Ambil Iktibar Kes Adib – Tengku Abdullah

[Utusan Online}- PEKAN 18 Dis. – Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang bersimpati dan sedih dengan berita kematian anggota bomba, Mohammad Adib Mohd. Kassim mahu semua pihak khususnya golongan muda mengambil pengajaran daripada kejadian berkenaan.

Baginda yang berharap keluarga Mohammad Adib, 25, bersabar dengan ujian berkenaan bertitah, mana-mana pihak tidak seharusnya mengambil tindakan melulu apatah lagi melibatkan nyawa seseorang.

“Jangan kita cepat membuat tindakan yang boleh mengakibatkan (kehilangan) nyawa seseorang itu atau mana-mana tindakan agresif yang mungkin boleh mendatangkan musibah kepada mereka yang terlibat.

“Cuba elakkan kejadian ini daripada berlaku,” titah baginda selepas menyempurnakan Majlis Serahan Zakat Perniagaan Badan-badan Korporat di Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Mohammad Adib yang cedera parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya bulan lalu disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 9.40 malam tadi.

Adib Meninggal Dunia

Innalillahiwainnailaihiraajiun…

Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim disahkan meninggal dunia pada jam 9.41 malam tadi, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Jenazah Muhammad Adib akan dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah pagi esok untuk penghormatan terakhir sebelum dibawa menaiki helikopter untuk pulang ke kampung halaman di Kedah bagi proses pengebumian selepas solat Zohor.

Semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, dan menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang beramal soleh.

Al-Fatihah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

%d bloggers like this: