Panggilan Terakhir Untuk Menandatangani Petisyen ‘Respecting The Sovereign Nation of Malaysia’

Click here to go to the petition
Click here to go to the petition. (Screenshot taken at 9:58 A.M on the March 6, 2015)

Saya  berharap bahawa kerajaan Amerika Syarikat memahami bahawa rakyat Malaysia mampu mentadbir negara kami sendiri dan juga menghormati kedaulatan Malaysia yang merupakan sebuah negara yang berdaulat.

Petition ini adalah untuk menyatakan bahawa anda menghormati kedaulatan sesebuah negara serta menolak campurtangan asing ke atas urusan dalaman sesebuah negara yang berdaulat.

Cuma tinggal 7 hari lagi sebelum petition ini ditutup dan pada ketika ini (12:37 P.M. March 6, 2015), 45,979 tandatangan diperlukan untuk mencapai matlamat 100,000 tandatangan.

Sila baca tulisan saya tentang petition ini si sini tentang pentingnya kita menandatangani petition ini.

Malaysia adalah negara yang aman dan damai dan kita menghormati undang-undang dan sistem perundangan negara kita.

Oleh itu, nyatakan bahawa anda mempertahankan kedaulatan Malaysia dengan menandatangani petition ini.

Jika anda perlukan informasi lanjut tentang bagaimana caranya untuk menandatangani petition ini, tekan di sini.

Bekas Peguam Anwar, Zul Noordin: W. Azizah Mengakui Anwar Bersalah?

KENYATAAN MEDIA:

Saya agak pelik dengan permohonan pengampunan keatas Banduan bernama Anwar Ibrahim oleh isterinya Wan Azizah.

Pelik kerana Wan Azizah sendiri tidak hadir memberi keterangan didalam perbicaraan bagi Banduan sebagai saksi alibi. Kalau di Mahkamah pun dia tidak membantu Banduan, mengapa kini dia pula yang sibuk mohon pengampunan bagi Banduan?

Adakah permohonan keampunan yang dikemukakan ini bermakna Wan Azizah mengakui & menerima sabitan kesalahan meliwat terhadap Banduan?

Bagi saya, permohonan Wan Azizah ini wajib ditolak atas alasan:

  1. Permohonan pengampunan keatas Banduan bernama Anwar Ibrahim oleh isterinya Wan Azizah wajib ditolak kerana ianya dibuat tanpa persetujuan dan/ atau pengetahun Banduan sendiri.

Ini kerana Banduan konsisten dgn pendirian tidak mahu membuat permohonan pengampunan!

Adakah Wan Azizah membuat permohonan ini tanpa pengetahuan atau persetujuan Banduan? Kalau benar Wan Azizah membuat permohonan pengampunan ini tanpa pengetahuan atau persetujuan Banduan, ini adalah satu penghinaan terhadap pendirian Banduan tersebut!

  1. Asas kepada sebarang permohonan pengampunan ialah pengakuan salah kpd kesalahan yang disabit, penyesalan atas perlakuan kesalahan itu dan akujanji tidak akan mengulanginya lagi;
  2. Elemen2 ini tidak ada dalam permohonan Wan Azizah maka ianya wajib ditolak;

  3. Sebaliknya Wan Azizah cuba memperkaldaikan institusi pengampunan DiRaja dengan menjadikan alasan “kehakiman tidak telus” sebagai alasan pengampunan. Ini satu penghinaan keatas institusi pengampunan dan wajib ditolak dan dikenakan tindakan sewajarnya!

  4. Permohonan ini juga suatu penghinaan kepada institusi kehakiman yang dilantik dan bernaung dibawah YDP Agong kerana menjadikan alasan “kehakiman tidak telus” sebagai alasan permohonan pengampunan;

  5. Kebiasaanya hanya mereka yang dijatuhkan hukuman mati atau penjara sepanjang hayat akan memohon pengampunan bagi tujuan pengurangan hukuman. Bagi seorang yang disabitkan kesalahan meliwat dan dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun adalah sesuatu yang agak “luar biasa” untuk memohon pengampunan atas hukuman, apatah lagi bagi Banduan ini yg selalu melalak slogan “Lawan Tetap Lawan”. Adakah keluarga membuat permohonan pengampunan kerana Banduan dikatakan tidak mampu melawan nyamuk didalam penjara spt yang diadukan oleh isterinya Wan Azizah?

Pada saya, adalah lebih baik dan afdhal bagi Banduan memohon keampunan daripada Allah setelah dia memohon maaf secara terbuka & peribadi kepada Saiful Bukhari Azlan!

Zulkifli Noordin
Rabu
6 Jamadil Awal 1436
25 Feb 2015

Keputusan Kes Liwat II – Anwar Ibrahim Bersalah

Mahkamah Persekutuan memutuskan Anwar Ibrahim bersalah. 

Sila tekan sini untuk maklumat lanjut.

%d bloggers like this: