(SHAH ALAM) Gerhana matahari separa dapat dilihat di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah pada waktu kemuncaknya tengah hari tadi. — 26/12/2019 | (c) Ahmad Ali Karim, 2019
SHAH ALAM – Seluruh rakyat Malaysia dapat menyaksikan kejadian gerhana matahari hari ini, iaitu sebuah fenomena yang berlaku apabila bulan yang berada di antara matahari dan bumi menghalang sejumlah cahaya matahari daripada terkena permukaan bumi.
Kawasan-kawasan sekitar Tanjung Piai, Johor dan Serian, Sarawak dapat menyaksikan gerhana matahari anulus, manakala kawasan-kawasan lain di seluruh negara hanya dapat melihat gerhana matahari separa.
Di Kuala Lumpur dan Selangor, suasana sekeliling menjadi malap sejurus bermulanya kejadian ini, walaupun ketika itu tidak ada awan yang menghalang sinaran cahaya matahari.
Saya berpeluang menunaikan solat Zohor dan solat sunat gerhana di Masjid Negeri Selangor, Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah.
Ketika saya tiba di sana, sudah ramai warga Shah Alam berkumpul di kawasan masjid dan semasa gerhana tersebut berada pada waktu kemuncaknya, keadaan berkelihatan gelap seolah-olah sedang berlakunya ribut.
Malangnya, selepas itu suasana menjadi mendung dan ketika jemaah sedang mengerjakan ibadah solat sunat gerhana, hujan mula turun menyebabkan ramai tidak dapat melihat fenomena istimewa ini.
Kali terakhir fenomena gerhana matahari anulus berlaku di Malaysia adalah pada 22hb Ogos 1998, iaitu di Mersing, Johor.
Di bawah merupakan gambar-gambar kejadian gerhana matahari separa yang dirakamkan sekitar Subang Jaya dan Shah Alam.
(SUBANG JAYA) Sekitar sejam selepas bermulanya gerhana matahari separa, cahaya matahari telahpun mula dihalang oleh bulan tengah hari tadi. — 26/12/2019 | (c) Ahmad Ali Karim, 2019
(SUBANG JAYA) Gerhana matahari separa dapat dilihat di seluruh negara, menarik tumpuan penduduk di sekitar tempat tengah hari tadi. — 26/12/2019 | (c) Ahmad Ali Karim, 2019
(SUBANG JAYA) Suasana di sekitar Selangor semakin lama semakin malap seakan-akan semasa ribut, walaupun matahari bersinar tanpa sebarang awan di bawahnya tengah hari tadi. — 26/12/2019 | (c) Ahmad Ali Karim, 2019
(SHAH ALAM) Kira-kira 10 minit sebelum kemuncak gerhana matahari separa di negeri Selangor, dapat dilihat sekitar negeri termasuk di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam tengah hari tadi. — 26/12/2019 | (c) Ahmad Ali Karim, 2019
(SHAH ALAM) Matahari mula kelihatan seperti bulan sabit pada waktu malam, sepanjang waktu kemuncak gerhana matahari separa di Selangor tengah hari tadi. — 26/12/2019 | (c) Ahmad Ali Karim, 2019
(SHAH ALAM) Gerhana matahari separa dapat dilihat di sebelah menara Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam tengah hari tadi. — 26/12/2019 | (c) Ahmad Ali Karim, 2019
(SHAH ALAM) Keadaan di sekeliling negeri Selangor makin malap sekitar jam 1:05 tengah hari tadi, sambil berlakunya fenomena gerhana matahari separa. — 26/12/2019 | (c) Ahmad Ali Karim, 2019
(SHAH ALAM) Gerhana matahari separa dapat dilihat di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah pada waktu kemuncaknya tengah hari tadi. — 26/12/2019 | (c) Ahmad Ali Karim, 2019
Like this:
Like Loading...