(Karim’s Blog) – Kenapa tidak ada sebab untuk wakil rakyat dari kawasan Parlimen anda untuk tolak cadangan usul yang dibawa TG Hadi Awang untuk pinda Akta 355?
Pertama, ianya membawa kebaikan kepada semua orang. Kecuali bagi orang yang tidak mahukan kebaikan.
Apa kebaikannya? Ianya menaikkan hukuman kepada pesalah jenayah syariah. Kecuali kita menyokong pesalah syariah atau kita dari kalangan orang yang sering melakukan kesalahan-kesalahan tersebut, maka sudah pasti kita tidak senang dengan hukuman yang lebih tinggi – sebab itu mungkin kita tentang.
Apabila semua orang takut melakukan kesalahan-kesalahan tersebut maka kita akan hidup dalam masyarakat lebih baik, bermoral dan dengan penuh keharmonian.
Ianya juga memberi kebaikan kepada orang bukan Islam apabila orang-orang Islam semuanya menjadi lebih baik.
Kedua, jika wakil rakyat anda seorang Islam – lagi patut dia menjuarai agenda memartabatkan Mahkamah Syariah. Sudah pasti undinya di Parlimen dicatat sebagai suatu kebaikan bukan sahaja untuk dirinya tetapi mewakili sekalian umat Islam dari kawasannya. Ini juga menjadi saham akhirat baginya.
Kalau ditentang semasa pengundian nanti – pastikan anda catat agar dia tidak lagi mewakili kawasan anda untuk PRU akan datang. Tidak kira dia dari parti mana.
Ketiga, jika wakil rakyat anda bukan orang Islam, bagaimana pula? Sebenarnya ramai dari wakil rakyat di Parlimen yang terdiri dari bukan Islam adalah mewakili kawasan Parlimen yang pengundinya majoriti orang Islam. Kalau dia tolak maknanya dia tidak mewakili hasrat pengundi Islam kawasannya yang mahukan hukuman di Mahkamah Syariah dinaikkan. Wakil-wakil rakyat bukan Islam dari kawasan orang-orang Islam MESTI dengar kehendak kami bukan kehendak orang bukan Islam yang tidak pun mengundi kamu semasa PRU13 dulu. Ingatlah!
Jika ada wakil-wakil rakyat bukan Islam tidak mahu sokong, maka JANGAN HADIR pada masa pengundian nanti. Beri laluan kepada kami orang-orang Islam untuk menentukan hak kami di Tanah Air kami!
JANGAN anda menyibuk untuk menghalang dalam urusan kami.
BIAR SEMUA BERSUARA … SOKONG cadangan pindaan Akta 355!
Jangan lupa … baca juga … Penentang Pindaan Akta 355 Dapat Sumber Duit HARAM?
… dan seterusnya lagi:
- Sokong Pindaan Akta 355 Dengan Berfakta
- Fahami Apa Itu Pindaan Akta 355
- Pindaan Akta 355 – Kenapa Ditentang?
- Akta 355 – Jelas Mahathir Tidak Faham Atau Sudah Lupa
- Jelas dan Jahat – DAP Memusuhi Kedaulatan Islam
- Memahami Akta 355 dan Cadangan Pindaannya
- Pindaan Akta 355 – Memberi Autonomi Lebih Kepada Negeri-Negeri
- Kenapa Mereka Bantah Pindaan Akta 355?
- Pindaan Akta 355 Boleh Bantu Cegah Kemungkaran – Kenapa Orang Cina Bantah?
- Eloklah MCA Keluar BN Jika Mereka Rasa Lebih Kuat
- ‘Joseph Kurup should be sacked’
- Jika Orang Cina Bantah Pindaan Akta 355 – Orang Melayu Islam Mungkin Perlu Tuntut Tutup Sekolah Cina Pulak
- Cadangan Pindaan Akta 355 – Apa Sudah Jadi Dengan Dr. M?
- Attack on proposed increase of jurisdiction of Syariah Courts unconstitutional and an affront to religious liberty
- Kepentingan Agama Perlu Atasi Politik
- Apa itu Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan (B1SNJ9PP)
- Pindaan Akta 355 – Memberi Autonomi Lebih Kepada Negeri-Negeri
- Pindaan Akta 355 BerCANGGAH Dengan Perlembagaan Persekutuan?
27 thoughts on “Tidak Ada Sebab Wakil Rakyat Anda Tolak Cadangan Pindaan Akta 355”