Gambar Sekitar Istiadat Angkat Sumpah KM Melaka ke-13

Datuk Seri Sulaiman Md. Ali telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 berikutan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam PRN Melaka semalam.

Utusan melaporkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu tersebut telah selesai mengangkat sumpah pada pukul 12.58 tengah malam tadi.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

Sebelum itu, Datuk Seri Sulaiman adalah Ketua Menteri Melaka Ke-12 sehingga DUN Melaka dibubarkan berikutan 4 ADUN bertindak berpaling tadah.

Berikutan insiden tersebut, kita telah melihat satu petandingan sengit di antara BN, PH dan PN, iaitu tiga parti politik utama di Malaysia yang berentap untuk merampas kembali kerajaan negeri Melaka.

BN telah mengejutkan parti lawan dengan memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN Melaka; manakala Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional masing-masing telah memenangi 5 dan 2 kerusi.

%d bloggers like this: