[Gambar] Menyuarakan Suara Hati Orang Muda dalam Pemikir Muda

29 11 2018

Saya sedang menjawab soalan yang dilontarkan oleh Uncle Talib.

Alhamdulillah, pengalaman menjadi salah seorang panel rancangan baru TV AlHijrah, “Sila Duduk Jangan Lari” dengan tajuk “Pemikir Muda” adalah amat berharga bagi saya.

Berkongsi pentas bersama Adi Putra, saya cuba menyuarakan pandangan tentang topik yang dibincangkan secara jujur dan matang.

Dan bersesuaian dengan nama program, hos Uncle Talib telah melontarkan beberapa soalan panas yang ‘agak sukar’ untuk dijawab.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada TV AlHijrah, dan penerbit program Hjh. Syafinaz Yunus, kerana sudi menjemput saya menjayakan program panas ini.

Di bawah adalah berberapa gambar semasa program semalam yang saya ambil daripada laman Facebook dan Instagram Sila Duduk Jangan Lari, dan juga Pertubuhan Kebajikan Sri Cemerlang.

InsyaAllah, rakaman penuh program akan saya postkan dalam masa terdekat.

Advertisements




ICERD: PERLUKAH? – Analisis TV AlHijrah

19 11 2018







%d bloggers like this: