RASMI: Barisan Nasional Menang Bergaya di Johor

Barisan Nasional secara rasminya berjaya mengambil kembali Dewan Undangan Negeri Johor di dalam Pilihan Raya Negeri Johor hari ini setelah melepasi 2/3 kerusi daripada keseluruhan DUN dengan 40 kerusi secara keseluruhannya.

Ikuti keputusan langsung PRN Johor
Pusat Maklumat PRN Johor
[ prnjohor.ahmadalikarim.com ]

Gabungan Pakatan Harapan, Parti Keadilan Rakyat dan Ikatan Demokratik Malaysia telah secara kolektif memperoleh 13 kerusi, manakala Perikatan Nasional memenangi 3 sahaja.

Tidak Rasmi: BN Tubuh Kerajaan Negeri Dua Pertiga

Barisan Nasional telah berjaya memenangi lebih 40 kerusi di dalam Pilihan Raya Negeri Johor hari ini, cukup bagi membentuk kerajaan 2/3.

Ikuti keputusan langsung PRN Johor
Pusat Maklumat PRN Johor
[ prnjohor.ahmadalikarim.com ]

Gabungan Pakatan Harapan, Parti Keadilan Rakyat dan Ikatan Demokratik Malaysia telah secara kolektif memperoleh 13 kerusi secara tidak rasmi, manakala Perikatan Nasional secara rasmi memenangi 3 sahaja.

Undi Bukit Batu Dikira Semula

BERITA TERKINI: BN Tubuh Kerajaan Negeri, Dijangka 2/3

Kiraan semula undi akan dibuat bagi kerusi Bukit Batu setelah PKR menang dengan majoriti 115 secara tidak rasmi.

Ikuti keputusan langsung PRN Johor
Pusat Maklumat PRN Johor
[ prnjohor.ahmadalikarim.com ]

Hal tersebut dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan, dilaporkan oleh Free Malaysia Today sebentar tadi.

Untuk rekod, semasa PRU14 calon PKR menang dengan majoriti 10,057 undi.

Banyak kerusi-kerusi yang dahulu dimenangi Pakatan Harapan kini didahului atau dimenangi oleh BN, termasuk Paloh, Larkin, Yong Peng dan Pekan Nanas.

PRN kali ini diadakan bagi memilih kerajaan baharu untuk menerajui negeri Johor setelah DUN Johor hampir tergantung baru-baru ini akibat majoriti tipis.

PRN Johor: Hasni Menang Benut

BERITA TERKINI: BN Tubuh Kerajaan Negeri, Dijangka 2/3

Menteri Besar, Dato’ Seri Hasni Mohamed berjaya mempertahankan kerusi Benut dalam Pilihan Raya Negeri Johor hari ini.

Partinya, Barisan Nasional mendahului di 43 kerusi dengan 18 kerusi telah dimenangi setakat jam 9.20 malam.

Ikuti keputusan langsung PRN Johor
Pusat Maklumat PRN Johor
[ prnjohor.ahmadalikarim.com ]

Banyak kerusi-kerusi yang dahulu dimenangi Pakatan Harapan kini didahului atau dimenangi oleh BN, termasuk Yong Peng dan Pekan Nanas (menang), serta Puteri Wangsa, Paloh dan Larkin (mendahului).

Kerusi-kerusi yang dimenangi termasuk kerusi yang dahulu dimenangi PH, seperti Yong Peng dan Pekan Nanas yang dikuasai calon-calon daripada MCA.

Tidak Rasmi: BN Mendahului 45 Kerusi Johor

BERITA TERKINI: BN Tubuh Kerajaan Negeri, Dijangka 2/3

Barisan Nasional dilihat bakal menang selesa dengan 45 kerusi dikuasai, sambil turut memenangi 18 kerusi secara tidak rasmi setakat jam 9.25 malam.

Ikuti keputusan langsung PRN Johor
Pusat Maklumat PRN Johor
[ prnjohor.ahmadalikarim.com ]

Banyak kerusi-kerusi yang dahulu dimenangi Pakatan Harapan kini didahului atau dimenangi oleh BN, termasuk Yong Peng dan Pekan Nanas (menang), serta Puteri Wangsa, Paloh dan Larkin (mendahului).

Berita penuh: Tidak Rasmi: BN Johor Menang 17 Kerusi

PRN kali ini diadakan bagi memilih kerajaan baharu untuk menerajui negeri Johor setelah DUN Johor hampir tergantung baru-baru ini akibat majoriti tipis.

Tidak Rasmi: BN Johor Menang 28 Kerusi

BERITA TERKINI: BN Tubuh Kerajaan Negeri, Dijangka 2/3

Barisan Nasional berjaya memegang 28 kerusi DUN Johor dalam PRN negeri itu hari ini, dengan banyak lagi kerusi didahului parti tersebut setakat jam 10.30 malam.

Ikuti keputusan langsung PRN Johor
Pusat Maklumat PRN Johor
[ prnjohor.ahmadalikarim.com ]

Keputusan tidak rasmi tersebut dilaporkan Malaysiakini dalam laporan langsung mereka, di mana kerusi-kerusi yang dimenangi itu termasuk Yong Peng dan Pekan Nanas (dahulunya dimenangi PH).

BN turut mendahului di 45 kerusi.

Antara lain yang telah dimenangi BN secara tidak rasmi ialah Parit Raja dan Benut, masing-masing oleh calon daripada UMNO.

Pakatan Harapan telah memenangi satu kerusi sahaja setakat ini.

Maszlee Malik yang dijangka menjadi calon MB PH sekiranya mereka menang telah kalah di Layang-layang.

Kerusi-kerusi seperti Bukit Naning, Tenang, Larkin, Kota Iskandar, Kempas, Mahkota, Bekok, Jementah, Bukit Batu, Pulai Sebatang dan Bukit Permai yang dahulu dimenangi PH telah dirampas semula oleh BN hari ini.

Bekas Exco Johor daripada DAP, Sheikh Omar Ali setakat ini ketinggalan di DUN Paloh dengan sebanyak lebih 1,700 undi, di mana calon BN Lee Ting Han mendahului dengan 3,732 undi.

Setiausaha Agung Parti Muda, Amira Aisya juga ketinggalan di DUN Puteri Wangsa di mana calon BN mendahului dengan lebih 6,000 undi.

PRN kali ini diadakan bagi memilih kerajaan baharu untuk menerajui negeri Johor setelah DUN Johor hampir tergantung baru-baru ini akibat majoriti tipis.

PRN Johor: Keputusan Mula Diumumkan

Suruhanjaya Pilihan Raya telah mula mengumumkan keputusan tidak rasmi PRN Johor. Pemenang bagi kerusi-kerusi DUN Johor dijangka bakal diumumkan secara beransur-ansur selepas ini.

Ikuti keputusan langsung PRN Johor
Pusat Maklumat PRN Johor
[ prnjohor.ahmadalikarim.com ]

Setakat jam 7.30 malam, keputusan tidak rasmi menunjukkan banyak kerusi dipegang parti Barisan Nasional, manakala beberapa lagi oleh Pakatan Harapan + serta Perikatan Nasional.

PRN kali ini diadakan bagi memilih kerajaan baharu untuk menerajui negeri Johor setelah DUN Johor hampir tergantung baru-baru ini akibat majoriti tipis.

PRN Johor: Peratusan Mengundi 29% Setakat 12 Tengah Hari

Lebih 750,000 rakyat Johor telah keluar mengundi dalam Pilihan Raya Negeri Johor pada sebelah pagi hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaporkan bahawa seramai 29% pengundi telah mengundi setakat jam 12.00 tengah hari ini di seluruh negeri Johor.

Pada jam 11.00 pagi, seramai 22% telah keluar mengundi.

Pilihan raya kali ini dijangka melihat trend keluar mengundi yang berbeza berbanding pilihan-pilihan raya biasa kerana pengundi dinasihatkan keluar pada masa-masa yang diberi, bagi mengelakkan kesesakan di pusat-pusat mengundi.

Dapatkan maklumat terkini berkenaan PRN Johor
Pusat Maklumat PRN Johor
[ prnjohor.ahmadalikarim.com ]

PRN Johor Semakin Panas, Pembangkang Bercakaran?

Apa dah jadi di Johor?

Semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 14, blok utama pembangkang hanya ada dua – Pakatan Harapan (PH) yang bertanding di bawah logo PKR, dan Gagasan Sejahtera yang menggunakan logo PAS.

Namun kini mereka berpecah dan membentuk empat blok iaitu PH, PN, Pejuang dan Warisan.

Malah dalam blok PH, nampaknya PKR dan Ikatan Demokratik Malaysia sudah tidak dapat bersatu hati.

Semuanya bermula daripada rentetan insiden-insiden yang telah mengguris hati PKR.

Kenyataan Syed Saddiq setelah gagal mendapatkan kerusi selamat daripada PKR dilihat bagai mencurah minyak ke dalam api yang membara.

Dalam memperkatakan hal ini, pemimpin PKR Hassan Abdul Karim berkias dan mengibaratkan parti Ikatan Demokratik Malaysia itu sebagai bayi baru berumur empat bulan.

Garang sungguh amaran Presiden Parti Muda yang baru berusia empat bulan tersebut. Kalau bayi, baru berumur empat bulan belum boleh makan nasi atau makanan keras. Kena minum susu sahaja. Perut bayi belum kuat untuk menghadam.

Hassan Abdul Karim, Malaysiakini (KATA MP: Peringatan buat Saddiq: Bayi 4 bulan belum boleh makan nasi) Feb 18, 2022

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, R Yuneswaran mempersoalkan tindakan parti pimpinan Syed Saddiq itu yang dilihat terlalu memilih kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Adakah Muda hanya mewakili suara rakyat bandar sahaja? Bagaimana pula kawasan luar bandar? Kenapa Muda tidak mahu bertanding di kawasan yang mempunyai pengundi Melayu melebihi 78 peratus? Apakah mereka takut pengundi Melayu akan tolak mereka dalam PRN Johor?”

R Yuneswaran, Utusan Online (Adakah Muda wakili orang bandar sahaja? – Tanya AMK Johor) Feb 19, 2022

Menarik juga melihat keadaan di Johor.

Persoalannya:

  • Adakah akan berlaku pertindihan kerusi antara PKR dan Ikatan Demokratik Malaysia?
  • Adakah Ikatan Demokratik Malaysia benar-benar mempunyai jentera pilihan rayanya sendiri atau sekadar menumpang jentera PH?
  • Berjayakah parti Ikatan Demokratik Malaysia untuk menang di kerusi selamat Puteri Wangsa?

PRN Johor: Syed Saddiq Yakin Boleh Menang Kerusi Puteri Wangsa?

Apa istimewanya kerusi DUN Puteri Wangsa sehingga hangat diperkatakan?

Khabarnya PKR Johor mahukan kerusi tersebut namun kerusi itu diserahkan kepada parti Ikatan Demokratik Malaysia pimpinan Syed Saddiq oleh DAP dan PAN, dengan Amira Aisya sebagai calonnya dalam PRN ini.

Kerusi rebutan ini dianggap sebagai kerusi selamat mereka; malah telah dimenangi pembangkang (Pakatan Rakyat dan kemudiannya PH) selama dua penggal.

Diberitakan juga, Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis yang dikatakan telah banyak melakukan gerak kerja di DUN tersebut, dianggap sebagai individu yang layak untuk dicalonkan di situ.

Jika benar keadaan ini, maka dapatkah parti Ikatan Demokratik Malaysia menawan hati penyokong PKR?

Mungkin dengan peratus pengundi bukan Melayu yang melebihi 60% memberi keyakinan kepada mereka untuk menang; namun hakikatnya penyokong PKR tentu merasa kecewa dengan keputusan ini.

Sanggupkah mereka mengundi muka baharu daripada parti baharu yang belum mereka kenali?

Adakah jentera PKR DUN Puteri Wangsa akan berkempen untuk Amira Aisya atas semangat setiakawan PH?

%d bloggers like this: