang akan bantu mengembalikan Melaka kepada BN?
Sama-samalah kita tunggu keputusannya menjelang malam esok.
Ikuti perkembangan terkini pada hari mengundi di Pusat Maklumat PRN Melaka melalui pautan di bawah:
Baca keputusan penuh PRN Melakaباچ کڤوتوسن ڤنوه ڤ.ر.ن. ملاک PUSAT MAKLUMAT PRN MELAKAAHMADALIKARIM.COM/MELAKA2021 PRN Melaka telah berakhir dengan kemenangan bergaya…