Pilu Bila Orang Islam Menidakkan Kehebatan Cendekiawan Dan Sejarah Tamadun Islam

11 07 2018

Tan Sri Zainuddin Maidin, atau lebih dikenali dengan nama panggilan Zam, baru-baru ini menulis dua buah artikel di laman blognya, mengenai cadangannya yang menggesa kerajaan menutup sekolah-sekolah tahfiz di Malaysia.

Memandangkan ramai telah menjawab kenyataan Zam ini termasuk Mufti Negeri Sembilan, Ketua Pemuda UMNO, Dato’ Dr. Asyraf Wajdi dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, saya hanya akan menyentuh berberapa perkara yang tidak disentuh oleh mereka.

Pertama sekali, di dalam artikel, “Anak-Anak Sekolah Tahfiz Diexploitasi Jadi Peminta Sedekah Cemarkan Maruah Islam” Zam telah menulis bahawa:

“Tidakah ini mencemarkan imej Islam sebagai agama rasmi negara?”

Sangat mengecewakan dan memalukan kerana sebagai wartawan yang terkenal, Zam masih tidak memahami ideologi negara dan Perlembagaan Persekutuan.

Islam adalah agama bagi Persekutuan seperti yang jelas tercatat di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan maka mengatakan Islam hanya sebagai agama rasmi negara adalah salah dari sudut Perlembagaan dan merendahkan kedudukan Islam di negara ini.

Yang kedua apabila Zam menuduh bahawa murid-murid tahfiz dieksploitasi menjadi peminta sedekah, Zam telah memberi gambaran yang buruk dan tidak adil bukan sahaja terhadap institusi tahfiz, malah juga terhadap agama Islam; seolah-olah itulah yang berlaku kepada semua sekolah tahfiz, sedangkan banyak sekolah tahfiz yang melahirkan pelajar yang hebat-hebat dan berjaya di dalam pelbagai disiplin ilmu.

Dan yang ketiga, di dalam artikel beliau, “Mengapa Saya Mahu Sekolah Tahfiz Ditutup”, Zam menulis:

Bahasa Arab tidak lagi mempunyai nilai sebagai bahasa Ilmu kecuali dibidang agama.

Pendapat Zam itu adalah salah dan sangat dangkal!

Melabelkan dan merendahkan bahasa Arab sebagai bahasa yang tidak mempunyai nilai ilmu adalah bercanggah daripada kebenaran kerana sebagai orang Islam kita tahu bahawa Al-Quran diturunkan di dalam bahasa Arab, dan kitab suci Al-Quran itulah sumber ilmu yang utama untuk rujukan seluruh umat Islam.

Al-Quran mampu merungkai segala disiplin ilmu, cuma akal manusia biasa adalah terbatas dan tidak terdaya untuk mengkaji dan memahami segala perkara yang tertulis di dalam Al-Quran.

Tokoh cendekiawan Islam seperti Al-Khwarizmi iaitu Bapa Algebra, Al-Zahrawi yang mempelopori bidang pembedahan, Jabir ibn Haiyan iaitu Bapa KimiaAl-Haytham iaitu Bapa Optik Moden, Ibnu Battuta, Ibnu Khaldun, Al-Biruni, Ibnu Sina, Al-Khindi dan ramai lagi menulis kajian mereka di dalam Bahasa Arab.

Malah tulisan mereka telah diterjemahkan kepada berbagai bahasa lain seperti Bahasa Inggeris dan sebagainya.

Keempat, wajarkah Zam menghina Bahasa Arab dan menafikan kehebatan tokoh cendekiawan Arab yang mempelopori pelbagai bidang profesional dengan menulis:

Mana ada orang Arab yang terkenal di dunia dalam bidang profesional kerana bahasa Arab sendiri terbantut kemajuannya dalam bidang ilmu.”

Tidakkah Zam tahu bahawa bukan sahaja banyak karya penting dan terkenal dunia ditulis di dalam Bahasa Arab, malah ramai tokoh cendekiawan dunia adalah berbangsa Arab seperti  Al-Haytham, Al-Khindi, Jabir ibn Haiyan, Ibn Khaldun dan ramai lagi.      

Maka tidak hairanlah apabila mufti mempersoalkan kewarasan Zam kerana kenyataan-kenyataannya yang tidak masuk akal.

Advertisements




Zam VS Sekolah Tahfiz: Apa Kata Dr. Asyraf Wajdi?

9 07 2018

KENYATAAN MEDIA

DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
KETUA PERGERAKAN PEMUDA MALAYSIA

KERAJAAN HARUS PERKASA DASAR TAHFIZ NEGARA BUKAN TUTUP SEKOLAH TAHFIZ

8 JULAI 2018

  1. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia amat kesal dan kecewa dengan gesaan untuk Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menutup sekolah-sekolah tahfiz yang kononnya tidak memberi harapan kepada masa depan generasi baru Islam.
  2. Kenyataan demikian tidak berasas dan hanya menzahirkan kedangkalan terhadap usaha memartabatkan agenda tahfiz yang sudah dimulakan oleh Kerajaan BN sebelum ini.
  3. Di bawah Kerajaan BN, Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) telah digubal dengan bermatlamatkan untuk melahirkan 125,000 Huffaz Profesional dalam tempoh 30 tahun akan datang. Mereka ini bukan sahaja berupaya menghafal 30 Juzuk Al-Quran, malah mampu menguasai pelbagai disiplin ilmu dan kemahiran teknikal. Untuk itu, kerajaan lalu juga sudah memulakan program perintis di 31 buah Sekolah Menengah Agama dan Sekolah Berasrama Penuh, dan 4 buah MRSM di bawah Kurikulum Baru Tahfiz Ulul Albab.
  4. Semua usaha ini digerakkan atas kesedaran dan semangat untuk membangunkan generasi baru Islam yang seimbang dengan ilmu duniawi dan ukhrawi dan mampu menerajui kecemerlangan negara masa depan tanpa sedikitpun berorientasikan politik.

  5. Justeru, Pemuda UMNO Malaysia MENGGESA agar Kerajaan PH dapat meneruskan DPTN ini. Kalaupun ada kelemahan dalam DPTN ini, kerajaan berhak memperkasakannya dan bukannya menghapuskan. Harus diingatkan juga, apa jua keputusan kelak yang menyentuh sekolah-sekolah Tahfiz mesti dirujuk kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri kerana hal ehwal Agama Islam terletak di bawah bidang kuasa Majlis Raja-Raja dan bukannya Menteri Agama.

Sekian terima kasih.

Read the rest of this entry »





Mufti Negeri Persoal Kewarasan ZAM

8 07 2018

[Utusan Online}- KUALA LUMPUR 8 Julai – Mufti mempersoalkan kewarasan cadangan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin supaya pusat tahfiz di seluruh negara ditutup.

Menurut Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad, Zainuddin sebaliknya perlu membantu untuk memperbaiki lagi kelemahan sistem pusat tahfiz supaya sehaluan dengan kemajuan arus semasa.

“Dia (Zainuddin) sepatutnya menentang pusat-pusat pelacuran, kedai-kedai minuman keras, itu yang patut disarankan untuk ditutup dengan segera, bukannya pusat tahfiz.

“Pandangan beliau memang tidak wajar. Sebagai orang Islam perkara-perkara yang memartabatkan agama Islam perlu disokong dan sama-sama diperbaiki kelemahannya, bukannya minta untuk ditutup,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini.

Menerusi catatan dalam blognya semalam, Zainuddin mencadangkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa agar semua sekolah tahfiz di negara ini ditutup kerana tidak memberikan harapan masa depan kepada generasi baharu Islam.

Zainuddin juga mahu Mujahid mencegah sekolah agama menjadikan ‘pakaian Arab’ sebagai pakaian seragam.

Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad meminta supaya Zainuddin untuk tidak menilai penubuhan pusat tahfiz dengan sudut pandangan yang tidak jelas, sebaliknya memandang penubuhan institusi itu sebagai satu tanggungjawab umat Islam menunaikan fardu Kifayah.

“Dari sudut hukum, penubuhan pusat tahfiz ini sebenarnya merupakan fardu Kifayah. Jika beliau mempersoalkan penubuhan institusi tersebut tidak memberi masa depan kepada generasi baharu Islam, kenapa tidak sama-sama bertanggungjawab memperbaiki kelemahannya dan membawa pendekatan supaya institusi ini mempunyai hala tujunya?” soal beliau.

Dalam pada itu, presiden Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (PINTA), Mohd. Zahid Mahmod menegaskan bahawa pihaknya akan tetap mempertahankan institusi tahfiz malah penubuhan institusi tersebut akan diperbesarkan lagi di seluruh negara.

“Kenyataan Zainuddin jelas seolah-olah pendiriannya itu menyerang umat Islam amnya, warga tahfiz khususnya. Sehubungan itu, PINTA sekeras-kerasnya menentang cadangan tersebut.

“Kalau ada kekurangan, sempurnakan, dan jika ada kelemahan perkuatkan serta mencari jalan kepada masalah yang sedia ada. Itu yang lebih penting,” ujarnya.





“DAP Bukan Lagi Musuh Melayu”; Is Zam Okay?

6 07 2017

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin atau lebih dikenali sebagai Zam baru-baru ini menulis sebuah artikel di blognya, Zamkata, yang bertajuk “DAP BUKAN LAGI MUSUH MELAYU AKIBAT PEMESONGAN NASIONALISME UMNO”.

Artikel tersebut menunjukkan betapa setianya Tan Sri Zam kepada Tun Mahathir (Tun M) kerana demi mempertahankan pendirian Tun M, Zam sanggup menulis apa sahaja walaupun tulisan itu amat mengelirukan, tuduhan yang melulu tanpa fakta dan alasan yang amat dangkal dan tidak logik; semata-mata untuk memberi persepsi yang buruk kepada UMNO dan kerajaan.

Zam buat-buat tidak tahu bahawa parti DAP ialah sebuah parti yang menentang hak orang-orang Melayu dan Raja-Raja Melayu dan sentiasa mendesak supaya Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dihapuskan agar hilanglah hak istimewa orang Melayu di Tanah Melayu ini.

Di manakah logiknya bila Zam cuba menyamakan kesan hubungan “penanaman modal dari China atau kerjasama ekonomi Malaysia dengan Republik Rakyat China” dengan kesan kekuasaan politik parti DAP kepada orang Melayu?

Zam seterusnya menulis:

“Orang Melayu sekarang melihat UMNO sebagai menambah ancaman dan cabaran kepada mereka dibandingkan DAP yang semakin matang dalam melihat nilai-nilai politik yang diperlukan untuk kerjasama politik yang progresif, dinamik ,bersih dan cekap yang tidak lagi berasaskan politik perkauman dan sentimen keugamaan yang sempit.”

Nampaknya Zam menganggap penentangan keras DAP terhadap dasar-dasar Islam itu sebagai sikap “DAP yang semakin matang” dan “tidak lagi berasaskan politik perkauman dan sentimen keugamaan yang sempit”.

DAP bukan sahaja dengan biadapnya menentang pindaan Akta 355 yang dibuat untuk memperkasakan Mahkamah Syariah, malah Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera mencadangkan supaya bidang kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan itu ditarik balik.

Walaupun bidangkuasa Mahkamah Syariah hanya terpakai kepada orang Islam sahaja, namun DAPlah yang dengan lantang menentang dengan berbagai alasan yang tidak masuk akal termasuk, demi mempertahankan hak kebebasan umat Islam termasuk untuk murtad.

Di negeri yang mereka kuasai iaitu Pulau Pinang, mereka mahu seruan azan diperlahankan, seolah-olah Pulau Pinang kini  bukan lagi sebuah negeri Islam.

Pada mereka, hak asasi umat Islam hanyalah hak untuk bebas membuat dosa namun hak untuk hidup secara Islam yang sebenarnya dinafikan dan ditentang habis-habisan dengan berbagai alasan termasuk bersifat ekstrimis, rasis dan merbahayakan negara.

Malah telah ada pemimpin DAP yang berani berkata, “apa salahnya kalau Penang hendak dijadikan Christian City” walaupun kata-kata itu jelas mencabar kuasa Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua bagi Agama Islam bagi Pulau Pinang dan seluruh Malaysia.

Begitu juga dengan pendedahan Dr. Kamarul Zaman tentang adanya agenda Kristian di sebalik penglibatan Hannah Yeoh sebagai ahli politik di Malaysia yang mana bersalahan dengan undang-undang negara ini.

Bencinya DAP kepada Islam sehinggakan mereka dengan sengaja menyalah tafsirkan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memfitnah bahawa Malaysia ini ialah sebuah negara sekular dengan Islam hanyalah sekadar agama rasmi sahaja.

Begitu juga dengan perlembagaan parti DAP yang dengan jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Jadi, bagaimana mungkin Zam boleh berpendapat bahawa hubungan ekonomi dengan China lebih merbahaya berbanding dengan memberikan kuasa politik kepada DAP yang hakikatnya dimonopoli oleh orang Cina yang tidak memghargai pengorbanan Raja-Raja Melayu dan mahu menghapuskan kontrak sosial yang telah dibuat dahulu?

Peliknya bila Zam menuduh “UMNO yang mahu menChinakan Malaysia menerusi penjajahan ekonominya” namun menutup mata bila kerajaan DAP Pulau Pinang cuba “menChinakan” Pulau Pinang dengan membawa masuk pelaburan dari China dan membangunkan berbagai projek hartanah mewah yang dijual kepada rakyat dari negara China.

Juga menghairankan saya adalah, bagaimana Zam boleh menyalahkan kerajaan mengenai penjualan saham Proton kepada Geely, sebuah syarikat pembuat kereta China sedangkan Tun M dan bukannya PM Najib yang berada di dalam kumpulan yang telah merancang perkara ini dan telah terlibat dalam rundingan awal di antara Proton dan Geely.

“Orang Melayu bimbang perkongsian Proton Holding Berhad dengan pembuat kereta China, China’s Zhejiang Geely Holding Group akan membuka peluang pekerjaan kepada orang Cina dari China  di Proton yang selama ini eksklusif kepada orang Melayu.”

Dari tulisannya juga, nampaknya seperti dasar parti DAP, Zam juga mahukan negara ini mengamalkan “dasar sekularisme dan liberalisme” yang bertentangan dengan ajaran Islam, Perlembagaan dan undang-undang negara:

“Disamping itu orang bukan Melayu melihat perubahan dasar sekularisme dan liberalisme UMNO sejak permuafakatan politik dengan Pas untuk bersama menguasai negara ini. Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah atau Akta 355) menimbulkan prasangka buruk bukan Melayu terhadap matlamat UMNO…”

Terpengaruh dengan pendapat “Peguam-Peguam Islam yang terkemuka di negara ini” dari parti DAP seperti Zaid Ibrahim dan peguan liberal lain contohnya Siti Zabedah Kassim, Zam berpendapat bahawa, “Hukuman jenayah tidak seharusnya berbeza antara Melayu Islam dan bukan Islam”; seolah-olah Zam tidak tahu akan adanya sistem Mahkamah Syariah yang bidang kuasanya telah diperuntukkan melalui Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan.

“Peguam-Peguam Islam yang terkemuka di negara ini juga bimbang pindaan ini akan membawa kepada pencerobohan terhadap prinsip-prinsip asal perlembagaan negara yang mahu membina suatu bangsa atas nasionalisme Malaysia yang menolak dan perbezaan hukuman kaum di Malaysia termasuk orang Islam sendiri yang menyemai perasaan ketidakadilan dari segi perlembagaan.”

Nampaknya Zam yang kurang memahami Perlembagaan Persekutuan merasakan PAS lebih merbahaya daripada DAP kepada orang Melayu.

“PAS yang belum pun berada dalam kerajaan telah berjaya mempergunakan UMNO untuk menggugat kesucian Perlembagaan Negara menerusi Parlimen dengan mengambil kesempatan di atas kelemahan UMNO dan pucuk pimpinannya.”

Lebih memeningkan lagi ialah, setelah menuduh, “UMNO yang mahu menChinakan Malaysia menerusi penjajahan ekonominya” Tan Sri Zam menulis:

“Orang Melayu tidak menolak penanaman modal dari China kerana kesesatan dari nasionalisme atau misguided nasionalism tetapi kerana kehilangan keyakinan mereka terhadap nasionalimse UMNO yang terpesong dari dasar asalnya dan juga dari Perlembagaan Negara .”

Saya tidak faham apakah Zam merasakan pelaburan modal dari China ini memberi kesan yang baik atau buruk kepada orang Melayu; adakah kesannya buruk bila modal China dibawa masuk oleh UMNO dan kesannya baik jika dibawa masuk oleh pihak lain contohnya DAP dan Tun M?

Dan apakah maksud “nasionalimse UMNO yang terpesong dari dasar asalnya dan juga dari Perlembagaan Negara”?

Jika Zam maksudkan pemerkasaan dasar Islam dan usaha UMNO untuk memperbetulkan penafsiran Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan dan bukannya hanya sekadar agama rasmi seperti yang di salah tafsirkah oleh DAP itulah sebagai ” terpesong dari dasar asalnya dan juga dari Perlembagaan Negara”, maka patutlah beliau merasakan “DAP bukan lagi musuh orang Melayu”, bak kata pepatah Inggeris, “Birds of a feather flock together”.

Tidak dapat dinafikan bahawa DAP dan parti-parti sekutunya seperti PKR, PAN dan PPBM merupakan ancaman terhadap kedaulatan Islam di Malaysia dan itulah yang menjadikan DAP sebagai musuh yang amat nyata kepada orang Melayu, walaupun Zam menafikannya dengan sepenuh hati.

Related Posts:





Tun M, Janganlah Menghina Nabi S.A.W.

10 12 2016

Saya terkejut dan merasa amat sedih dan kecewa membaca kenyataan Dr Mahathir (Tun M) seperti yang disiarkan oleh MalaysiaKini di bawah tajuk, “Dr M: Nabi tak ada RM2.6b, 1MDB”.

Mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini kenyataan mengaitkan Najib dengan kehendak Allah serta sikap walak, Dr Mahathir (Tun M) berkata ia seolah-olah menyamakan perdana menteri dengan nabi. – MalaysiaKini

(Sila rujuk minit ke 16:45 dalam video diatas)

Seterusnya MalaysiaKini melaporkan Tun M berkata:

“Tetapi nabi tak ada RM2.6 bilion dalam akaun dia, juga (tak ada) 1MDB,” katanya disambut ketawa orang ramai. – MalaysiaKini.

Dalam laporan sama MalaysiaKini menulis Tun M membuat kenyataan di atas semasa menghadiri Konvensyen Tahunan DAP, sebagai mengulas kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Perhimpunan Agung UMNO.

MalaysiaKini melaporkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai berkata:

“Takdir Allah SWT mengkehendakinya begitu (Najib menjadi presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia)”. – MalaysiaKini

Kemudian, Datuk Rizal Mansor telah menulis di dalam Facebooknya:

mahathir-perlekeh-nabi-muhammad

Marah dengan kenyataan di atas, Tan Sri Zainuddin Maidin telah menjawab kenyataan Datuk Rizal Mansor di blog beliau.

zam-rizal-mansor-mempertikai

Komen saya:

  1. Janganlah terlalu berpolitik sampai tidak takut pada Allah S.W.T. dan bercakap sesuka hati, lebih- lebih lagi perkara yang berkait dengan akidah.
  2. TPM tidak menyamakan PM Najib dengan Nabi S.A.W. tetapi itu hanyalah tuduhan dan rekaan Tun M.
  3. Kenapa sampai Tun M sanggup mengaitkan Nabi S.A.W. dalam hal ini?
  4. Bukankah apa yang dikatakan oleh TPM itu adalah betul, kerana sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa apa sajaja yang berlaku di dunia ini ditentukan oleh Allah S.W.T.?
  5. Bukankah dengan mengatakan, “Tetapi nabi tak ada RM2.6 bilion dalam akaun dia, juga (tak ada) 1MDB,” itu menghina Rasulullah S.A.W., lebih teruk lagi bila ianya disambut ketawa orang ramai?
  6. Sebagai sahabat Tun M, Tan Sri Zainuddin Maidin sepatutnya menasihat dan menegur Tun M dan bukannya memperbetulkan yang salah.
  7. Saya tidak faham bagaimana Tan Sri Zainuddin Maidin sanggup menulis bahawa, “Rizal percaya bahawa Nabi mempunyai akaun sebenar RM 2.6 Billion, dan mengatakan Nabi tak ada akaun sebesar itu adalah memperlekeh Nabi”, seolah-olah Nabi S.A.W. boleh dipermain-mainkan sesuka hati.
  8. Saya bersetuju apabila Rizal menyebut bahawa Tun M memperlekehkan Nabi kerana Tun M mengaitkan kedudukan PM Najib dengan Nabi S.A.W. dan mengatakan bahawa Nabi tidak ada akaun sebesar 2.6 billion dan 1MDB.
  9. Semoga Tun M sedar akan ketelanjurannya.

Related Post:








%d bloggers like this: