Pindaan Akta 355 – Memberi Autonomi Lebih Kepada Negeri-negeri

Credit to Karim's Blog
Credit to Karim’s Blog

(Sumber: Karim’s Blog)

PINDAAN AKTA 355: MENINGKATKAN AUTONOMI NEGERI UNTUK MEMBENDUNG GEJALA MAKSIAT DAN SALAHLAKU SYARIAH

Mahkamah Syariah ialah warisan unggul Kesultanan Melayu/Islam yang telah berdaulat sejak permulaan kedaulatan Islam di alam Melayu sebagaimana yang tercatat pada batu bersurat Terengganu iaitu 1303(M). Kedaulatan Mahkamah Syariah kemudiannya diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan (PP) sebagaimana yang termaktub dalam Butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan (B1SNJ9PP) berdasarkan Kuasa Negeri sebagaimana yang diberikan menurut Perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan.

Walaupun Perlembagaan Persekutan mewujudkan sistem Kehakiman Negara berteraskan Peruntukan Bahagian IX PP, namun bagi memastikan bidangkuasa Mahkamah Syariah tidak tersentuh oleh Mahkamah Sivil, maka pada tahun 1988, diperkenalkan pula Perkara 121(1A) pada Bahagian IX tersebut. Peruntukan 121(1A) ini tidak dengan sendirinya menyenaraikan bidangkuasa Mahkamah Syariah, tetapi ia memantapkan kedaulatan Mahkamah Syariah dari diganggu-gugat oleh Mahkamah Sivil.

Bidangkuasa Mahkamah Syariah adalah sebagaimana yang termaktub di dalam B1SNJ9PP yang antara lain menggariskan prinsip utama bidangkuasa Mahkamah Syariah seperti berikut – “the constitution, organization and procedure of Syariah Courts, which shall have jurisdiction only over persons profesing the religion of Islam and in respect only of any of the matters included in this paragraph, but shall not have jurisdiction in respect of offences except in so far as conferred by federal law;”

Secara telitinya prinsip-prinsip yang termaktub dalam butiran 1 tersebut di atas adalah seperti berikut:

1. Terhad kepada umat Islam

Bidang kuasa Mahkamah Syariah terhad hanya kepada orang yang menganut agama Islam. Oleh itu orang bukan Islam tidak perlu bimbang dengan agenda politik yang cuba menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam.

2. Terhad kepada perkara-perkara dalam Butiran 1

Tidak termasuk perkara-perkara dalam senarai Persekutuan dan perkara-perkara lain dalam Senarai Negeri Butiran 1 juga menetapkan bidangkuasa Mahkamah Syariah hanya kepada perkara-perkara yang terkandung dalam Butiran 1 sahaja yang meliputi perkara-perkara berkaitan kekeluargaan, zakat, hibah, amanah, pewarisan, wakaf, masjid, surau dan sebagainya. Manakala dalam hal kesalahan (jenayah Syariah) pula bidangkuasanya terbatas kepada offences by persons profesing the religion of Islam against precepts of that religion, except inregard to matters included in the Federal List: Justeru Perlembagaan sendiri yang menghalang mahkamah Syariah membicarakan atau menghukum kesalahan-kesalahan yang terkandung dalam Kanun Keseksaan (Penal Code) serta undang-undang lain di bawah senarai Persekutuan. Justeru kesalahan-kesalahan seperti mencuri, merogol, rasuah, pecah amanah, merompak, ragut tidak termasuk di bawah Mahkamah Syariah.

3. Tertakluk kepada had hukuman maksimum yang ditentukan Akta Persekutuan – Akta 355

Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah keperluan Undang-undang berdasarkan Perlembagaan Persekutuan iaitu; bidang kuasa hukuman Mahkamah Syariah hendaklah ditetapkan oleh undang-undang Persekutuan. Justeru pindaan A355 tidak boleh disifatkan sebagai “unconstitutional” kerana ia adalah keperluan Perlembagaan. Akta 355 ini hanya menetapkan had hukuman maksima yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah sama seperti dalam isu kesalahan berkaitan kekeluargaan, zakat, hibah, amanah, pewarisan, wakaf, masjid, surau dan kesalahan berkaitan „offences against precept of Islam‟ sebagaimana yang terkandung dalam Enekmen Kesalahan Jenayah Syariah sekarang. Ia hanya mengandungi 3 seksyen sahaja. Seksyen 2 adalah yang terpenting iaitu menetapkan hukuman maksima penjara 3 tahun, denda RM5,000.00, dan 6 sebatan (356) dan telah berkuatkuasa selama 32 tahun sejak tahun 1984, sedangkan kebanyakan hukuman lain di Mahkamah Sivil di bawah Kanun Keseksaan dalam kesalahan jenayah, telah ditingkatkan berulang kali.

Autonomi Lebih Luas Kepada Negeri Untuk Mencegah Maksiat dan Salahlaku Syariah

Jika pindaan Akta 355 diluluskan di Parlimen, ia tidak meningkatkan kadar hukuman secara automatik sebaliknya Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu meluluskan tahap hukuman bagi setiap kesalahan dalam Enakmen-enakmen Syariah yang sedang berkuatkuasa di negeri tersebut terlebih dahulu. Peluang untuk berbahas mengenai kadar hukuman yang munasabah masih terbuka di peringkat DUN. Selain daripada kesalahan-kesalahan di dalam Enakmen Jenayah Syariah, kesalahankesalahan lain yang berkaitan kekeluargaan seperti kahwin lari, poligami tanpa kebenaran, tidak bayar nafkah, melarikan anak dara dari jagaan dsbnya masih tidak berubah. Rujuk: 1. Contoh-contoh Kesalahan Jenayah Syariah 2. Pindaan Akta 355 Tidak Membabitkan Kesalahan Kekeluargaan (W.P.) Akta 303.

Akta 355 ini tidak memperuntukkan sebarang undang-undang hudud “capital punishment”. Pilihan untuk menaikkan kadar hukuman kepada kadar yang lebih tinggi adalah terpulang kepada negeri-negeri untuk memastikan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang. Akta 355 tidak menyentuh bidang kuasa mahkamah sivil untuk membicarakan kes-kes jenayah di bawah Kanun Keseksaan.

pindaanAkta355-usahamurniPindaan Akta 355 adalah bertujuan meningkatkan hukuman bagi memperkasakan Mahkamah Syariah dalam pengawalan moral yang sekarang ini berhadapan dengan gejala sosial yang amat serius. Jika hukuman terhadap kesalahan persetubuhan luar tabii dengan haiwan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan maka hukuman “3,5,6” untuk kesalahan terhadap manusia adalah terlalu ringan. Adakah kita ingin biarkan undang-undang sedia ada melindungi kehormatan binatang lebih daripada kehormatan manusia? Haruskah hukuman menyetubuhi haiwan adalah lebih tinggi dan menggerunkan berbanding meliwat manusia?!

Berkenaan dengan isu kesamarataan, tidak timbul isu kesamarataan seperti yang disebutkan dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan kerana kesamaratan tersebut hanya merujuk kepada “genre” yang sama, sebagai contoh, Islam dan bukan Islam adalah bukan kategori atau genre yang sama tetapi kategori yang sama ialah hukuman yang berlainan kepada dua kumpulan orang Islam.

Pindaan Akta 355 ini telahpun dicadangkan oleh JAKIM sejak hampir 10 tahun yang lalu, namun, oleh kerana kekangan birokrasi menjadi faktor kelambatan, ia lebih mudah dibentangkan secara persendirian.

Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM)

Kenali Tokoh-tokoh LIBERAL Indonesia

(Karim’s Blog) – Alhamdulillah, Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi telah pun mengumumkan bahawa tokoh Liberal-Plural Indonesia telah tidak dibenarkan masuk ke Tanah Air kita (NTL – not-to-land). Inilah yang disebut “sadduz zara’i”. Kita sekat punca ancaman yang boleh membawa ajaran sesat liberal-plural dari negara jiran ke Malaysia.

Walaupun di Tanah Air kita sendiripun sudah ada tokoh-tokoh liberal belaan Barat. Namun usaha untuk menyekat jaringan seperti ini terus dibina wajar diambil.

Namun, kita mesti kenal ramai lagi tokoh-tokoh liberal dari Indonesia yang patut juga kita sekat mereka dari membawa ajaran sesat mereka kepada masyarakat kita.

Berikut adalah di antara tokoh yang sempat saya kumpulkan dalam bentuk grafik. Moga ada manfaatnya apabila kita betul-betul kenali mereka serta fahami jaringannya.

Liberal-GusDur.

Liberal-Syafii Maarif.

Liberal-Goenawan-UlilAbsar

.

Liberal-SitiMusdah

.

Dan ramai dari mereka menjadi penyumbang utama dalam menyiapkan rencana JAHAT Rand Corporation dalam perancangan membina jaringan Muslim Moderat untuk menjatuhkan kerajaan-kerajaan Islam di dunia. (Apakah nama Gerakan Muslim Moderat GMM di Malaysia itu satu kebetulan atau sememangnya sebagai pelaksana rancangan JAHAT Rand Corporation?)

Jaringan Liberal RAND1

Kenyataan Media MUAFAKAT: Khalid Samad Jangan Bebal dan Terus Degil Dengan Kebiadapan

kenyataan akhbar-Muafakat-Sultan murka-17Jul2014

Kenyataan Media MUAFAKAT

Khalid Samad Jangan Bebal Dan Terus Degil Dengan Kebiadabannya

 

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) ingin menjunjung titah dan merafak sembah ucapan tahniah serta berterima kasih yang tidak terhingga kepada DYMM Sultan Selangor di atas ketegasan Baginda berkenaan perihal kesucian Agama Islam di dalam negeri Selangor. Sebagai hamba Allah dan rakyat kepada DYMM Sultan, pihak kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan kekuatan serta kesungguhan kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor bertitah dan menyatakan rasa murka Baginda kepada kebiadaban Ahli Parlimen Shah Alam yang bukan hanya membiarkan dirinya menjadi alat golongan tertentu, malah mengungkapkan di dalam bahasa golongan anarkisme Islamofobia.

Kebiadaban Khalid Samad kepada institusi Raja dan Agama Negeri di bawah Baginda, amatlah jijik. Sebagai seorang Islam yang menjunjung perintah Allah untuk bertaat kepada Allah, Rasul dan Ulil Amri, perbuatan Khalid Samad yang dikaitkan dengan kumpulan Suara Islam semasa belajar di UK dahulu memang tidak boleh ditolakansur.

Justeru, MUAFAKAT merafak sembah sokongan padu kepada titah murka DYMM Sultan ke atas Khalid Samad. MUAFAKAT memberi ingatan kepada Khalid Samad supaya menghilangkan segera kebebalan, dan kebiadaban ke atas institusi Agama negeri dan Sultan yang bertanggungjawab ke atasnya.

Titah murka DYMM Sultan Selangor ini perlu diambil serius oleh semua pihak. Adalah menjadi tanggungjawab keagamaan setiap Muslim mempertahankan institusi ini selagi mana institusi ini meletakkan Agama Islam di tempat yang sepatutnya yakni pada kedudukan paling berdaulat di dalam negara.

Kami juga mendesak Kerajaan Negeri Selangor mengambil tindakan undang-undang ke atas Khalid Samad di atas kata-kata kebiadabannya di bawah mana-mana peruntukan yang berkaitan Enakmen Negeri Selangor. Sementara itu PAS juga perlu memberi surat tunjuk sebab dengan segera kenapa beliau tidak boleh dipecat, memandangkan perbuatan keji beliau mempersoalkan kewibawaan Tuanku Sultan Selangor dan MAIS sebagai penjaga dan pemelihara Agama Islam, adalah mencerminkan pemikiran songsang Agama dan kejahilan kepada Undang-undang Tubuh Negeri dan demi menjaga imej PAS sebagai sebuah parti yang mempertahankan kedaulatan institusi Raja dan Undang-undang Tubuh Negeri.

Daulat Tuanku!

Bersama Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Negara  

Ismail Mina Ahmad

Presiden

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)

19 Ramadhan 1435 bersamaan 17 Julai 2014

Sumber: Karim’s Blog

RUU Harmoni Bakal Berkubur

logo pertahan raja

(Karim’s Blog) – Alhamdulillah, cadangan untuk membentang Rang Undang-undang Harmoni yang sedang dihebohkan dan galak dipromosikan oleh golongan Liberal di bawah dokongan Majlis Peguam bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 [Akta No. 15] dikatakan tidak akan terlaksana.

Khabar yang yang menyebut bahawa daulat institusi Majlis Raja-raja terlebih dahulu dapat menghidu niat jahat puak-puak Liberal ini yang mahu akhirnya menukarkan Tanah Air kita menjadi sebuah Republik melalui RUU ini sebagai permulaannya.

Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah SWT yang telah memberi kekuatan dan keberanian Duli-duli Raja-raja Melayu bagi mempertahankan kedaulatan Tanah Air kita.

Mestikah Orang Kristian Guna Nama Suci ALLAH?

(Karim’s Blog) – Apakah mesti puak-puak Kristian mengguna nama suci Allah dalam agama mereka? Apakah sememangnya Allah adalah salah satu nama yag mereka iktiraf sebagai nama Tuhan mereka?

buku-christian god names

Kenapakah nama suci Allah tidak dsenaraikan sebagai nama untuk Tuhan mereka dalam buku-buku yang ditulis oelh para paderi mereka sendiri?

Setakat tinjauan ringkas dari buku-buku yang dipesan, yang baru saya terima hari ini, tidak satu pun dari buku-buku tersebut menyebut Allah sebagai salah satu nama Tuhan orang Kristian.

Insha Allah dalam masa yang terdekat saya akan cuba dedahkan hasil penelitian lanjut buku-buku tersebut.

Kita lihatlah pembohongan yang tidak habis-habis oleh pengganas evangelis ini.

… udahlah bagi orang-orang kita yang tak sedar-sedar nak sokong para pengganas ini …

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan senang dengan kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (Agama Islam) itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (Al Baqarah: 120)

My Father’s Blogs

My father has 8blogs.

My father blogs are:

  1. MUAFAKAT Malaysia,

  2. Sulaimanian,

  3. Karim’s Blog,

  4. Traditional Islam Blog,

  5. AlamAkademik,

  6. Blog Tradisional Islam,

  7. Southern Illinois University Carbondale.

  8. Al-Masjid

The Sulaimanian blog is very popular.

It is about my father’s old school named Sultan Sulaiman Secondary School (Sek. Men. Kebangsaan Sultan Sulaiman) in Kuala Terengganu.

Alam Akademik is my grand mother’s book shop in Kuala Terengganu.

Southern Illinois University Carbondale was one of the universities that my father studied in USA.

I had been to Illinois in 2005 and 2006 but not to the university.

But I visited the Stanford University in Palo Alto, California.

Palo Alto is not far from San Francisco.


%d bloggers like this: