Aras Air Sungai Langat Pada Tahap Bahaya

Aras air Sungai Langat di Kajang, Daerah Hulu Langat berada pada tahap bahaya dengan tren menaik setakat pukul 6.30 petang ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran dengan menasihatkan penduduk berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

Malah jabatan tersebut juga mengeluarkan amaran bahaya melibatkan aras air Sungai Langat di Taman West Country dengan tren menaik.

“Dinasihatkan agar penduduk agar sentiasa waspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa,” kata kenyataan itu. –{Utusan Digital]

%d bloggers like this: