UMNO Johor Saran Kabinet Baru Bersih, Berintegriti dan Bebas Rasuah

UMNO Negeri Johor mencadangkan agar lantikan jemaah menteri yang bakal dibuat dalam masa terdekat dilakukan secara profesional dengan memilih individu bersih, berkualiti, serta berintegriti.

Menurut Bendahari UMNO Johor, Datuk Md Jais Sarday, kabinet baharu di bawah Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak seharusnya dilihat sebagai kabinet Melayu sahaja, dan menteri-menteri haruslah mempunyai nama yang bersih bagi menjaga imej negara.

“Ahli Parlimen yang menghadapi tuduhan mahkamah tidak boleh menjadi sebahagian daripada kabinet baru kerana ia membabitkan soal kepercayaan dan integriti.”

Kata Md Jais, dengan perkembangan mutakhir politik negara, ia adalah harapan terakhir kerajaan untuk melantik individu yang dapat mengubah ekonomi dan membantu meringankan beban rakyat, seperti yang berlaku sebelum ini.

“Tan Sri Muhyiddin juga diharapkan tidak melantik Ahli Parlimen yang mempunyai latar belakang tercemar untuk menjadi sebahagian dalam kabinet baharu yang bakal dibentuk.

“Namun, ada cara lain untuk memberi ganjaran kepada mereka yang setia termasuk memberi kedudukan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya di dalam sebuah kenyataan yang dilapor oleh akhbar Harian Metro hari ini.

Beliau juga yakin bahawa Menteri Besar Johor ke-18, Datuk Hasni Mohammad, akan melantik barisan Exco secara profesional termasuk wakil masyarakat Cina dan India dalam kepimpinannya.

“Saya percaya beliau (Hasni) seorang pemimpin berpengalaman, dapat melakukan yang terbaik untuk memperbaiki ekonomi negeri dan membantu rakyat,” katanya.

Kongres Rapat 18 – Pengalaman Pertama Membentang Usul

Gambar bersama peserta-peserta Kongres Rapat 18 berlatarbelakangkan Deklarasi Kongres Rapat 18

Tahniah kepada penganjur Rapat 18 dan kepada mereka yang telah bertungkus lumus menjayakan kongres hebat ini!

Kongres selama sehari ini, iaitu dari pukul 9 pagi hingga 5 petang telah berlangsung di CIMB Leadership Academy, Iskandar Puteri, Johor pada hari Sabtu, 21hb September 2019.

Kongres Rapat 18 ialah satu pentas untuk anak muda Johor menyuarakan suara hati mereka tentang pelbagai isu penting dalam usaha untuk memperkasakan anak muda Johor.

Alhamdulillah, saya berpeluang menghadiri kongres tersebut di atas jemputan penganjur Sekretariat Gerakan Rapat 18 , walaupun syarat penyertaaan meletakkan peserta harus berumur di antara 18 hingga 35 tahun.

Kongres ini telah memberikan saya pengalaman baru yang amat berharga lebih-lebih lagi pada usia 16 tahun dan merupakan peserta termuda, untuk menimba ilmu daripada mereka yang sangat berpengalaman dalam gerakan belia di negeri Johor.

Isu-isu yang dikupas dalam kongres ini dibahagikan kepada 12 kokus iaitu Pendidikan & Kerjaya, Kesihatan & Alam Sekitar, Agama & Perpaduan, Belia & Mahasiswa, Sains & Teknologi, Felda & Luar Bandar, Wanita & Kebudayaan, Pengangkutan & Infrastruktur, Usahawan & Ekonomi, Perumahan Belia, Gaya Hidup dan Keselamatan & Jenayah.

Saya berkesempatan membentangkan dua usul, usul pertama saya ialah Pembinaan Sahsiah dan Jati Diri Belia untuk kokus Belia & Mahasiswa dan kedua, Pembudayaan Ilmu Dalam Kalangan Belia untuk kokus Gaya Hidup.

Kedua-dua usul tersebut merupakan isu-isu yang bagi saya, sangat penting dalam usaha memperkasakan belia dan ianya merupakan isu yang sering saya ketengahkan di dalam tulisan-tulisan saya, khasnya di kolum mingguan saya di Utusan Online.

Pada mulanya agak sukar untuk saya menyampaikan usul kerana saya tidak betul-betul faham akan format pembentangan usul di kongres tersebut, tambahan pula ada di antara hujah yang ingin saya utarakan telah diketengahkan oleh pembentang lain.

Alhamdulillah, usul kedua saya disokong oleh majoriti ahli Kongres Rapat 18, namun usul pertama saya ditolak dan tidak berjaya dimasukkan ke dalam deklarasi kongres tersebut.

Saya juga tidak mahu melepaskan peluang daripada mengambil bahagian dalam membahaskan beberapa usul yang telah dibawa.

Pengalaman membentang dan membahaskan usul di dalam sebuah kongres di mana ramai daripada pencadang dan pembahas usul adalah terdiri daripada golongan profesional yang berpengalaman telah banyak mengajar saya tentang ilmu berhujah di pentas terbuka.

Menulis dan berhujah adalah dua bidang yang sangat berbeza dan ianya memerlukan pendekatan dan kepakaran yang berlainan untuk menyampaikan apa yang ingin kita hujahkan; apa lagi apabila isu yang kita bentangkan akan dibahas dan diasak oleh pembahas yang menentang usul yang ingin kita ketengahkan.

Penyertaan saya di dalam kongres yang disertai belia yang lebih senior, lebih hebat dan jauh lebih berpengalaman telah mengajar saya banyak perkara penting termasuk menjadi lebih berani, matang, tahan lasak, tangkas berfikir dan kreatif dalam berhujah.

Saya tertarik dengan kata-kata moderator abang Jazlie Jabarudin sebelum menutup program bahawa usul yang ditolak tidak semestinya tidak baik, ini ialah satu realiti demokrasi yang mesti kita terima.

Dan yang lebih bermakna dan mengembirakan saya ialah kesempatan bertemu dengan mereka yang sangat saya sayangi, Aunty Fiza, Uncle Datuk Md Jais Sarday, Abang Syafiq dan juga Pak Cik Man.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput saya dan saya sangat bangga menjadi sebahagian daripada peserta Rapat 18; dan saya yakin begitu juga kakak saya Aeshah Adlina yang turut sama menyertai kongres ini.

Sila tekan gambar di bawah untuk membesarkannya.

My Highlights of 2017

With the arrival of the new year of 2018, I’m writing a post dedicated to 2017, listing out some of the things that happened around me in the previous year.

1. A surprise letter from Tun M, the former Prime Minister of Malaysia

On the 12th of January, I received a letter from Tun Dr. Mahathir, replying to my article,“Perjanjian DAP, PKR, PAN, PPBM Untuk Meminda Perkara 3(1)?” In the article, I did not even mention Tun M’s name but only commented about how the word ‘bebas’ in the agreement between DAP, PKR, PAN and Mahathir’s PPBM can undermine and violate the Article 3(1) of the Federal Constitution. So Tun M replied to my article came as a real surprise but unfortunately I am sad to say that not only Tun M’s explanation does not answer my question, but it also makes the matter more confusing because the fact that the Article 3(1) is the Article that explains about Islam as the religion of the Federation and it’s position over other religions in Malaysia and not about the rights to convert to other religions. [Read more…]

2. Made the news on national media

I was interviewed by Berita Harian, Utusan Malaysia and Harian Metro and was featured on the front page of Utusan Malaysia which later led me to being reported on news portals including Astro Awani, MalaysiaKini,  Free Malaysia Today, Tanjak and many others receiving attention from several politicians like Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Dr. Asyraf Wajdi, Tengku Razaleigh Hamzah and Ibrahim Ali. [Read more…]

3. Meeting YB Datuk Md Jais Sarday on his last day as the Education, Information and Entrepreneur and Cooperative Development Exco of Johor

I had the chance to meet Datuk Jais Sarday in Pasir Gudang on his last day as the Education, Information and Entrepreneur and Cooperative Development Exco of Johor before moving to his new post as the Housing and Local Government Exco of Johor. [Read more…]

4. Attending the Bukit Aman Special Branch Aidilfitri Open House

On the 11th of July, I attended the Aidilfitri open house by the Bukit Aman Special Branch, where I had the chance to meet the then Deputy Inspector-General of PDRM, Tan Sri Nor Rashid Ibrahim, and even managed to get his autograph. [Read more…]

5. Witnessing the court case of Eric Paulsen v. Ustaz Hafiz Nordin

I attended the court proceedings of the High Court case of Eric Paulsen v. Ustaz Hafiz Nordin, where Eric Paulsen lost in a defamation case against the Chairman of Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Ustaz Hafiz Nordin, at the High Court of Kuala Lumpur. This is my first experience of witnessing the whole proceeding of a high profile case. [Read more…]

6. My first solo talk to a crowd of over 400 students in JB

I was invited as the official ambassador of Muafakat Pendidikan Johor, to give a speech to the students and teachers of SMK Tan Sri Mohamed Rahmat in Kempas, Johor Bahru as part of Muafakat Pendidikan Johor’s ‘Jelajah Kemerdekaan’ program, on the 21st of August. In my hour long speech, I talked about the basic foundation of our country, starting with the history of the formation of Malaysia, basic principles of the country, the sovereignty of the Federation, and also a brief introduction to the Federal Constitution of Malaysia. [Read more…]

7. Program Ibadah Qurban dan Majlis Ramah Mesra IKSIM

I attended the Program Ibadah Qurban dan Majlis Ramah Mesra IKSIM on the 4th of September, which was my first experience in taking part and helping out at a qurban event. [Read more…]

8. Meeting Tan Sri Shahrir Samad

I got the chance to spend some time talking to Tan Sri Shahrir Samad, the Member of Parliament of Johor Bharu. Despite how certain people tried to paint him, I find him as very polite, soft spoken, funny and very friendly. [Read more…]

9. The officiating program of the Pusat Latihan DIAN IKSIM (PLDI)

I attended the officiating program of IKSIM’s training centre in Batang Kali, Selangor; where I also met the Minister at the Prime Minister’s Department, Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom. [Read more…]

Isu Bazar Ramadhan Kluang : Dap Sengaja Cari Pasal, Lupa Tindakan Mereka Halau Peniaga

[UMNO Online}- KLUANG, 13 Jun – Insiden kekecohan di bazar Ramadhan bandar Kluang yang tular baru-baru ini adalah kesan dari sejarah lama di mana pemimpin Dap ketika itu telah meminta bazar ramadhan di kawasan itu dipindahkan.

Mengulas perkara berkenaan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Md Jais Sarday, berkata insiden kekecohan turut berlaku di bazar sama beberapa hari lalu ketika Dap mahu memberi sumbangan kurma, seolah-olah sengaja mahu menguji kesabaran masyarakat serta peniaga Melayu dan tidak belajar daripada pengalaman lalu.

Jelasnya pada 2007 pemimpin Dap meminta Bazar Ramadan Bandar Kluang dipindahkan dari kawasan sedia ada ke kawasan lain, sehingga menimbulkan bantahan dan kemarahan peniaga Melayu.

Katanya, episod itu masih kekal dalam ingatan masyarakat Melayu Kluang, sehingga beberapa rayuan dibuat kepada Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Abd Ghani Othman bagi membatalkan arahan itu.

Kesan dari peristiwa itulah menjadi punca mengapa kekecohan itu berlaku dan para penduduk dan peniaga di kawasan itu masih terkesan dengan peristiwa lama itu jelasnya .

Tambahnya lagi selepas menjadi dalang utama mahu menghalau peniaga Melayu berniaga di bazar yang terletak di pusat bandar Kluang itu, sekarang mereka datang pula ke lokasi sama. Apa motif Dap sebenarnya?.

“Sudah pasti kedatangan Dap dan pembangkang ke situ membangkitkan kemarahan masyarakat serta peniaga Melayu yang masih terluka dan terkesan dengan usaha mahu menghalau mereka daripada berniaga di situ”, katanya.

Ini semua tegas beliau adalah perangkap dan mainan politik Dap yang memang mahu pecah-belahkan orang Melayu.

“Padahal urus setia bazar juga sudah menasihatkan Dap dan anggota pembangkang supaya mengagihkan sumbangan kurma mereka ke kawasan lain, namun mereka berdegil dan tidak mengendahkan nasihat yang diberikan.

“Jadi siapa sebenarnya yang memulakan provokasi?”, soalnya.

Md Jais yang juga Setiausaha UMNO Johor dan Ketua UMNO Bahagian Kluang berkata, adalah tidak adil melabel orang lain sebagai samseng hanya dengan memviralkan video tanpa mengetahui perkara sebenar yang terjadi.

%d bloggers like this: