Memperkenalkan Kebebasan Media Dan Bersuara à la PKR

Dua hari lepas, kerajaan negeri Selangor dibawah pimpinan Datuk Seri Azmin Ali memberi arahan kepada semua jabatan, agensi, dan anak syarikat kerajaan negeri Selangor untuk berhenti melanggan akhbar kumpulan Utusan dan Berita Harian.

Ini adalah sebuah berita yang agak menarik bagi saya, kerana selama ini pembangkanglah yang kononnya memperjuangkan hak kebebasan bersuara dan kebebasan media.

Menggunakan alasan kebebasan bersuara adalah satu hak yang diperuntukkan di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, mereka mahu media mereka diberi kebebasan berkata apa sahaja, walaupun perkara itu satu fitnah atau perkara itu boleh menggugat keselamatan negara.

Tetapi apabila Utusan dan Berita Harian tidak mengikut telunjuk mereka, boleh pula kerajaan PKR mengarahkan jabatan, agensi dan anak syarikat negeri Selangor berhenti melanggan akhbar-akhbar tersebut.

Jadi, di manakah kebebasan media dan kebebasab bersuara yang mereka perjuangkan selama ini?

Kita boleh lihat betapa tidak adilnya dan tidak beretikanya kerajaan pembangkang ini yang jelas mengamalkan sikap ‘double standard’.

‘Cakap tak serupa bikin’, nampaknya kebebasan bersuara hanyalah untuk mereka sahaja dan bukannya untuk semua orang.

Malah, akhbar Utusan Online melaporkan, “Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, tindakan itu menunjukkan Mohamed Azmin hanya hebat dalam mengharamkan akhbar Melayu, tetapi menikus dalam mengharamkan pesta arak dan penolakan usul memperkasa mahkamah syariah di negeri itu.”

Maka mungkin benarlah dakwaan bahawa Selangor Kini, Sinar Harian dan The Star adalah suara yang menyokong pembangkang!

Apa kata Bersih, COMANGO, C4 dan semua NGO yang selama ini memperjuangkan kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar?

Sila tekan imej untuk memperbesarkan gambar:

%d bloggers like this: