Panduan Siswa UIAM: Pemasangan Office 365

Sebagai seorang pelajar yang sudah menuntut di Pusat Asasi UIAM (Centre for Foundation Studies, CFS IIUM) selama dua semester, termasuk satu semester di kampus, saya rasa baiklah saya menulis tentang kampus CFS Gambang ini bagi pelajar-pelajar yang bakal masuk ke CFS pada masa akan datang, terutamanya bagi sesi 2022/2023 ini.

Office 365 merupakan peranggu perisian kerja premium oleh Microsoft yang amat berguna bagi pelajar-pelajar dalam menyiapkan kerja-kerja kursus, atau dalam menjalankan pembelajaran secara umumnya. Berbeza dengan Office biasa, ia menawarkan lebih banyak ciri dan fungsi serta perisian tambahan.

Di UIAM, setiap pelajar diberi akses kepada Office 365 secara percuma untuk membantu pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran mereka. Namun begitu, proses untuk mendapatkan akaun Office 365 memerlukan beberapa langkah yang agak sukar bagi sesetengah orang.

Apabila saya baru mula belajar di UIAM, saya juga menghadapi masalah memasang Office 365. Oleh itu, saya telah sediakan panduan berikut bagi membantu sesiapa yang menghadapi masalah sama.

Pemasangan Office 365 memerlukan akaun i-Ma’luum untuk diaktifkan terdahulu. Ikuti panduan pengaktifan akaun/no. pin i-Ma’luum di sini.


Selamat menuntut ilmu di IIUM!

>>> Lagi panduan CFS IIUM di sini <<<

Cara Aktifkan Akaun/No. PIN i-Ma’luum (UIAM)

Sebagai seorang pelajar yang sudah menuntut di Pusat Asasi UIAM (Centre for Foundation Studies, CFS IIUM) selama dua semester, termasuk satu semester di kampus, saya rasa baiklah saya menulis tentang kampus CFS Gambang ini bagi pelajar-pelajar yang bakal masuk ke CFS pada masa akan datang, terutamanya bagi sesi 2022/2023 ini.

Gerbang Siswa i-Ma’luum merupakan salah satu laman sesawang paling penting untuk setiap pelajar di UIAM. Laman ini mempunyai banyak alat penting seperti jadual kelas, semakan pembayaran, keputusan semester dan banyak lagi.

Ramai pelajar termasuk diri saya menghadapi masalah mengaktifkan akaun i-Ma’luum, oleh itu saya telah sediakan panduan berikut bagi membantu sesiapa yang menghadapi masalah sama, dalam hanya empat langkah mudah.


Selamat menuntut ilmu di IIUM!

>>> Lagi panduan CFS IIUM di sini <<<

%d bloggers like this: