Floodwater in Taman Murni Permai, Tok Jembal in Kuala Terengganu. (NST)
Heavy rains caused bad flood in Terengganu and Kelantan.
Please click the photos for larger images:
MARANG 19 NOVEMBER 2014. Sharipah Abu Bakar, 75 mengangkut barangan di kedai runcitnya yang dinaiki air di Kampung Sena Rendang, Bukit Payung, Marang. NSTP/Rozainah Zakaria
PENGARAH Jabatan Pegawai Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman (kanan) membantu penduduk kawasan Kampung Tiong mengangkat barang ke dalam bot penyelamat bomba untuk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara SK Tiong, Kota Bharu. – Foto Nik Abdullah Nik Omar/Berita Harian.
RANTAU PANJANG 19 November 2014. Penduduk, Khadijah Mamat, 59 dari Kampung Terusan baru pulang dari membeli bekalan makanan sebagai persiapan menghadapi banjir. Keadaan paras air di Sungai Golok kini sudah melepasi paras bahaya. NSTP/Fathil Asri.
RANTAU PANJANG 19 November 2014. Pelajar, Shamsul Ahmad, 14 mengeluarkan air dari dalam sampan milik keluarganya sebagai langkah persiapan menghadapi banjir di Sungai Golok yang sudah melepasi paras bahaya. NSTP/Fathil Asri.
KUALA TERENGGANU 19 NOVEMBER 2014. Masih terdapat sebahagian mangsa banjir mengangkat beg pakaian dan barang keperluan untuk dibawa ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong badak, berikutan keadaan banjir di Taman Desa Damai, Gong Badak. NSTP/ASWADI ALIAS.
BEBERAPA penduduk taman perumahan di Taman Desa Tanjung Damai, Gong Badak menggunakan jentolak untuk berpindah ke pusat pemindahan mangsa banjir selepas kawasan perumahan mereka dinaiki air di Kuala Terengganu, hari ini. – Foto Aswadi Alias/Berita Harian
RANTAU PANJANG 19 November 2014. Shahira Abu Bakar, 14 bersama adiknya melalui titi buluh untuk keluar dari rumahnya yang dinaiki air sedalam 0.5 meter di Kampung Bukit Lata. Paras air di Sungai Golok kini sudah melepasi paras bahaya pada hari ini. NSTP/Fathil Asri.