Selepas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar diisytihar keluar Amanah, muncul spekulasi dikaitkan dua Adun berhubung hal yang sama.
Mereka ialah Adun Morib, Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Kelang, Saari Sungib yang dikatakan akan keluar parti untuk menyertai PKR.
Bagaimanapun, kedua-duanya menafikan spekulasi bahawa mereka akan mengikuti jejak Fakhrulrazi.
“Tak betul tu (dakwaan sertai PKR). Tadi ada orang hantar kepada saya nombor keahlian (dalam PKR), saya memang tidak pernah isi apa-apa borang atau bagi maklumat diri untuk menyertai PKR dan itu memang tidak betul.
“Saya nafikan keahlian tersebut dan masih setia dengan parti saya,” kata Hasnul.
Sementara itu, Shari turut menolak dakwaan tersebut dan berkata tiada sebab untuk dia melompat parti dalam satu gabungan.
“Saya nafikan. Buat apa nak lompat parti sesama kawan (gabungan),” katanya.
Untuk rekod, gabungan Pakatan Harapan (PH) sehingga kini merangkumi parti dari DAP, PKR dan Amanah.
Terdahulu, Amanah Selangor dalam satu kenyataan mengesahkan Fakhrulrazi bukan lagi anggota parti itu.
Namun tidak lama selepas itu, Fakhrulrazi berkata dia tidak mengisytiharkan keluar parti sebaliknya perkara itu diumumkan Amanah sendiri.
Dia juga mengatakan tidak menerima sebarang notis dan hanya mendapat tahu mengenai hal itu melalui media sosial.
Ditanya apakah dia sudah menyertai PKR, Mohd Fakhrulrazi tidak mahu mengulas dan menjawab akan memberi penjelasan apabila “sampai masa”.
“Tak tahu. No comment. Sekarang lebih kepada fokus nak kerja sebagai Adun, sebab rakyat yang pilih. Saya kena selesaikan mandat itu.
“Nanti saya akan jelaskan bila sampai masa,” katanya lagi.
Sementara itu, Hasnul dan Saari turut menjelaskan bahawa mereka akan kekal bersama Amanah dan tidak akan menyertai PKR.
“Tidak (sertai PKR) dan setia dengan Amanah,” kata Hasnul. -{Malaysiakini]
Bila agaknya YB Lim Kit Siang akan mengingatkan Naib Ketua Pemuda PAN dan YB PKR itu dengan dua ayat daripada Surah al-Baqarah iaitu “Janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi” (2:60) dan “Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya” (2.42) seperti mana yang dilakukannya kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali?
Apabila pensyarah Universiti Utara Malaysia, Dr. Kamarul Zaman Yusoff mendedahkan adanya agenda Kristian di sebalik penglibatan Hannah Yeoh sebagai ahli politik di Malaysia, pemimpin-pemimpin DAP dan PAN mula menyerang Dr. Kamarul dengan begitu hebat, dan cuba menggambarkan seolah-olah kenyataan yang dibuat oleh Dr. Kamarul itu adalah palsu dan tidak berfakta.
Hannah Yeoh pula segera bertindak membuat laporan polis terhadap Dr. Kamarul dan seterusnya memberi berbagai kenyataan kepada media pro-pembangkang sebagai menyanggah kenyataan Dr. Kamarul.
The Malaysian Insight (TMI), di dalam artikelnya yang bertajuk “Hannah pertikai masa siaran artikel Kamarul Yusof” melaporkan:
“Yeoh, berkata sebagai penganut Kristian, beliau percaya kepada kedaulatan undang-undang, keadilan, ketelusan, kebertanggungjawaban, kesaksamaan dan tadbir urus yang baik”.
Soalan saya ialah, adakah Hannah Yeoh yang dikatakan “percaya kepada kedaulatan undang-undang” itu taat kepada undang-undang negara sedangkan di dalam artikel yang sama, TMI melaporkan:
“Komitmen DAP ialah mewujudkan negara sekular seperti didefinisikan di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia. DAP mempunyai agenda rakyat Malaysia bukan Kristian.”
Dengan menyatakan Malaysia ialah sebuah “negara sekular seperti didefinisikan di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia”, Hannah Yeoh telah memfitnah Perlembagaan Persekutuan kerana Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas mengatakan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan yang membawa erti bahawa Malaysia ialah sebuah negara Islam.
Hannah Yeoh dan parti DAP bukan sahaja telah melanggar undang-undang negara tetapi juga telah menderhaka kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Agong jika dia melaksanakan “Komitmen DAP ialah mewujudkan negara sekular”; iaitu satu komitmen untuk menukar Malaysia menjadi sebuah negara sekular yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan mencabar kuasa Yang di Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam negara ini.
Malaysia ialah sebuah negara Islam, menegaskan bahawa Malaysia ialah sebuah negara sekular adalah bertentangan dengan undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan, apatah lagi apabila Hannah Yeoh melaksanakan komitmen DAP untuk menjadikan Malaysia sebuah negara sekular.
Bolehkah laporan TMI itu dijadikan hujah untuk mematah dakwaan Dr. Kamarul?
Hakikatnya, Hannah Yeoh sendiri menulis yang dia berjaya untuk berdakyah di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin dunia dan kepada orang-orang muda (“to preach at churches, to world leaders and to young people”, muka surat 108) kerana Tuhan Kristiannya yang “made it happen through my political office”.
Seperti kata Dr. Kamarul, Hannah Yeoh sendiri mengaku telah menggunakan kedudukan politiknya untuk berdakyah.
Oleh itu, bolehkah kita percaya kata-kata Hannah Yeoh Tseow Suan dan penyokongnya termasuk pemimpin parti PAN yang menuduh Dr. Kamarul berbohong?
Dr. Kamarul seterusnya mendedahkan bahawa Hannah Yeoh yang merupakan seorang evangelist telah menyeru “agar penganut Kristian membina semula Malaysia kerana Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia (“God wants to reclaim politics and public service in Malaysia”, muka surat 110), ditambah tindakan beliau mengaitkan diri dengan cita-cita untuk membawa kepercayaan dan perkhidmatan Kristian kepada dunia awam (“aims to bring Christian faith and service to the public sphere”)!
Perkara ini telah mencetuskan keresahan di kalangan umat Islam dan menjadi ancaman kepada kedaulatan dan keamanan negara kita.
Kita tahu akan gejala pemurtadan di tanah air kita.
Sebagai contohnya, dalam kes pemurtadan Azlina Jailani atau Lina Joy pada tahun 1999; Azlina telah mendapat sokongan hebat daripada puak itu yang sehingga kini, masih menggunakan kes ini dan membawanya ke peringkat anratarabangsa untuk mendesak Malaysia memberi kebebasan kepada umat Islam untuk murtad.
Contoh yang lain, dalam ceramahnya pada tahun 2006, seorang paderi Kristian bernama Benjamin Stephen berkata, “di Johor sahaja sudah lebih daripada atau hampir kepada 10,000” orang Melayu telah dimurtadkan dan memeluk agama Kristian, malah di setiap gereja di Semenanjung Malaysia yang dia lawati, ada orang-orang Melayu yang telah murtad seperti dirinya sendiri.
Hari ini, mereka termasuk politik DAP sangat lantang bersuara mengutukinstitusi-institusi Islam dan berani mencampuri hal ehwal agama Islam yang mana mereka tidak mempunyai hak kepelembagaan untuk berbuat demikian.
Contoh yang paling mudah ialah kes pindaan Akta 355, dimana mereka bertalu-talu menentang dan menyerangsecara lisan dan tulisan, bukan sahaja membantah pindaan suatu Akta yang tiada kena mengena dengan mereka tetapi juga mengutuk dan berusaha untuk menghapuskan institusi perundangan Islam yang telahpun ada di Tanah Melayu ini sejak sebelum adanya sistem perundangan sivil.
Perkara ini merupakan suatu serangan dan penindasan ke atas hak umat Islam dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku di sebuah negara Islam.
Mereka juga mengangkat dan menyokong golongan liberal seperti kumpulan G25, SIS Forum, Islamic Renaissance Front (IRF) dan sebagainya sebagai suara umat Islam Malaysia dan seterusnya menggunakan golongan ini untuk menentang ajaran Islam yang sebenarnya, institusi-institusi Islam dan juga sistem perundangan Islam.
Hannah Yeoh sebagai Puan Speaker DUN Selangor telah menolak usul untuk memperkasakan Mahkamah Syariah di DUN Selangor daripada dibahaskan tetapi pada masa yang sama mendakwa bahawa dia tidak membenci Islam, malah sangat mesra dengan orang Islam.
Untuk mendapat sokongan orang Islam, Hannah Yeoh dan pemimpin bukan Islam DAP dan PKR telah memasuki masjid hingga ke ruang solat untuk berbagai aktiviti termasuk memberi ucapan.
Ini membawa kepada tindakan biadap Ahli Parlimen PKR Subang, Sivarasa Rasiah yang berucap di kawasan saf hadapan masjid sehingga Sultan Selangor menzahirkan rasa teramat murka dan dukacita dengan tindakannyayang memasuki Masjid An Nur, Kampung Melayu Subang dan menggunakan ruangan solat sebagai tempat berpolitik.
Sebelum ini, semasa menjadi Ahli Parlimen Serdang, pemimpin DAP, Teo Nie Ching juga pernah berucap di di kawasan solat saf hadapan sebuah surau manakala ADUN PKR Dr. Xavier Jayakumar juga telah berucap di kawasan solat saf hadapan masjid Ar-Rahimiah Klang.
Lebih malang lagi, bila ditegur, mereka lantang mempertahankan perbuatan biadap mereka, seolah-olah mereka lebih faham hukum Islam daripada pihak berkuasa Islam sendiri.
Saya tidak faham bagaimana ada orang-orang seperti Khalid Samad, Mujahid Yusof Rawa dan sebagainya masih buta dan mahu mempertahankan Hannah Yeoh dan bersungguh-sungguh menyerang Dr. Kamarul yang hanya memetik kata-kata Hannah Yeoh sendiri di dalam bukunya, ‘Becoming Hannah’.
Di manakah dasar perjuangan ‘Maqasid Syariah’ parti PAN apabila pemimpin-pemimpin mereka sendiri menentang orang yang mempertahankan negara Islam dan mempertahankan orang yang berusaha menghapuskan kedaulatan Islam di tanah air kita?
Four Malaysian opposition political parties, DAP, PKR, PAN and PPBM had signed an agreement on the 13th of December 2016.
In the agreement which is named, Perjanjian Kerjasama Pakatan Harapan – PPBM, the four parties agreed on several main issues including to uphold the Federal Constitution.
I read the agreement and since I am familiar with the Article 3 of the Federal Constitution, the below sentence below caught my eye:
Screenshot taken from the agreement
The above sentence says, “To fight in accordance with the provisions and spirit of the Constitution 1957/63 especially to uphold the Federal Constitution”, but then it went on saying, “… dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas, aman dan damai di di negara ini sejajar dengan Perkara 3 …”
Well, let us take a look of what is stated in the Article 3(1) of the Federal Constitution:
“Islam ialah agama bagi Persekutuan ; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.”
Now, where did the word, “bebas” comes from and more importantly, why did they add the word “bebas” to the Article 3(1)?
Are the opposition parties trying to rewrite the Article 3(1) in order to undermine Islam as the religion of the Federation?
As the supreme law of the Federation, each word in the Articles of the Federal Constitution was chosen for a very specific reason.
The Article 3(1) states that, “… other religions may be practiced in peace and harmony” or “agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai“; there is no such word as ‘bebas‘ in the clause, and adding the word ‘bebas‘ gives the Article a totally different meaning.
Thus, it is a violation of the Article 3(1).
How could the opposition parties pledge, “To fight in accordance with the provisions and spirit of the Constitution 1957/63 especially to uphold the Federal Constitution“, when they clearly changed and violated the Article 3(1) of the Federal Constitution?
To understand this matter, we need to know the meaning of the words, “aman dan damai” or “peace and harmony” in the context of the Article 3(1).
The word, “aman dan harmoni” in the Article 3(1), has been interpreted by the then Federal Court Judge, Tan Sri Mohamed Apandi Ali in the Court of Appeal’s judgement of the case, Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur v. Menteri Dalam Negeri and Kerajaan Malaysia:
[31] It is my observation that the words “in peace and harmony” inArticle 3(1) has a historical background and dimension, to the effect that those words are not without significance.The Article places the religion of Islam at par with the other basic structures of the Constitution, as it is the 3 rd in the order of precedence of the Articles that were within the confines of Part I of the Constitution. It is pertinent to note that the fundamental liberties Articles were grouped together subsequently under Part II of the Constitution.
[33] In short, Article 3(1) was a by-product of the social contract entered into by our founding fathers who collectively produced the Federal Constitution, which is recognized as the Supreme Law of the country. It is my judgment that the purpose and intention of the insertion of the words: “in peace and harmony” in Article 3(1) is to protect the sanctity of Islam as the religion of the country and also to insulate against any threat faced or any possible and probable threat to the religion of Islam.It is also my judgment that the most possible and probable threat to Islam, in the context of this country, is the propagation of other religion to the followers of Islam. That is the very reason as to why Article 11(4) of the Federal Constitution came into place.
[42] It is my judgment that, based on the facts and circumstances of the case, the usage of the word “Allah” particularly in the Malay version of the Herald, is without doubt, do have the potential to disrupt the even tempo of the life of the Malaysian community. Such publication will surely have an adverse effect upon the sanctity as envisaged under Article 3(1) and the right for other religions to be practiced in peace and harmony in any part of the Federation.Any such disruption of the even tempo is contrary to the hope and desire of peaceful and harmonious co-existence of other religions other than Islam in this country.
Therefore, the phrase, “tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai” means that the practice of religions other than Islam, must be in peace and harmony with the people of other religions, especially Islam which is the religion of the Federation; thus by adding the word, “bebas“, the opposition had violated the Federal Constitution.
In the same judgement, Tan Sri Mohamed Apandi Ali also said:
[36] The alleged infringement of the fundamental liberties of the respondent can be negated by trite law that any freedom is not absolute. Freedom cannot be unfettered, otherwise like absolute power, it can lead to chaos and anarchy. Freedom of speech and expression under Article 10(1) are subjected to restrictions imposed by law under Article 10(2)(a). Freedom of religion, under Article 11(1), as explained above is subjected to Article 11(4) and is to be read with Article 3(1).
So, contrary to what is claimed by the opposition leaders, even the Article 11(1) does not give us total freedom of religion, for it is subjected to Article 11(4) and is to be read with Article 3(1).
Article 11(1) of the Federal Constitution:
Every person has the right to profess and practise his religion and, subject to Clause (4), to propagate it.
Article 11(4) of the Federal Constitution:
State law and in respect of the Federal Territories of Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya, federal law may control or restrict the propagation of any religious doctrine or belief among persons professing the religion of Islam.
What is the intention of the opposition leaders in adding the word ‘bebas‘ in their reference to the Article 3(1), for the implication of the added word can undermine the position of Islam as the religion of the Federation and distort the interpretation of the Article?
PAN or Parti Amanah Negara’s MP for Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud said in Parliament that the alcohol taxes should not be raised as reported by Free Malaysia Today (FMT).
I would understand if this issue was raised by a non-Muslim MP, but why must a Muslim MP from a so-called Islamic political party raised the issue in parliament?
FMT reported that Siti Mariah who is the women’s wing chief of PAN said that, “As for alcohol, it is allowed to non-Muslims, so if we increase its tax it will burden them.”
Bagi alkohol pula, ia dibenarkan untuk bukan Muslim, jadi jika kita naikkan cukainya ia akan membebankan mereka,” kata Siti Mariah Mahmood (Amanah-Kota Raja) di Dewan Rakyat hari ini. – FMT
This is an argument made by a senior leader from a party that claims that its aim is to become the main Islamic party in Malaysia.
My question to PAN’s Dr Siti Mariah are:
Why must a Muslim like Siti Mariah fights for something which is haram just to win the non-Muslims’ votes?
Is fighting for the non-Muslims alcohol drinker is more important than fighting for the Muslims who want the Act 355 to be amended?
Is the issue of alcohol tax is more important than the issue of the amendment of Act 355?
Is fighting for the tax on alcohol not to be increased is one of the actions taken by Siti Mariah and PAN to empower Islam as promised by them to their main voters who are the Muslims?
Is there no better issue to fight for other than alcohol?
Is PAN not aware of the bad effect of alcohol?
Is PAN saying that all non-Muslims consume alcohol for concluding that an increase on alcohol tax will burden the non-Muslim and not only the people who consume alcohol?
Is she implying that drinking alcohol is such an important part of the lives of the non-Muslims that it is a duty for her to raise the issue regardless the fact that she is a Muslim?
Siti Mariah must understand that alcohol is haram to the Muslims so it is wrong for a Muslim to fight for alcohol, as there is no reason for non-Muslims to make a fuss about Act 355 as it has nothing to do with them.
Furthermore, why must she fight for alcohol?
Is she not aware of the bad effects of being drunk, like causing accidents, crimes like domestic violence, fights and other violence actions?
Is this how a Muslim MP supposed to be; promoting bad practices and assuming that every non-Muslims drinks alcohol.
Siti Mariah as a PAS candidate in the 13th General Election has violated the trust of her Muslims voters.
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), YB Khalid Samad telah menulis sebuah artikel bertajuk, “Kenyataan Berhubung Usul Persendirian Marang: Cadangan Pindaan ke Atas Akta 355″di blognya.
Di bawah adalah jawapan-jawapan saya (biru) kepada artikel tersebut (jingga).
1. AMANAH ingin menegaskan bahawa Mahkamah Syariah adalah institusi keadilan Islam dan oleh itu apa jua usaha ke arah menperkasakannya adalah disokong. Bidang kuasanya berhubung kesalahan jenayah syariah dijelaskan dalam Akta 355 sediada. Akta 355 ini perlu dijaga dengan baik dan apa jua usaha pembaik-pulihan serta pindaan terhadapnya perlu diperhalusi secara teliti supaya tidak menjejas kedudukan mahkamah syariah.
YB Khalid Samad dan PAN tidak patut berdolak-dalik. Jika benar PAN mahu memperkasakan Mahkamah Syariah, maka PAN sepatutnya menyokong pindaan ini. Khalid Samad tentu faham bahawa menaikkan had hukuman jenayah syariah akan menambahbaik Mahkamah Syariah dan bukannya menjejaskan kedudukan Mahkamah Syariah.
2. Akta 355 sediada telah digubal mengambil kira kedudukan dan peranan Mahkamah Syariah di dalam kerangka struktur kenegaraan Malaysia yang di dalamnya wujud Mahkamah Sivil dan juga Mahkamah Syariah. Sepertimana diketahui umum, bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah terhad kepada orang Islam dan kesalahan-kesalahan tertentu seperti terkandung dalam Senarai II Senarai Negeri Jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Selainnya adalah di bawah Mahkamah Sivil.
Benar, dan pindaan yang dicadangkan ini tidak bercanggah dengan kenyataan di atas.
3. Apa jua pindaan yang ingin dibawa semestinya selari dengan kedudukan dan peranan ini supaya tidak berlaku percanggahan sehingga boleh menyebabkan kedudukan dan peranan sediada Mahkamah Syariah terjejas dan terganggu. Pindaan-pindaan yang tidak selari, walaupun berniat untuk memperkasakan Mahkamah Syariah, perlu dielak supaya tidak akhirnya menimbulkan fitnah terhadap mahkamah syariah itu sendiri.
Pindaan ini selari dengan kedudukan dan peranan Mahkamah Syariah dan “tidak berlakupercanggahan sehingga boleh menyebabkan kedudukan dan peranan sediada Mahkamah Syariah terjejas dan terganggu”. Jadi, tidak ada sebab Khalid Samad dan PAN menolak pindaan ini.
USUL PERSENDIRIAN YB MARANG: MEMPERKASAKAN MAHKAMAH SYARIAH?
4. AMANAH telah membuat sidang akhbar pada 6hb Sept dan diikuti dengan penghantaran surat kepada YB Marang selaku Presiden PAS, meminta penjelasan mengenai empat perkara utama berhubung pindaan yang ingin dibawa beliau pada sesi Parlimen bulan Oktober ini. Malangnya soalan yang dikemukakan tidak dijawab dan dengan itu AMANAH terpaksa menentukan pendirian berhubung pindaan yang dicadangkan tanpa menerima apa-apa penjelasan tambahan.
Kesemua soalan PAN sebenarnya telah berkali-kali dijawab oleh pelbagai pihak. Amat jelas bahawa tujuan pindaan Akta 355 adalah untuk memperkasakan Mahkamah Syariah dan mengurangkan kes jenayah syariah dengan menaiktarafkan had hukuman Mahkamah Syariah yang sekarang ini terlalu rendah iaitu 3 tahun penjara, 5 ribu ringgit denda dan 6 kali sebatan syariah. Seolah-olah PAN sengaja menutup telinga, membuat berbagai kenyataan negatif dan mempolitikkan pindaan Akta 355.
5. Pindaan yang dicadangkan YB Marang didapati kabur dan tidak jelas khususnya berhubung apa yang dimaksudkan dengan “memperkasakan Mahkamah Syariah”. Pemerkasaan bagaimana yang ingin dicapai melalui pindaan tersebut? Adakah pemerkasaan yang diinginkan adalah melalui menghilangkan had dan bentuk hukuman yang boleh dijatuhkan, kecuali hukuman mati? Sekiranya itu adalah apa yang dimaksudkan YB Marang maka AMANAH ingin menyatakan bahawa bukan itu yang dimaksudkan DYMM YDP Agung dalam titah Baginda pada bulan Mac lepas semasa pembukaan sesi Parlimen bagi tahun 2016. Adalah jelas DYMM YDP Agung memaksudkan pemerkasaan Mahkamah Syariah dari sudut kecekapan perlaksanaan undang-undang dan bukan memberi ‘blank cheque’ kepada mahkamah syariah.
Titah ucapan DYMM YDP Agung di istiadat pembukaan parlimen, 7 Mac, 2016.
Jelas bahawa pemerkasaan Mahkamah Syariah yang dimaksudkan di dalam titah DYMM YDP Agung di istiadat pembukaan parlimen adalah pemerkasaan yang menyeluruh termasuk mempertingkatkan kuasa Mahkamah Syariah. Bagaimanakah dapat diperkasakan Mahkamah Syariah jika had hukuman yang sedia ada adalah terlalu rendah dan tidak seiring dengan peredaran zaman?
Banyak hukuman kesalahan sivil telah dinaiktarafkan berberapa kali selepas kali terakhir Akta 355 dipinda. Contohnya dibawah Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, had hukuman merokok di tempat dilarang ialah “denda tidak melebihi 10,000 ringgit, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun”, seperti yang tercatat dibawah Peraturan 11(3) Peraturan yang sama. Ini bermakna had hukuman kesalahan merokok di tempat yang dilarang adalah jauh lebih tinggi daripada had hukuman meminum arak di tempat awam atau lelaki berpakaian wanita atau ‘crossdressing’.
Sebagai seorang Ahli Parlimen, YB Khalid Samad sepatutnya faham bahawa pindaan ini hanya akan menetapkan had maksima dan bukannya akan menentukan hukuman syariah. Peruntukan hukuman syariah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. DUN perlu meminda enakmen hukuman kesalahan syariah untuk meningkatkan had maksima hukuman setelah pindaan Akta 355 diluluskan. Jadi pindaan Akta 355 tidak memberi ‘blank cheque’ kepada Mahkamah Syariah.
6. Pemerkasaan Mahkamah Syariah yang diinginkan AMANAH adalah dari sudut peningkatan kecekapan pengurusan dan pentadbirannya dan juga peningkatan sokongan dari badan-badan sokongan terhadapnya. Ini adalah supaya Mahkamah Syariah boleh memainkan peranannya dengan lebih berkesan. Peningkatan kemampuan dicapai melalui latihan dan pendedahan serta penambahan human resource. Skim pembayaran gaji dan elaun hakim dan kakitangan dengan kadar yang lebih berpatutan perlu juga dipertimbangkan. Pada masa sama sokongan dari institusi sokongan seperti Polis dan semua majikan yang mempunyai pekerja Islam perlu dipertingkatkan.
Saya tidak faham di manakah pindaan Akta 355 akan bercanggah dengan perkara di atas.
Peningkatan kadar hukuman dan mempelbagaikan jenis hukuman juga perlu untuk menjamin keberkesanan pencegahan serta hukuman itu sendiri.
Inilah yang diperjuangkan melalui pindaan Akta 355. Ternyata PAN sngat keliru atau cuba mengelirukan orang ramai.
7. AMANAH maklum bahawa usaha pemerkasaan seperti yang dimaksudkan sedang diusahakan oleh pengurusan dan pekerja Mahkamah Syariah itu sendiri. AMANAH berpandangan bahawa segala usaha pemerkasaan mahkamah Syariah, termasuk melalui pindaan ke atas Akta 355, perlu diselaraskan dengan usaha yang sedang giat dilakukan pihak mahkamah syariah sendiri.
Mengikut undang-undang, pindaan ke atas Akta 355 mesti dibentangkan di Parlimen dan diluluskan oleh Ahli Dewan Rakyat dan bukannya boleh “dilakukan pihak mahkamah syariah sendiri”.
PENGGANTIAN KESELURUHAN SEKSYEN DUA
8. AMANAH telah turut bertanya sebab mengapa keseluruhan seksyen 2 perlu digantikan. Tanpa adanya jawapan mahupun penjelasan, maka AMANAH ingin menyatakan bahawa tidak ada keperluan untuk perenggan pertama Seksyen 2 Akta 355 diganti. Lebih-lebih lagi apabila perenggan baharu yang dicadangkan YB Marang teramat kabur bila dibandingkan dengan yang sediada.
Seksyen 2 memberi had hukuman Mahkamah Syariah dan jika ia tidak dipinda, had itu juga tidak boleh dinaikkan. Dan pindaan itu tidak akan ada makna jika Seksyen 2 tidak dipinda. Ayat ‘intro’ kepada Seksyen 2 pula dipinda kerana ia menggunakan istilah rukun-rukun agama Islam sedangkan Mahkamah Persekutuan telah memutuskan perkataan ‘precepts’ bermaksud perintah-perintah agama dan bukan terhad kepada rukun Islam.
Perenggan sediada merujuk kepada pembentukkan Mahkamah Syariah melalui undang-undang yang digubal di peringkat Negeri, sambil perenggan yag dicadangkan YB Marang menggambarkan Mahkamah Syariah sebagai seolah-olahnya datang dengan sendirinya dan terus berkuasa ke atas ummat Islam. Ada yang berpandangan ayat-ayat seperti yang dicadangkan YB Marang boleh mendedahkan Mahkamah Syariah kepada fitnah kerana kedudukannya dalam kerangka struktur kenegaraan sendiri menjadi tidak jelas sepertimana juga haknya untuk menggubal dan menentukan undang-undang. Oleh kerana keperluan untuk menggantikannya tidak dijelaskan, maka risiko ini tidak wajar dihadapi.
Tiada perkataan di dalam pindaan kepada Seksyen 2 yang mengubah keadaan “pembentukkan Mahkamah Syariah melalui undang-undang yang digubal di peringkat Negeri” atau “mendedahkan Mahkamah Syariah kepada fitnah” kecuali sengaja difitnah oleh mereka yang menentang usaha pemerkasaan Mahkamah Syariah.Telahpun disebut di dalam Butiran 1 Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan Malaysia bahawa undang-undang syariah mesti digubal di peringkat negeri dan bukannya di peringkat persekutuan seperti undang-undang sivil.
‘BLANK CHEQUE’ MELALUI SEKSYEN 2A
9. AMANAH telah juga bertanya mengenai kebijaksanaan seksyen 2A yang dicadangkan YB Marang yang memberikan ‘blank cheque’ kepada Mahkamah Syariah berhubung hukuman yang boleh dijatuhkan olehnya. Had yang ditetapkan adalah hanya sekadar “yang dibenarkan syariah” dan “selain dari hukuman mati”. Sekali lagi AMANAH terpaksa membuat keputusan tanpa penjelasan dan jawapan berhubung sebab mengapa pindaan sebegitu rupa dicadangkan.
Menurut pakar undang-undang dan perlembagaan, Dato’ Prof Mahamad Naser Disa, draf Seksyen 2 yang tidak mengikut format lama bukanlah bertujuan untuk memberi ‘blank cheque’ kepada Mahkamah Syariah, sebaliknya ia bertujuan untuk memberikan ruang kepada DUN untuk memperkenalkan hukuman lain selain daripada denda, penjara atau sebat.
Bagi pandangan AMANAH memberi ‘blank cheque’ dalam soal had dan bentuk hukuman kepada mahkamah syariah adalah kurang bijak. Ini adalah kerana sebahagian besar kesalahan yang akan dihukumkan adalah kesalahan di bawah hukuman takzir. Ini bererti ianya tidak ditetapkan oleh syariat sepertimana hudud dan oleh itu berbagai-bagai jenis dan kadar hukuman boleh dikenakan. Ini juga boleh mendedahkan mahkamah syariah kepada fitnah yang besar sehingga menjejas imej dan reputasinya.
Adalah satu fitnah menuduh bahawa pindaan kepada Seksyen 2A memberi ‘blank cheque’ kepada Mahkamah Syariah kerana bentuk dan had hukuman syariah digubal oleh DUN di peringkat Negeri dan bukannya oleh Mahkamah Syariah itu sendiri. Soalnya apakah YB Khalid Samad tidak yakin akan integriti Mahkamah Syariah dalam menjatuhkan hukuman?
10. Ada yang mengatakan bahawa mahkamah sesyen juga diberi ‘blank cheque’ sedemikian rupa maka apa salahnya ianya turut diberi kepada mahkamah syariah? Umum mengetahui bahawa mahkamah sesyen terikat dengan Kanun Kesiksaan dan Kanun Acara Jenayah di mana jenis kesalahan serta had dan jenis hukuman telah dinyatakan secara jelas dan terperinci. Oleh itu adalah tidak benar bahawa mahkamah sesyen diberi ‘blank cheque’ sepertimana yang ingin diberi kepada mahkamah syariah melalui pindaan ini.
Menuduh pindaan Akta 355 sebagai “ingin diberi” ‘blank cheque’ “kepada mahkamah syariah melalui pindaan ini” adalah satu fitnah jahat oleh mereka yang tidak mahu undang-undang syariah diperkasakan di negara ini.
11. AMANAH bersetuju pindaan perlu dibawa ke arah pemerkasaan undang-undang mencegah jenayah syariah di bawah mahkamah syariah. Pada hakikatnya sekadar inilah apa yang dibawa YB Marang. Ia boleh dicapai dengan meningkatan had hukuman (3 tahun penjara, 5 ribu ringgit denda dan 6 kali sebatan) kepada tahap yang lebih tinggi. Berapa hadnya hendaklah ditetapkan oleh satu jawatan kuasa yang dibentuk terdiri dari ketua-ketua hakim mahkamah syariah setiap negeri bersama golongan ilmuan di mana realiti masyarakat dan kemampuan mahkamah syariah serta jabatan-jabatan sokongannya turut diambil kira. Pada masa sama, bentuk hukuman yang menumpu kepada persoalan mendidik dan menanam semangat membantu masyarakat boleh juga ditambah melalui pindaan ini.
Apakah PAN terlalu keliru atau sengaja mencari sebab untuk menegakkan benang yang basah dalam usaha menjustifikasikan bantahan mereka terhadap pindaan Akta 355?
KESIMPULAN
12. Memandangkan AMANAH mengambil berat usaha memperkasakan Mahkamah Syariah, maka AMANAH mencadangkan supaya pindaan yang ingin dibawa YB Marang dipinda supaya mendatangkan pemerkasaan yang lebih menyeluruh dan bermakna. Ini memungkinkan sokongan padu dari Pakatan Harapan.
Hasil perbincangan bersama ramai pihak, termasuk wakil-wakil parti anggota PH, AMANAH berpandangan bahawa Usul pindaan itu hendaklah berbunyi seperti berikut :-
“Dewan ini menerima bahawa Mahkamah Syariah adalah institusi dan syiar keadilan Islam. Oleh itu kecemerlangannya dalam memainkan peranannya, sepertimana ditentukan oleh perlembagaan, hendaklah sentiasa diusahakan. Ke arah itu adalah dicadangkan penubuhan satu jawatan kuasa khas yang terdiri dari Ketua Hakim Mahkamah Syariah setiap negeri, golongan cendiakawan dan ilmuan agama serta pegawai-pegawai berkenaan, untuk mengkaji dan mencadangkan langkah-langkah pemerkasaan Mahkamah Syariah untuk dipertimbangkan oleh Dewan ini. Langkah-langkah pemerkasaan ini hendaklah meliputi persoalan –
a) Meningkatkan kecekapan Mahkamah Syariah melalui peningkatan kemahiran para hakim dan kakitangan Mahkamah Syariah dengan diperbanyakkan pendedahan dan latihan serta penambahan kakitangan ke tahap yang diperlukan
b) Meningkatkan lagi fahaman dan sokongan institusi dan jabatan-jabatan kerajaan serta pihak swasta terhadap peranan Mahkamah Syariah supaya memungkinkan ia memainkan peranannya dengan lebih berkesan
c) Mengkaji kembali skim gaji para hakim dan kakitangan mahkamah Syariah supaya ditetapkan skim yang lebih wajar dan berpatutan demi mengelak ‘brain drain’ dan menarik minat mereka yang berpotensi dan
d) Mengkaji keberkesanan had dan jenis hukuman berkaitan jenayah syariah di bawah Mahkamah Syariah seperti yang termaktub dalam Akta 355. Sekiranya ianya didapati kurang berkesan, maka jawatan kuasa khas ini hendaklah mencadangkan ianya ditingkatkan kepada satu had yang dianggap lebih berkesan sebagai satu usaha pencegahan dan pengajaran. Dalam menentukan had baharu, keadaan masyarakat dan kemampuan Mahkamah Syariah hendaklah diambil-kira. Jawatan kuasa khas ini diberi mandat untuk mengkaji corak hukuman lain, selain dari tiga jenis yang disebutkan di dalam Akta 355, yang bersifat mendidik dan membentuk akhlak, yang boleh turut dibenarkan sebagai corak hukuman yang boleh dijatuhkan mahkamah syariah”.
Dalam melakukan usaha pemerkasaan Mahkamah Syariah ini, langkah-langkah yang ingin dicadangkan hendaklah selari dengan kehendak perlembagaan untuk elak dari berlakunya krisis perlembagaan.
Jawatan kuasa khas ini hendaklah bersifat ‘non-partisan’ di mana segala usaha yang sedang dan telah dilakukan,kalau ada, oleh ‘kerajaan-kerajaan pembangkang’ seperti di Negeri Kelantan, Terengganu (1999 – 2004), Kedah (2008 – 2013), Selangor dan Pulau Pinang, hendaklah turut dikaji dan diambil-kira.
WaLlahu ‘Alam KHALID SAMAD Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara
PAN seharusnya jujur dalam membuat kenyataan tentang isu pindaan Akta 355. Menurut Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal, cadangan PAN berhubung cara penambahbaikan sistem Mahkamah Syariah sebenarnya sudah pun dilaksanakan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri.
“Misalnya Jawatankuasa Kerja Arahan Amalan Mahkamah Syariah yang dianggotai ketua hakim negeri dan jabatan berkaitan untuk melicinkan proses mahkamah. Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah pula untuk menggarap modul agar perbicaraan dapat dipercepatkan,” katanya kepada FMT.
Perkara yang dibangkitkan di bawah tajuk ‘kesimpulan’ adalah perkara sama dan telah dijawab di atas. Soalnya, apakah Khalid Samad sudah lupa bahawa pindaan Akta 355 telah dicadangkan oleh pemimpin parti pembangkang dan terdapat ramai ADUN dari parti pembangkang di dalam DUN di Malaysia? Kesimpulannya, Khalid Samad bagi pihak pemimpin PAN yang kesemuanya beragama Islam menentang pindaan Akta 355 dengan memberi berbagai sebab yang mengelirukan dan berbelit-belit supaya mereka tidak dianggap menentang usaha untuk memperkasakan undang-undang syariah di Malaysia selaras dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan.
Kita wajib menuntut ilmu, jika kita kurang faham mengenai pindaan Akta 355, bertanyalah kepada mereka yang memahami perkara ini dan janganlah kita terpedaya oleh agenda musuh. Malu bertanya sesat jalan.