(Gambar) Sultan Johor Tandatangan Watikah Bubar DUN Johor

[ baca versi jawi di sini ]

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Sila baca: DUN Johor Dibubarkan

Terdahulu, Baginda Tuanku Sultan berkenan menerima mengadap Menteri Besar, Dato’ Hasni Mohammad pada jam 5 petang di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada hari ini (22 Januari).

Berangkat sama, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Pada pertemuan bersama Baginda Tuanku Sultan, Dato’ Hasni turut diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato’ Azmi Rohani yang kemudian mempersembahkan watikah pembubaran Dewan Negeri Johor.

Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 bahawa Dewan Negeri Johor Darul Ta’zim yang Ke-14 termansuh pada 22 Januari 2022. -{Istana Johor]

SAH: DUN Johor Dibubarkan

[ baca versi jawi di sini ]

Dewan Undangan Negeri Johor telah dibubarkan. Berita ini telah diumumkan oleh Menteri Besarnya, Dato’ Hasni Mohammad sebentar tadi setelah mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Baginda telah menerima mengadap Dato’ Hasni pada jam 5 petang tadi di Istana Bukit Serene, setelah ketua-ketua UMNO bahagian di negeri Johor telah bersetuju untuk membubarkan DUN tersebut.

Sila lihat: (Gambar) Sultan Johor Tandatangan Watikah Bubar DUN Johor

Seperti di Melaka, akhirnya pergolakan politik Johor akan diselesaikan dengan mengembalikan hak kepada pengundi bagi menentukan kerajaan negeri.

Langkah ini amat perlu untuk memastikan kerajaan negeri Johor dapat berfungsi dengan baik bagi membela nasib rakyat.

Kedudukan gabungan kerajaan negeri berada dalam keadaan bagai telur di hujung tanduk dengan majoriti hanya satu kerusi berikutan kematian ADUN Kempas daripada PPBM, Allahyarham Osman Sapian baru-baru ini.

Keadaan bertambah buruk akibat pergolakan di antara parti-parti yang membentuk kerajaan negeri Johor baik di peringkat negeri mahupun pusat.

Mengikut perlembagaan, selepas DUN dibubarkan sebuah pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.

UMNO Johor Setuju Untuk Bubar DUN

[ baca versi jawi di sini ]

Berita terkini:
SAH: DUN Johor Dibubarkan

Menteri Besar Johor, Dato’ Hasni Mohammad telah mengumumkan bahawa ketua-ketua UMNO bahagian Johor telah bersetuju untuk Dewan Undangan Negeri Johor dibubarkan.

Hal itu hanya perlu mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar apabila Baginda akan menerima mengadap Dato’ Hasni jam 5 petang ini.

Seperti di Melaka, pergolakan politik Johor dijangka akan diselesaikan dengan mengembalikan hak kepada pengundi untuk menentukan kerajaan negeri.

Langkah ini dilihat amat perlu bagi memastikan kerajaan negeri Johor dapat berfungsi dengan baik bagi membela nasib rakyat.

Kedudukan gabungan kerajaan negeri berada dalam keadaan bagai telur di hujung tanduk dengan majoriti hanya satu kerusi berikutan kematian ADUN Kempas daripada PPBM, Allahyarham Osman Sapian baru-baru ini.

Keadaan bertambah buruk akibat pergolakan di antara parti-parti yang membentuk kerajaan negeri Johor baik di peringkat negeri mahupun pusat.

Untuk rekod, mengikut perlembagaan negeri, selepas DUN dibubarkan sebuah pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.

DUN Johor Bubar Selepas Jumaat?

Keadaan politik di Johor semakin hangat dan Dewan Undangan Negeri tersebut dijangka akan dibubar dalam masa terdekat.

Pilihan Raya Negeri yang dijangka menyusul akan menetapkan semula kedudukan kerajaan dan pembangkang di negeri harimau selatan itu, selepas hal yang sama berjaya dijalankan di Sabah, Melaka dan Sarawak.

Utusan Malaysia melaporkan bahawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim dijangka akan mengambil berkat hari Jumaat sebagai pilihan untuk membubar Dewan Undangan Negeri Johor.

Menurut sumber Utusan, pembubaran tersebut akan diadakan sama ada hari ini ataupun minggu hadapan, bergantung pada perkenan Tuanku.

Politik Johor dilihat mula bergolak setelah pemergian bekas Menteri Besarnya, Allahyarham Osman Sapian. Sebagai ADUN Kempas, beliau telah mengikat gabungan kerajaan pada majoriti dua kerusi.

Namun begitu, selepas pemergiannya ambang majoriti tersebut telah berkurang kepada satu sahaja, dan membuka kepada pertukaran semula kerajaan.

Sultan Ibrahim pernah tegas bertitah bahawa sekiranya berlaku pertelingkahan dalam Dewan, maka Baginda akan bertindak membubarnya.

Oleh kerana ura-ura telah bersebar berkenaan hal tersebut, ramai yang menjangkakan ini untuk berlaku dalam masa terdekat.

%d bloggers like this: