MCA Beri Laluan Kepada UMNO Di PRK Tanjung Piai?

Apakah benar Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon dari UMNO dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P165 Tanjung Piai?

Desas-desus ini semakin kencang selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa kerusi P165 Tanjung Piai mungkin akan ditandingi calon daripada UMNO.

Utusan Online melaporkan beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas merasmikan Konvensyen UMNO Johor 2019 yang diadakan di Hotel Trove, di sini sebentar tadi.

“MCA perlu berlapang dada, sepertimana MIC berlapang dada di Parlimen Cameron Highlands”.
“Kita tidak menolak sebarang kemungkinan, apa yang paling penting adalah untuk mengalahkan Pakatan Harapan (PH) dan memenangkan BN,” katanya.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (Utusan Online)

Ramai pemerhati politik meramalkan peluang BN untuk memenangi PRK ini lebih besar sekiranya BN meletakkan calon dari UMNO memandangkan hampir 57 peratus daripada pengundi Parlimen Tanjung Piai ialah orang Melayu.

Perkara ini menjadi lebih penting kerana BN akan menentang calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang sudah tentunya orang Melayu.

Dalam PRU14, di Johor ramai calon PPBM telah berjaya mendapat sokongan daripada mereka yang dahulunya menyokong UMNO; dan dengan pertolongan PPBM, kubu kuat UMNO di Johor telah berjaya diruntuhkan.

Tambahan pula, realitinya sokongan pengundi Cina kepada calon MCA di dalam PRU14 adalah amat rendah di seluruh negara termasuk di Johor dan MCA kalah hampir di kesemua kerusi tradisinya.

Namun, persoalannya sekarang, apakah MCA sanggup berlapang dada melepaskan kerusi tradisinya, sepertimana MIC berlapang dada ketika PRK Parlimen Cameron Highlands dahulu?

KJ Sah Bertanding Jawatan Presiden UMNO

(UTUSAN ONLINE) – KUALA LUMPUR 17 Jun – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sah bertanding jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan UMNO kali ini.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Ahli Parlimen Rembau itu telah memuat naik gambar borang pencalonannya bagi jawatan Presiden.

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Bismillahirrahmanirahim, ” katanya menerusi kapsyen gambar tersebut.

Difahamkan, Khairy akan mengeluarkan kenyataannya berhubung perkara tersebut dalam masa terdekat.

Pengesahan tersebut menyaksikan jawatan Presiden UMNO setakat ini bakal ditandingi oleh tiga individu.

Semalam, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah turut mengesahkan bertanding bagi jawatan Presiden UMNO.

Turut mengumumkan untuk bertanding jawatan tersebut sebelum ini ialah, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan blogger Rahmat Azim Abdul Aziz.

Hari ini ini merupakan tarikh akhir penghantaran nama pencalonan bagi bertanding dalam pemilihan UMNO kali ini dan masa penghantaran borang sama ada menerusi kaunter ataupun dalam talian ditutup pukul 5.00 petang ini.

Related Articles:

  1. Mengapakah Tun M Pilih KJ?
  2. KJ Gagal Jiwai Asas Perjuangan UMNO?
  3. Khairy, A Trojan Horse?

KJ Bertanding Presiden UMNO?

(UTUSAN) – KUALA LUMPUR 17 Jun – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang sebelum ini mahu bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, dijangka mengumumkan hasrat bertanding bagi jawatan Presiden UMNO, hari ini.

Menurut sumber, Ahli Parlimen Rembau itu akan mengemukakan pencalonannya hari ini yang merupakan tarikh akhir untuk berbuat demikian bagi bertanding dalam pemilihan UMNO 2018.

Difahamkan, Khairy akan membuat kenyataan pada hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah turut mengesahkan bertanding bagi jawatan Presiden UMNO.

Turut mengumumkan untuk bertanding jawatan tersebut sebelum ini ialah Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu menurut laman web UMNO Online, Ibu Pejabat UMNO telah membuka kaunter khas hari ini bagi memudahkan ahli-ahli UMNO yang berhasrat untuk bertanding dapat menghantarnya secara terus.

Kaunter penghantaran borang ini dibuka bermula pukul 8 pagi dan akan ditutup pukul 5 petang ini iaitu serentak dengan tamatnya masa penghantaran borang pencalonan untuk pemilihan UMNO.

Related Articles:

  1. Mengapakah Tun M Pilih KJ?
  2. KJ Gagal Jiwai Asas Perjuangan UMNO?
  3. Khairy, A Trojan Horse?

Tun M, Janganlah Menghina Nabi S.A.W.

Saya terkejut dan merasa amat sedih dan kecewa membaca kenyataan Dr Mahathir (Tun M) seperti yang disiarkan oleh MalaysiaKini di bawah tajuk, “Dr M: Nabi tak ada RM2.6b, 1MDB”.

Mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini kenyataan mengaitkan Najib dengan kehendak Allah serta sikap walak, Dr Mahathir (Tun M) berkata ia seolah-olah menyamakan perdana menteri dengan nabi. – MalaysiaKini

(Sila rujuk minit ke 16:45 dalam video diatas)

Seterusnya MalaysiaKini melaporkan Tun M berkata:

“Tetapi nabi tak ada RM2.6 bilion dalam akaun dia, juga (tak ada) 1MDB,” katanya disambut ketawa orang ramai. – MalaysiaKini.

Dalam laporan sama MalaysiaKini menulis Tun M membuat kenyataan di atas semasa menghadiri Konvensyen Tahunan DAP, sebagai mengulas kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Perhimpunan Agung UMNO.

MalaysiaKini melaporkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai berkata:

“Takdir Allah SWT mengkehendakinya begitu (Najib menjadi presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia)”. – MalaysiaKini

Kemudian, Datuk Rizal Mansor telah menulis di dalam Facebooknya:

mahathir-perlekeh-nabi-muhammad

Marah dengan kenyataan di atas, Tan Sri Zainuddin Maidin telah menjawab kenyataan Datuk Rizal Mansor di blog beliau.

zam-rizal-mansor-mempertikai

Komen saya:

  1. Janganlah terlalu berpolitik sampai tidak takut pada Allah S.W.T. dan bercakap sesuka hati, lebih- lebih lagi perkara yang berkait dengan akidah.
  2. TPM tidak menyamakan PM Najib dengan Nabi S.A.W. tetapi itu hanyalah tuduhan dan rekaan Tun M.
  3. Kenapa sampai Tun M sanggup mengaitkan Nabi S.A.W. dalam hal ini?
  4. Bukankah apa yang dikatakan oleh TPM itu adalah betul, kerana sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa apa sajaja yang berlaku di dunia ini ditentukan oleh Allah S.W.T.?
  5. Bukankah dengan mengatakan, “Tetapi nabi tak ada RM2.6 bilion dalam akaun dia, juga (tak ada) 1MDB,” itu menghina Rasulullah S.A.W., lebih teruk lagi bila ianya disambut ketawa orang ramai?
  6. Sebagai sahabat Tun M, Tan Sri Zainuddin Maidin sepatutnya menasihat dan menegur Tun M dan bukannya memperbetulkan yang salah.
  7. Saya tidak faham bagaimana Tan Sri Zainuddin Maidin sanggup menulis bahawa, “Rizal percaya bahawa Nabi mempunyai akaun sebenar RM 2.6 Billion, dan mengatakan Nabi tak ada akaun sebesar itu adalah memperlekeh Nabi”, seolah-olah Nabi S.A.W. boleh dipermain-mainkan sesuka hati.
  8. Saya bersetuju apabila Rizal menyebut bahawa Tun M memperlekehkan Nabi kerana Tun M mengaitkan kedudukan PM Najib dengan Nabi S.A.W. dan mengatakan bahawa Nabi tidak ada akaun sebesar 2.6 billion dan 1MDB.
  9. Semoga Tun M sedar akan ketelanjurannya.

Related Post:

Jamaluddin Jarjis Killed In Helicopter Crash

NST– KUALA LUMPUR: Fire and Rescue Department has found all six bodies of the ill-fated helicopter crash at Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih near here.

Home Minister Datuk Seri Zahid Hamidi said it will take another hour for the rescue personnel to retrieve the bodies out of the crash site.

All the bodies will be taken to HKL for identification, he said in a press conference at the crash site.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak is also expected to go the crash site.

The helicopter, which was flying to Subang from Kuantan, crashed at 4.55pm today.

It was believed that the helicopter exploded mid-air before it crashed to the ground.

Defence Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein confirmed Rompin Member of Parliament Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis was one of the passengers on board the helicopter.

Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi confirmed that Jamaluddin was on board the helicopter which was enroute from Kuantan to Subang.

Meanwhile The Star reported that the five others who were on board were Kedah businessman Datuk Robert Tan, Datuk Seri Azlin Alias, the Private Secretary at the Prime Minister’s Office, a person by the name of Ajdiana Baiziera, pilot Capt Cliff Fournier and bodyguard Mohd Raskan Seran, 32.

%d bloggers like this: