Mengenang A. Karim Omar, Ayah Kesayanganku

5 07 2018

Hari ini genap seminggu ayahanda saya meninggalkan kami dan saya amat merinduinya.

Dilahirkan di Kuala Terengganu, Allahyarham Haji A. Karim bin Omar ialah seorang aktivis Islam yang tegar mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Bergerak dibawah NGO Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), ayahanda tersayang saya juga merupakan Felo Utama Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) dan Felo Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

Sejak tahun 2012, ayahanda saya sering dijemput untuk memberi penerangan tentang ancaman terhadap akidah umat dan kedaulatan Islam di negara ini.

Jadual kerja ayahanda saya amat padat dan seringkali ayahanda saya terpaksa memandu ke seluruh negara dan meninggalkan rumah selama berminggu lamanya.

Jika tidak berceramah di seluruh negara, Allahyarham menghabiskan masanya dengan membuat penyelidikan khasnya di bidang Missiologi, berbincang dengan sahabat-sahabat atau berada di mejanya untuk menulis artikel di blognya.

Bila ada kelapangan, ayahanda saya juga amat gemar menjemput sahabat handai dan kenalan untuk menjamu selera di rumah kami.

Pemergian tiba-tiba ayahanda saya pada jam 8 pagi 14hb Syawal 1439, bersamaan 28hb Jun 2018, amat mengejutkan kami sekeluarga kerana beliau tidak menghidapi apa-apa penyakit sebelumnya.

Namun, saya, ibu dan ketiga-tiga kakak saya redha dengan ketentuan Allah, lebih-lebih lagi ayahanda kami pergi dalam  keadaan yang tenang, mudah, dan selesa.

Saya sebagai anak lelaki Allahyarham, mewakili ibu dan ketiga-tiga kakak saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua sahabat dan kenalan ayahanda yang telah bergegas ke Masjid As-Sobirin, Taman Melawati untuk menunaikan solat jenazah dan seterusnya ke Tanah Perkuburan AU4/Masjid As-Sobirin.

Begitu juga kepada mereka yang tidak pernah berjumpa atau mengenali Allahyarham secara peribadi; tetapi hanya pernah mendengar pencerahannya atau membaca karya tulisannya tetapi telah bersusah payah datang dari jauh untuk bersama kami.

Semoga roh Allahyarham ayahanda saya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T. dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh, amin.

Al-Fatihah.

Advertisements




A. Karim Omar, Ayah Kesayangan Saya Meninggal Dunia

29 06 2018

Gambar di ambil pada 12:13PM, 17hb April 2018, di Ibupejabat Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Pekan, Pahang.

Innalillahiwainnalilaihiraajiun,

Dukacita dimaklumkan bawa ayahanda tersayang saya, Haji A. Karim bin Omar telah kembali ke rahmatullah semalam, pada pukul 8 pagi.

Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang pada hari Khamis, akibat tekanan darah yang terlalu rendah.

Tahlil akan diadakan selama tiga malam di rumah kami di Ampang.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T., amin.

Al-Fatihah


Innalillahiwainnalilaihiraajiun,

With deep sorrow and sadness I would like to inform that my beloved father, Haji A. Karim bin Omar, had passed away yesterday morning at about 8AM.

He passed away peacefully at the Ampang Hospital on Thursday, due to low blood pressure.

Tahlil will be held on the 28th, 29th, and 30th of June, at our house in Ampang.

May Allah S.W.T. bless his soul, amin.

Al-Fatihah








%d bloggers like this: