KL Jem Gilerr Pagi Nih!

11 01 2013

(Karim’s Blog) Baru terbaca satu posting dalam FB. KL jem gilerr pagi tadi. Laluan masuk ke ibu kota sesaaak sekali. Saya paparkan gambar yang disiar itu di bawah. Renung baik-baik.

jam jalan2

Renung baik-baik. Cuba klik imej dan zooooomkan.

Cuba jawab soalan-soalan ini:

1. Di Malaysia kita, kita pandu sebelah mana jalan?

2. Cuba cari beberapa kenderaan yang mana kenderaan kiri/kanan/depan atau belakangnya sama. Ha ha ha … saya ada jumpa – paling kurang 3 tempat. Anda mungkin lebih tajam pemerhatian dan pasti dapat jumpa lebih.

3. Cuba tenguk lanskap kiri kanan jalan raya ini. Pening saya memikirkan lebuhraya masuk ke KL yang mana satu ni?

4. Dan perhatikan juga lanskapnya lagi. Agaknya bangunan besar sebelah kiri tu pusat pemeriksaan kenderaan Puspakom yang baru kot!

Saudara pembaca sekalian tidak lagi boleh akses ke posting tersebut kerana ianya sudah dipadamkan selepas saya komen bahawa laluan kenderaan dalam gambar itu terbalik. Hanya sempat seorang lagi yang komen terakhir tetapi lepas itu dipadamkan. Malah tak sempat saya nak buka komennya. Lihat di bawah:

jam jalan-komen

jam jalan-deleted

Susah nak percaya dengan gembar-gembur yang entah apa niat mereka. Itulah antara fitnah akhir zaman.








%d bloggers like this: