(Gambar) Sekitar Majlis Serah Terima Tugas KP Johor & Pengerusi PERKEP Johor

[ baca versi jawi di sini ]

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Johor di antara Dato’ Ayob Khan bin Mydin Pitchay kepada Dato’ Khaw Kok Chin telah diadakan di Auditorium, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.

Majlis tersebut telah disaksikan oleh, Dato’ Sri Abd Jalil bin Hassan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Majlis diteruskan dengan Serah Terima Tugas Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor di antara Datin Zalena binti Mohd Ariffin kepada Puan Sharifah Mani Syed Kassim, Pemangku Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor yang telah disaksikan oleh Datin Sri Dr. Siti Alida John binti Abdullah, Pengerusi PERKEP Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Dalam majlis tersebut juga Dato’ Ayob bersama Datin Zalena telah menyampaikan sumbangan peribadi sebanyak RM 10,000.00 kepada PERKEP Kontinjen Johor. PERKEP Kontinjen Johor mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan ini.

Turut hadir Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Polis Daerah, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai Pangkat Rendah , Pegawai-pegawai Awam, ahli-ahli PERKEP Kontinjen Johor dan pengamal media.

Sumber: Polis Johor

Dato’ Ayob: Lori Lebih Muatan Akan Disita (Video)

Polis Johor sentiasa tegas dalam usaha untuk membudayakan sikap mematuhi undang-undang.

Dalam sidang media Ops Perdagangan (Timbang Berat) pagi tadi, Ketua Polis Johor, Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay menegaskan bahawa Polis Johor akan mengambil tindakan ke atas kenderaan perdagangan khususnya lori yang tidak mematuhi peraturan.

Operasi ini, tuan-tuan, kita sasarkan kepada kenderaan perdagangan, khususnya lorilah, yang membawa muatan lebih … tayar botak, tak tutup kemas, lori tidak diselenggara dengan baik.

Dato’ Ayob Khan

Dato’ Ayob menegaskan bahawa lori yang membawa lebih muatan melebihi 35% akan disita dan jika tidak melebihi 35% akan dikenakan kompaun.

Dalam operasi pagi tadi, polis juga menahan lori-lori yang membawa batu yang tidak ditutup dengan kemas.

Dato’ Ayob: Polis Johor Akan Gempur Pusat Hizbut Tahrir

Polis Johor akan menggempur pusat kumpulan fahaman Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) di negeri ini dalam masa terdekat.

Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, justeru pihaknya akan berkolaborasi secara rapat dengan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bagi tujuan itu.

Beliau berkata, pihaknya juga mengenal pasti 45 daripada 80 individu pengikut fahaman itu di negeri ini, serta pemimpinnya Sallahuddin Mashkuri.

“Saya akan bekerjasama dengan JAINJ dalam sedikit waktu lagi. Walaupun sekarang ini bukan di bawah kuasa polis untuk ambil tindakan, tetapi saya akan pastikan JAINJ ambil tindakan tegas dan tidak ada lagi amaran.

“Kita akan gempur pusat Hizbut Tahrir ini di Skudai. Saya akan bantu JAINJ untuk gempur, tunggu dan lihat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan yang dimuat naik di laman web rasmi HTM semalam, yang mendakwa pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Tosrin Jarvanthi dan Ketua Polis Johor memfitnah HTM dan bercanggah dengan agama Islam.

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, tidak timbul isu fitnah, memandangkan beliau memberi kenyataan berdasarkan fatwa agama Islam negeri Johor, yang dikeluarkan atas perkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Malah menurut beliau, fahaman HTM mempunyai ciri-ciri ajaran sesat seperti Daesh, selain pernah mengeluarkan risalah yang antaranya melabelkan negara Islam moden sebagai kufur, serta akan memerangi sistem demokrasi.

“Fahaman ini ada ciri-ciri ajaran sesat antaranya seperti Daesh, cuma mereka ini belum angkat senjata lagi, jadi kita jangan biarkan mereka berkembang,” katanya.

Selain negeri Johor, fatwa di negeri lain seperti Selangor, Pahang, Sabah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur turut jelas menyatakan mengenai penyelewengan Hizbut Tahrir.

Malah negara lain antaranya Rusia, Tunisia, Bangladesh, Jordan dan Syria, turut mengenal pasti fahaman itu sebagai menyesatkan dan boleh mengancam keselamatan negara.

Pada 1 Okt lepas, Ayob Khan dilaporkan berkata, pihaknya sedang memantau pergerakan pengikut HTM yang boleh ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), jika mereka didapati mengganggu-gugat keamanan dan keharmonian masyarakat di negeri ini.

Pada ketika itu, meskipun tiada tangkapan dibuat, pihaknya menerima 17 laporan polis berhubung gerakan itu, dan telah membuka kertas siasatan. -{Free Malaysia Today]

%d bloggers like this: