Almarhum Sudah Mangkat, Prebet Adam Sudah Tiada; Masihkah Kita Sebarkan Fitnah?

Baca versi Jawi di sini.

Berita kematian Prebet Adam bin Jaafar mengimbau kembali sejarah fitnah besar yang dilontarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap Almarhum Sultan Iskandar dan juga Allahyarham Prebet Adam sendiri.

Bagi saya, ini adalah salah satu contoh fitnah jahat yang telah diolah begitu rupa sehingga berjaya memperdayakan orang ramai dengan begitu meluas.

Walaupun Almarhum telah mangkat sebelas tahun yang lalu dan kini Prebet Adam juga sudah tiada, namun fitnah tersebut masih wujud dan ramai yang masih tertipu.

Pada 17 Oktober 1987, berita amukan Prebet Adam di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur telah mengejutkan rakyat di seluruh negara.

Selepas itu, bertiup kencang pula khabar angin tentang mengapa Adam bertindak demikian; di mana Prebet Adam dikatakan mengamuk setelah mendapat tahu adiknya yang bertugas sebagai kedi (caddy) kepada Almarhum Sultan Iskandar, telah meninggal dunia akibat dipukul oleh Almarhum ketika bermain golf.

Peliknya, mereka yang bercerita dan begitu yakin tentang kebenaran cerita yang mereka bawakan itu, jika ditanya, tidak dapat memberi tahu apakah nama kedi (adik Prebet Adam) yang mereka kisahkan dalam cerita mereka.

Sebabnya mudah, Prebet Adam tidak ada adik yang mati dipukul oleh Almarhum Sultan Iskandar. Bukan itu sahaja, tetapi Prebet Adam juga tidak mempunyai adik yang berkerja sebagai kedi.

Satu-satunya adik Prebet Adam yang meninggal dunia telah meninggal ketika kecil pada tahun 1975 akibat kebakaran rumah.

Namun, fitnah yang tidak diketahui dari mana asalnya ini telah berjaya memperdayakan ramai orang; malah sehingga kini, ia masih disebut dan dikisahkan termasuk di media sosial.

Begitulah mudahnya masyarakat mempercayai dan menyambung fitnah tanpa menyiasat kebenarannya terlebih dahulu.

Hakikatnya, Prebet Adam mengamuk akibat tekanan di tempat kerja kerana dibuli dan didera di kem tenteranya. Tetapi tidak ramai rakyat negara yang berminat untuk menyiasat hal yang sebenarnya.

Saya tidak pasti siapa yang telah memulakan fitnah ini, namun adalah menjadi satu dosa besar bagi sesiapa yang telah memulakan dan membiarkan fitnah sebegini tersebar walaupun tahu bahawa ia tidak benar.

Lebih-lebih lagi, ini adalah fitnah jahat terhadap seorang ulil amri atau pemimpin iaitu Sultan Johor yang merupakan Yang di-Pertuan Agong pada ketika itu.

Baginda sudah mangkat pada tahun 2010, maka, sudah tiada cara untuk memohon ampun daripada Almarhum Sultan Iskandar melainkan di Padang Mahsyar nanti.

Fitnah membunuh adalah satu fitnah besar, namun ramai yang menolak kebenaran, walaupun terdapat surat akuan bersumpah oleh Prebet Adam sendiri.

Disebabkan itulah Islam mengajar bahawa fitnah adalah lebih teruk berbanding membunuh, kerana fitnah akan terus tersebar walaupun yang difitnah sudah bertahun kembali ke rahmatullah.

Wartawan terkenal, Syahril A. Kadir telah berjumpa sendiri dengan Prebet Adam dan telah mengupas tentang hal ini melalui bukunya. Adik-beradik Prebet Adam telah beberapa kali merayu agar fitnah terhadap abang mereka dan Almarhum Sultan Iskandar dihentikan; tetapi masih ada yang memilih untuk menyambung fitnah dan mempertikaikan kebenaran.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat-Nya ke atas Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi, serta menempatkan Baginda dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Tidak tertinggal juga Allahyarham Prebet Adam bin Jaafar; takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham, semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosanya serta menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Aamiin.

Author: Ahmad Ali Karim

Blogger. Official Ambassador at Muafakat Pendidikan Johor (MPJ). Columnist at Utusan Malaysia. Secretary at Pertubuhan Permuafakatan Pendidikan Malaysia (ME'DIDIK).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.