Empat Wakil The Star Ke KDN

29 05 2017

Muka depan The Star pada hari Sabtu, 27 Mei 2017. Gambar diambil daripada Utusan Online.

[Utusan Online}- PUTRAJAYA 29 Mei- Empat wakil akhbar berbahasa Inggeris, The Star dilihat memasuki Kementerian Dalam Negeri pada pukul 10.50 pagi bagi memberi keterangan berhubung laporan muka depannya pada Sabtu lalu yang didakwa tidak sensitif kepada umat Islam di negara ini.

Empat wakil itu ialah tiga Pengarang Eksekutif The Star, Rozaid Abdul Rahman, Brian Martin dan N. Dorairaj serta Pengarang Pakar The Star, M.Shanmugam.

Terdahulu semalam, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Alwi Ibrahim dalam kenyataannya memaklumkan kementerian tersebut akan memanggil Ketua Pengarang akhbar berbahasa Inggeris itu yang didakwa tidak sensitif kepada umat Islam di negara ini.

Alwi berkata, pihaknya kecewa terhadap tindakan akhbar tersebut yang memaparkan gambar umat Islam sedang menunaikan solat terawih pada malam pertama Ramadan dengan tajuk muka depannya ‘Malaysia Terrosist Leader’.

Advertisements







%d bloggers like this: