Dosa Pengganas Sulu Tidak Pernah Terpadam – Abu Bakar Omar

UTUSAN: MASIH segar dalam ingatan mayat anggota polis terapung di bawah rumah di Kampung Simunul, Semporna, lewat petang 3 Mac 2013. Kampung yang sesak dengan rumah papan dibina di atas air itu disambungkan dengan pelantar pejalan kaki yang juga diperbuat daripada papan.

Mayat berkenaan tidak mampu dikeluarkan oleh anggota pasukan keselamatan berikutan keadaan sekeliling yang masih berbahaya selepas sekumpulan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) diserang hendap ketika melakukan pemeriksaan terhadap pihak yang dipercayai ada kaitan dengan pengganas Sulu di kawasan itu pada pukul 7.30 malam, 2 Mac 2013.Anggota pasukan keselamatan tidak berjaya memasuki kawasan berkenaan yang sebelum itu diserbu oleh Allahyarham Superitendan Ibrahim Lebar yang mengetuai sepasukan anggota polis dalam misi menahan tali barut Agbimuddin Kiram, iaitu ketua pengganas Sulu yang mendakwa dirinya sebagai adik Jamalul Kiram III yang kononnya Sultan Sulu.Keadaan terlalu bahaya untuk anggota pasukan keselamatan memasuki kawasan itu bagi menarik keluar mayat anggota polis yang terbunuh dalam kejadian berbalas tembak dengan pengganas Sulu pada malam 2 Mac. Ini kerana dibimbangi masih ada saki-baki pengganas Sulu yang bersembunyi di dalam rumah atau bot di sekitar kawasan pertempuran berkenaan dan hanya menunggu masa untuk membunuh lebih ramai anggota pasukan keselamatan.Enam anggota polis gugur dalam kejadian itu. Ada antara mereka yang dibunuh dengan amat kejam, iaitu leher dipenggal, selain ada yang dicungkil biji mata.Hanya pada senja 3 Mac 2013, anggota pasukan keselamatan yang dikatakan terdiri daripada etnik Iban dalam Pasukan Gerakan Am (PGA), berjaya menyusup masuk ke kawasan pertempuran itu untuk membawa keluar mayat enam anggota polis yang terkorban. Kira-kira pukul 9 malam, Pangkalan Polis Marin yang tidak jauh dari Kampung Simunul diserang dengan sekurang-kurangnya tiga das tembakan oleh pengganas Sulu. Seluruh pekan Semporna bertukar menjadi amat sepi berikutan tiada sesiapa pun yang berani keluar.Maka bermula dari saat itulah, pasukan keselamatan mengambil tindakan memerangi pengganas Sulu yang sudah menyusup masuk ke Kampung Tanduo di Felda Sahabat, Lahad Datu sejak awal Februari 2013 dan memulakan keganasan dengan membunuh dua anggota polis komando VAT 69 pada pagi 1 Mac 2013.Ops Daulat yang dilancarkan selama kira-kira sebulan setengah mulai 5 Mac 2013 menyaksikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PDRM berperang dengan pengganas Sulu di Gugusan Labian sekitar Felda Sahabat.Bagi mengelakkan Agbimuddin Kiram ditahan atau terbunuh dalam pertempuran, pengganas Sulu yang mencerobohi Kampung Tanduo kerana mendakwa Sabah adalah wilayah di bawah jajahan takluk Kesultanan Sulu, dikatakan terpaksa melarikan beliau kembali ke selatan Filipina, dipercayai Tawi Tawi.Pengikut Agbimuddin Kiram yang taksub dengan pemimpin mereka dikatakan terpaksa mendayung sampan iaitu taktik terbaik untuk mengelak daripada dikesan oleh radar pasukan keselamatan yang sensitif terhadap haba enjin motor sangkut atau enjin bot.Seramai 63 pengganas Sulu berjaya dibunuh manakala lapan anggota PDRM dan dua anggota ATM gugur di medan pertempuran. Agbimuddin Kiram, 74, dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya di Barangay Tubig Indangan di pekan Siminul, Tawi-Tawi pada Januari 2015. Sebelum itu, abangnya, Jamalul Kiram III meninggal dunia kerana masalah jantung dan buah pinggang pada 20 Oktober 2013.Pencerobohan dan pembunuhan dilakukan pengganas Sulu yang sudah berlalu dua tahun lalu bukan setakat diratapi dan ditangisi oleh anggota keluarga 10 anggota pasukan keselamatan terbabit, terutama anggota polis yang dibunuh dengan kejam, malah rakyat Malaysia secara keseluruhannya.Kebiadaban pengganas Sulu mencerobohi Kampung Tanduo dan beberapa kampung lain di sekitar Gugusan Labian di Lahad Datu hingga memaksa ratusan penduduk kampung melarikan diri dan berlindung di dewan orang ramai adalah kepahitan yang amat sukar untuk ditelan oleh rakyat negara ini.Hingga saat ini, sudah pastilah anggota keluarga pasukan kese­lamatan yang terkorban itu tidak mampu dengan mudah melupakan kejadian berkenaan, apatah lagi untuk memaafkan pengganas Sulu atau pemimpin mereka.Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya ke atas roh Allahyarham Asisten Superintendan Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin Daud dari VAT 69 yang terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac 2013.Doa juga dipanjatkan untuk Allahyarham Superintendan Ibrahim Lebar, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Aziz Sarikun, Koperal Salam Togiran dan Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran yang gugur dalam medan perjuangan di Kampung Simunul pada 2 Mac 2013.Seorang lagi anggota polis yang terbunuh dalam pertempuran di Kampung Simunul ialah Asisten Superintendan Micheal Padel. Mayat keenam-enam pegawai dan anggota polis terbabit dijumpai dalam keadaan amat mengerikan.Al-Fatihah juga dihadiahkan kepada dua anggota tentera yang terbabit dalam Ops Daulat. Prebet Ahmad Hurairah Ismail gugur dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, di Felda Sahabat dan Prebet Ahmad Farhan Roslan pula terkorban dalam kemalangan jalan raya apabila trak yang dinaikinya terbalik di Chenderawasih, Felda Sahabat.Dalam keadaan luka yang tidak akan sembuh itu masih membusung dalam jiwa isteri dan anak-anak dan keseluruhan anggota keluarga 10 anggota pasukan keselamatan itu, tiba-tiba Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar boleh berinteraksi dan duduk semeja berbual dengan anak Jamalul Kiram III, iaitu Jacel H Kiram di Manila pada awal bulan ini.Nurul Izzah mendakwa tidak pernah kenal Jacel sebelum pertemuan itu dan Jacel ialah seorang daripada 15 tetamu yang dijemput penganjur program, iaitu Malis Hal Ehwal Filipina dan Institut Asia Untuk Demokrasi, Pejabat Datuk Bandar Manila dan Pejabat Naib Presiden Filipina.Beliau juga mendakwa mereka yang menghadiri program berkenaan bergambar dengannya sebagai tanda sokongan terhadap laporan Kumpulan Kerja Mengenai Penahanan Tanpa Bicara Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa agar Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan. Nurul Izzah mendakwa kesal atas kesedihan yang dialami anggota keluarga anggota pasukan negara yang terbunuh dalam pencerobohan pengganas Sulu.Sama ada secara sedar atau tidak, Nurul Izzah sememangnya telah melukakan hati kebanyakan rakyat Malaysia yang tidak mungkin boleh memaafkan dosa pengganas Sulu, termasuklah anggota keluarga Jamilul Kiram III.Tiada sesiapa pun di negara ini yang menyokong keganasan sebagai cara untuk mengatasi masalah. Tidak ada siapa pun rakyat Malaysia, khususnya rakyat Sabah yang menyokong tindakan pengikut Jamalul Kiram III memulakan perang ke atas Kerajaan Malaysia semata-mata kerana mendakwa Sabah adalah milik Kesultanan Sulu.Sekali imbas, aspek pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel boleh didakwa oleh Nurul Izzah sebagai tidak disengajakan kerana beliau hakikatnya menghadiri program untuk mendapatkan sokongan masyarakat antarabangsa untuk membebaskan bapanya. Namun demikian, sebagai ahli politik dan antara pemimpin PKR, Nurul Izzah harus lebih berhati-hati dengan siapa ingin ditemuinya di luar negara. Ini kerana jika beliau beranggapan pertemuan dengan Jacel tidak lebih sekadar pertemuan biasa sesama pemimpin politik, ia ternyata silap.Nurul Izzah tidak boleh bersahabat dengan Jacel kerana Jacel ialah antara pewaris kepemimpinan Jamalul Kiram yang bertanggungjawab atas pencerobohan Kampung Tanduo di Lahad Datu yang turut bererti mencabar dan menggugat kedaulatan Malaysia sebagai negara berdaulat.Jauh lebih penting daripada itu ialah Nurul Izzah telah melakukan kesilapan bertemu seorang wanita yang tidak pernah memadamkan hasrat anggota keluarganya menuntut Sabah sebagai wilayah Kesultanan Sulu. Hal ini amat berbahaya dari aspek keselamatan dan ketenteraman awam Sabah khasnya dan Malaysia amnya.Rakyat Malaysia, khususnya di Sabah tidak mahu lagi keselamatan dan ketenteraman awam di negeri di bawah bayu itu digugat oleh mana-mana pihak.PENULIS ialah pesara tentera berpangkat kolonel dan kini penulis bebas dalam aspek sosiokeselamatan dan hubungan antarabangsa.

EXCLUSIVE FROM LAHAD DATU: ‘My Comrades Were Slaughtered’

>>>Please click here for the video<<<

On March 11, 2013, I posted an article from the New Straits Times (NST) – LAHAD DATU: ‘I Saw His Face As He Fell’ about what NST wrote as “ANGER AND SADNESS: VAT 69 commandos relive the nightmare of seeing their comrades get killed”; please click here.

Today I want to share another article from NST about what happened during the Kampung Simunul incident.

Please read: List And Photos of Policemen Killed In Semporna Shooting.

As I wrote before the Sulu militants are so cruel that I was shocked reading how cruel they are.  

(NST) GUNFIGHT: Cop recounts the moment Sulu terrorists killed his colleagues in Kampung Simunul on March 2.

AS the main assaulters in the police raiding team outside the terrorists hideout were hit by  bullets, *Adam, *Amir and the other operatives behind them pulled back and dove for cover. The enemy had a clear field of fire and the police team was exposed.

Just seconds after the terrorists opened fire, the area where the terrorists were located exploded in a volley of fresh fire as more enemy combatants lit up the police assault team. The police laid down suppressive fire to give their men a chance to get behind cover.

Many leapt into the door-less houses that lined the walkway; these would be their foxholes for the next 24 hours, at least. Adam and Amir were among those who escaped the complex maze. They dialled up their combat net (command centre) and called for backup.

Recalling that moment, Adam said as he moved further from the house, turning his head every now and then, he saw the terrorists exit the house to pull his comrades who were lying in pools of their own blood outside the door, closer in.

“One of our men who was shot at the door retreated but fell into the water below. Somehow, he managed to call the operations centre.

“He was telling command about the ambush and that he had been shot. The terrorists must have heard him. We found his bullet-riddled body a few metres from where he fell,” Adam said.

This was the only time throughout our conversation that Adam was overcome with emotion.

“Then there was a lull in the fighting. I looked back and this was when I saw the terrorists striking my brothers with their barong (a knife resembling a cleaver used in the Philippines) repeatedly.

“They were already badly wounded. I did not hear any sound coming from them as they were being hacked,” the officer, not more than 30, said. He let his voice trail off until he was barely audible.

Heavy gunfire resumed, this time coming from all directions. *Musa, who was peering through the cracks with one eye cocked on the four men he had in custody in case they decided to jump him, was almost hit by two rounds that slammed through the window.

In less than a minute from when the first shot was fired, several terrorists began to advance and press on with their attack on the policemen.

The terrorists appeared to know the area well as they were believed to have entered the village about a week before.

Musa said as it was quite dark outside, he could not return fire for fear of hitting one of his own.

From where he was, he could see the atrocities that were being committed against his fallen comrades in the dimly-lit blue house.

His voice cracked as he told us: “If there is one thing I could erase from my memory, it is the sight of seeing my fellow brothers slaughtered by the terrorists.

“I saw one of my brothers, who had been shot and was barely alive, when one of the terrorists swung his barong at his neck. He was later shot in the mouth,” Musa said, his voice cracking.

This was the same time that Inspector Mohd Hasnal, who was kneeling on the walkway after being shot, was being attacked by a barong-wielding terrorist.

Although he could not fight back, Hasnal shielded himself from the blows with his arms. By then, his fingers and forearm were almost severed. His attacker had also managed to strike him on his head and back.

*Ahmad, from his position, saw the whole thing and lit Hasnal’s attacker up with his weapon. His trigger finger never relaxed as he fired off round after round, spent bullet casings coming out of his ejection port in a torrent of brass. He also killed another terrorist.

Ahmad unloaded an entire magazine clip on Hasnal’s attacker before the terrorist fell into the boat below. Police later found amulets around the terrorist’s waist. He and the rest of the terrorists did not have body armour or ballistic protection.

It was then that Hasnal got up to take cover. As luck would have it, he chose the path that led to the house Ahmad was in. Seeing him approach, Ahmad dived into the narrow corridor and pushed Hasnal into the house Musa was in.

Superintendent Ibrahim Lebar, who had just been shot a few metres away, was a few steps behind Hasnal. However, he came face to face with a terrorist who had turned into the corridor. The terrorist shot at him and attacked him with a barong.

Ahmad, who had heard the shot from inside the house, shot at the terrorist, who managed to run away.

Ibrahim died in the corridor.

Having seen the kind of butchers the Suluk terrorists were, Ahmad was determined to keep his superior’s body intact. He dragged his body in.

As the night fell silent

The next 24 hours was a living hell for Musa and the rest of the men trapped at the village. Although the night had became still since the final rounds were fired, they were hunkered down within the four walls of their concealed positions. They didn’t know whom they could trust.

With one hand on his weapon and pointing it at the four suspects, and the other trying to stem the flow of blood from Hasnal’s wounds, Musa’s eyes darted around the house. He didn’t know where the terrorists would breach his position, where they were going to come in from. They could come in through the kitchen door or the open window he was facing. He prayed hard for a rescue team to come soon.

“I had to urinate in my pants and a piece of cloth, because if the terrorists heard the sound of water dripping, we were all dead.

“Occasionally, I would wake Hasnal up to make sure he was still alive.”

Musa had found a water container that the occupants of the house had used to catch water leaking from the roof. It was full of unidentifiable particles and lizard droppings.

“I drank it and gave Hasnal some. That was the same water that I used to clean off the blood on his face.”

He said that while his phone battery had long died, he had to remove Hasnal’s phone battery as he was unsure of how to switch it off. He couldn’t risk the terrorists tracing them. The four suspects had been patted down before the ambush and had had their phones seized.

The rescue operation

The sound of the wooden walkway creaking at 5pm the next day jolted an exhausted Musa.

Heavy footsteps advancing towards him followed. He peeked through the cracks and saw scores of VAT 69 commandos in full tactical assault gear scouring the area. He grabbed the reflective vest he had hidden throughout the night and hung it by the window, to indicate his position to the rescuers.

Earlier, before his mission was launched, the entire team had agreed on a set of pro words, hand signals and gestures to convey information efficiently.

As agreed during the briefing at the headquarters, in case anything were to go wrong, Musa would lie still on his back.

This would enable the rescue team to immediately identify him as a friendly.

The commandos stormed into the house and as per procedure, he gave them a brief report. They then secured and took with them all the weapons in the room, including his.

“I somewhat felt like a prisoner when my weapon was taken away.

“Then, the commandos shouted ‘Secured!’ and said that they would come back for me,” he said.

Inspector Hasnal was immediately taken away by two of the commandos out of the hostile area. “It was the greatest relief for me when Hasnal was brought out alive.

“He had fought hard for his life and it was not in vain.”

Related post:

  1. Please read: Jamalul Kiram III Called For Ceasefire? Is This A Computer Game?

 

List And Photos of Policemen Killed In Semporna Shooting

Six Malaysian security forces were killed in an ambush during a police raid on a village on water at Kampung Simunul in Semporna, Sabah on Saturday evening.

(Please click here for their photos)

This brings the death toll of Malaysian policemen to seven with the two police commandos who were killed during Friday’s attack by Sulu militants near their hideout in Kampung Tanduo in Lahad Datu, about 130km from Semporna Friday.

Please read:

  1. List And Photos Of Policemen Killed And Injured In Lahad Datu

  2. In Photos: Our Lahad Datu Fallen Heroes

  3. Photos of Lahad Datu Shooting

  4. Lahad Datu Shooting: 2 Malaysian Police Killed, 3 Injured

The names of our fallen heroes and time of arrival of their remains as published in PDRM facebook are:

1. SP Ibrahim bin Lebar from Special Branch Bukit Aman
Time: 6.00 p.m.
Location: Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.

2. L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran from Batalion 14, PGA Tawau
Time: 6.00 p.m.
Location: Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.

3. ASP Micheal Padel ASP Micheal Padel from Special Branch IPD Semporna
Time: 5.30 p.m.
Location: Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuching

4. Sgt/D Baharin bin Hamit from Special Branch IPK Sabah
Time: 2.00 p.m.
Location: Lapangan Terbang Terminal 2, Kota Kinabalu

5. Sgt Abd Aziz bin Sarikun from PGA Batalion 14 Semporna, Sabah
Time : 10.00 a.m. (van jenazah)
Location: Semporna

6. Cpl/S Salam bin Togiran from IPD Tawau
Time: 10.30 a.m. (van jenazah)
Location: Batu 15, Tawau.

I am very sad and sorry for what had happened.

I would like to convey my sincere condolences to the familes of our fallen heroes.

Al-Fatihah to our Muslims heroes.

%d bloggers like this: