Peja Ditolak, Bagaimana Kedudukan Muhyiddin?

Baca versi ْJawi di sini.

Hari ini, Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah kalah dalam undi percaya di Dewan Undangan Negeri Perak.

Dalam situasi politik yang genting pada saat ini, PPBM menerima tamparan hebat apabila Dewan Undangan Negeri Perak menolak MB yang merupakan pemimpin kanan parti itu.

Untuk rekod, Ahmad Faizal Azumu ialah Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Daripada 33 ADUN kerajaan daripada Perikatan Nasional (PN) dan UMNO, hanya sepuluh ADUN menyokong beliau.

DUN Perak mempunyai 59 ADUN, namun hanya 48 ADUN yang hadir manakala 11 ADUN tidak hadir semasa undian tadi.

Apakah kejadian di Perak ini memberi gambaran terhadap tahap sokongan blok kerajaan kepada PPBM di peringkat persekutuan?

Perikatan Nasional sebagai sebuah gabungan politik tidak mempunyai majoriti di Dewan Rakyat, namun disokong oleh Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Parti Bersatu Sabah serta seorang Ahli Parlimen Bebas untuk membentuk kerajaan.

Namun, terdapat pergeseran secara terbuka di antara pemimpin PPBM dan parti yang menyokong PN; sehinggakan Ahli Parlimen kerajaan sendiri menuntut Tan Sri Muhyiddin Yassin membuktikan beliau kini masih mempunyai sokongan majoriti.

Pada ketika ini, kerajaan mempunyai 111 Ahli Parlimen (dengan sokongan seorang MP Bebas), manakala pembangkang mempunyai 108 Ahli Parlimen.

Persoalan yang sering dibangkitkan oleh pembangkang adalah, adakah kesemua 111 Ahli Parlimen kerajaan tersebut masih menyokong Muhyiddin pada ketika ini?

Peristiwa di Perak telah menunjukkan bahawa ADUN kerajaan sendiri tidak lagi bersama kepimpinan di bawah Timbalan Presiden PPBM.

Namun, walaupun kalah, Ahmad Faizal telah membuktikan bahawa beliau berani dan bersedia menghadapi undi percaya.

Persoalannya, adakah Dewan Rakyat akan mengadakan undi percaya dan undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin?

MB Perak, Ahmad Faizal Azumu Kalah Undi Percaya

Baca versi Jawi di sini.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul undi percaya yang berlangsung pada Jumaat.

Sebanyak 48 undi tidak menyokong usul berkenaan dan hanya 10 yang menyokong manakala terdapat satu undi rosak atau berkecuali.

Terdahulu, menerusi surat bertarikh 18 November, ADUN Pengkalan Baharu, Datuk Abd Manaf Hashim berkata Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderiang daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mempunyai keyakinan majoriti Ahli Yang Berhormat DUN.

Untuk rekod, bagi sesuatu usul untuk mendapat majoriti mudah, ia memerlukan sekurang-kurangnya sokongan daripada 30 ADUN.

Perak mempunyai 59 ADUN yang terdiri daripada Barisan Nasional 25, PPBM 5, Pas 3, DAP 16, PKR 3, PAN 5, GERAKAN 1 dan Bebas 1.

%d bloggers like this: