NGO Islam Desak JAIS Tidak Pulangkan Bible Yang Dirampas

SHAH ALAM, 16 Jun (Bernama) — Kira-kira 100 Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam hari ini mendesak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak tunduk kepada arahan kerajaan Selangor yang meminta jabatan itu memulangkan semula 300 naskhah Bible dalam bahasa Malaysia yang dirampas pada Januari lepas.

Pengerusi Pembela-pembela Islam Malaysia (Pembela) Hafiz Nordin yang mewakili gabungan kira-kira 100 NGO itu berkata ini berikutan naskhah Bible tersebut mengandungi kalimah Allah yang dilarang penggunaannya oleh kaum bukan Islam di negeri ini.

“Tidak perlu dipulangkan kitab Bible yang dirampas itu kerana kitab itu bercanggah dengan titah Sultan Selangor dan fatwa negeri ini yang melarang kaum bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam kegiatan agama mereka,” katanya dalam sidang media di sini, Isnin.

Khamis lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan mengarahkan JAIS memulangkan semua kitab tersebut kepada Persatuan Bible Malaysia (BSM).

Arahan itu dibuat berikutan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memaklumkan tidak ada sebarang pendakwaan akan dibuat berhubung kes rampasan Bible dan kes itu ditutup.

Abdul Gani berkata naskhah Bible yang dirampas itu adalah himpunan buku Taurat, Zabur dan Injil yang merupakan buku asas penganut agama Kristian.

Selain Pembela, gabungan NGO itu turut diwakili Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Related articles:
Small Fire Broke Out In MAIS Headquarters

 

Pesanan Dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

GABUNGAN NGO ISLAM
Sekretariat :
d/a PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
33C-3-6 VILLA PUTERI CONDOMINIUM, JALAN TUN ISMAIL, 50480 KUALA LUMPUR
Hotline : 012-4446284/019-9130000

UNTUK PERHATIAN : EDITOR BERITA
13 MEI 2013/3 REJAB 1434H

Saudara/Saudaraku semua salam perjuangan, salam kegemilangan dan salam sejahtera

PRU13 telahpun sempurna, tanggungjawab selaku pemilih kerajaan telahpun kita laksanakan. Kerajaan pusat telah terbentuk cuma sebahagian kerajaan negeri masih belum membentuk pasukannya.

Rumah sudah siap pahat masih berbunyi. Pasca PRU13 masih ada yang tidak berpuashati. Itulah adat dalam pertandingan, kadangkala ada yang sukar menerima kekalahan hingga menggamit penyokongnya untuk berbuat sesuatu walau ianya boleh menggoyah kestabilan Negara serta memberi kesan jangka panjang kepada rakyat secara tidak langsung. Bagi calon sebegini. Apa aku peduli yang penting matlamat aku tercapai.

Kesan dari PRU13 banyak yang perlu kita hayati. “Red Bean Army” pasukan cybertroopers DAP yang dibiayai oleh kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang dengan anggota tetap 200 orang dan sukarelawan sokongan mencecah hampir 2000 orang telah Berjaya mencapai matlamatnya. Mereka dilatih untuk menjalankan cyber-war kearah mencapai matlamat DAP. Fitnah, hasutan, attacking sesiapa yang menyokong kerajaan malah membunuh industri kepunyaan orang melayu juga sebahagian dari matlamat mereka.

Apakah matlamat sebenar DAP. MENDAPATKAN KUASA UNTUK MEMERINTAH, MEMUSNAH SERTA MENHANCURKAN MELAYU, MEMECAHBELAHKAN MELAYU SEHINGGA ORANG MELAYU LEMAH, MENJADIKAN ANWAR SEBAGAI PEMEGANG WATAK BUYUNG DIDALAM FILEM SARJAN HASSAN MENJADI PM BONEKA DAP.

Kesan dari psy-war yang telah digerakkan oleh “Red Bean Army” DAP itu amat besar sehinggakan sebilangan besar rakan-rakan kita dari bangsa cina terperangkap dengan budaya kebencian, perkauman yang tinggi serta hilang kepercayaan kepada kerajaan yang sedia ada. Dan kesannya juga menular pada sebahagian kecil bangsa melayu.

Amalan tidak sihat ini amat besar kesannya kepada perpaduan kaum yang dipupuk sejak sekian lama sehingga menjadikan Malaysia Negara contoh kepada negara membangun yang lain.

Justeru itu, bagi menyerang balas dan menhancurkan kembali hasrat kotor DAP serangan balas melalui taktik kepenggunaan amat berkesan.

Sehubungan dengan itu, setelah diperhalusi sebaik dan sebijak mungkin salah satu cara mudah tetapi berkesan untuk dilaksanakan bagi mengekang DAP dan Anwar dari terus manghasut rakyat serta DAP memperalatkan orang cina untuk mendapatkan kuasa taktik MEMBOIKOT SEBAHAGIAN PRODUK KELUARAN ORANG CINA AMATLAH BERKESAN. JUSTERU ITU SOKONGAN SERTA KERJASAMA DARI NGO SAUDARA AMAT KAMI HARAPKAN.

Diantara asas pemboikotan sebahagian dari produk yang kami pilih adalah seperti berikut :-

1. Pemilik syarikat mempunyai sikap yang anti kepada kaum melayu dan islam
2. Pemilik syarikat menghina orang melayu dan islam
3. Pemilik syarikat penyumbang besar kearah menjayakan aspirasi DAP sebagai pemusnah kesejahteraan dan kemakmuran yang rakyat miliki kini
4. Pemilik syarikat menyalah gunakan subsidi kerajaan untuk kuntungan peribadi
5. Pemilik syarikat tidak menitik beratkan soal halal dalam produk mereka

Diantara produk yang kami pilih untuk DIBOIKOT oleh seluruh rakyat Malaysia adalah seperti berikut :-

Bagi merealisasikan hasrat ini kerjasama dari NGO yang Saudara pimpin amat kami harapkan.

Sila war-warkan perkara ini kepada semua ahli kita mulakan boikot produk diatas bermula hari ini.

Kejayaan pemboikotan ini adalah ditangan Saudara-saudara yang kami kasihi.

Sekian

Terima kasihIMG-20130514-WA0001

%d bloggers like this: