Panduan Siswa UIAM: Pemasangan Office 365

Sebagai seorang pelajar yang sudah menuntut di Pusat Asasi UIAM (Centre for Foundation Studies, CFS IIUM) selama dua semester, termasuk satu semester di kampus, saya rasa baiklah saya menulis tentang kampus CFS Gambang ini bagi pelajar-pelajar yang bakal masuk ke CFS pada masa akan datang, terutamanya bagi sesi 2022/2023 ini.

Office 365 merupakan peranggu perisian kerja premium oleh Microsoft yang amat berguna bagi pelajar-pelajar dalam menyiapkan kerja-kerja kursus, atau dalam menjalankan pembelajaran secara umumnya. Berbeza dengan Office biasa, ia menawarkan lebih banyak ciri dan fungsi serta perisian tambahan.

Di UIAM, setiap pelajar diberi akses kepada Office 365 secara percuma untuk membantu pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran mereka. Namun begitu, proses untuk mendapatkan akaun Office 365 memerlukan beberapa langkah yang agak sukar bagi sesetengah orang.

Apabila saya baru mula belajar di UIAM, saya juga menghadapi masalah memasang Office 365. Oleh itu, saya telah sediakan panduan berikut bagi membantu sesiapa yang menghadapi masalah sama.

Pemasangan Office 365 memerlukan akaun i-Ma’luum untuk diaktifkan terdahulu. Ikuti panduan pengaktifan akaun/no. pin i-Ma’luum di sini.


Selamat menuntut ilmu di IIUM!

>>> Lagi panduan CFS IIUM di sini <<<

Cara Aktifkan Akaun/No. PIN i-Ma’luum (UIAM)

Sebagai seorang pelajar yang sudah menuntut di Pusat Asasi UIAM (Centre for Foundation Studies, CFS IIUM) selama dua semester, termasuk satu semester di kampus, saya rasa baiklah saya menulis tentang kampus CFS Gambang ini bagi pelajar-pelajar yang bakal masuk ke CFS pada masa akan datang, terutamanya bagi sesi 2022/2023 ini.

Gerbang Siswa i-Ma’luum merupakan salah satu laman sesawang paling penting untuk setiap pelajar di UIAM. Laman ini mempunyai banyak alat penting seperti jadual kelas, semakan pembayaran, keputusan semester dan banyak lagi.

Ramai pelajar termasuk diri saya menghadapi masalah mengaktifkan akaun i-Ma’luum, oleh itu saya telah sediakan panduan berikut bagi membantu sesiapa yang menghadapi masalah sama, dalam hanya empat langkah mudah.


Selamat menuntut ilmu di IIUM!

>>> Lagi panduan CFS IIUM di sini <<<

Apa Nak Bawa ke Pusat Asasi UIAM (CFS IIUM)?

Sebagai seorang pelajar yang sudah menuntut di Pusat Asasi UIAM (Centre for Foundation Studies, CFS IIUM) selama dua semester, termasuk satu semester di kampus, saya rasa baiklah saya menulis tentang kampus CFS Gambang ini bagi pelajar-pelajar yang bakal masuk ke CFS pada masa akan datang, terutamanya bagi sesi 2022/2023 ini.

Terdapat banyak persoalan sama ada perlu atau tidak membawa sesetengah barang, serta apa yang tidak boleh dibawa ke asrama. Terutamanya bagi mereka yang belum pernah tinggal di asrama, kadangkala ini menjadi satu masalah bagi sesetengah orang ketika mengemas beg untuk ke CFS.

Berikut merupakan senarai barangan yang bagus dibawa, dan terdapat juga yang digalakkan atau penting untuk dibawa ke CFS bagi memudahkan tugasan di sana, serta terpenting sekali barang-barang terlarang.

BaranganSangat PentingAmat DigalakkanBagus DibawaDilarang Bawa
Cerek Elektrik*
(pemasak air)
Seterika
(kering*/wap**)
Alat Pemasak
(gas/elektrik)
Periuk Nasi
Peti Sejuk
(kecil/besar)
Pengering Rambut*
Penghawa Dingin Mudah Alih
Tisu Kertas
Pemotong Kuku
Penyangkut Baju
(tidak disediakan)
Sabun Baju
Beg Galas
Bantal
(tidak disediakan)
Mangga/
Ibu Kunci Kecil

(untuk gerobok)
Beg Plastik
Makanan
Tahan Lama
Air Paket
(cth. 3 dlm. 1)
Pinggan Mangkuk
& Gelas
Bekas Makanan
Sudu, Garfu
Botol Air
Bekas Air
(sekiranya tiada air)
Fon Kepala
/Telinga/Putik
Ubat/Tambahan
/Vitamin
Payung
Lampu Suluh
Ubat Nyamuk/Serangga
(semula jadi)
Ubat Nyamuk/Serangga
(bakar/elektrik)
Kad Debit/Kredit
* = barang-barang yang dicaj RM10.00
** = barang-barang yang dicaj RM20.00

Maklumat lanjut berkenaan urusan barang-barang elektrik boleh diperoleh di sini.

Sekiranya anda mempunyai cadangan bagi barang lain yang lazim tidak difikirkan, sila sertakannya di dalam ruangan ulasan di bawah.

Selamat menuntut ilmu di CFS IIUM!

>>> Lagi panduan CFS di sini <<<

Panduan Pakaian Pusat Asasi UIAM (CFS IIUM)

Sebagai seorang pelajar yang sudah menuntut di Pusat Asasi UIAM (Centre for Foundation Studies, CFS IIUM) selama dua semester, termasuk satu semester di kampus, saya rasa baiklah saya menulis tentang kampus CFS Gambang ini bagi pelajar-pelajar yang bakal masuk ke CFS pada masa akan datang, terutamanya bagi sesi 2022/2023 ini.

Etika pemakaian merupakan satu perkara yang penting, serta sering ditanya. Di CFS, terdapat syarat dan peraturan dalam pemakaian baju ketika masa-masa berbeza. Secara umumnya, pakaian hendaklah mematuhi syarak – iaitu tidak mendedahkan mana-mana bahagian aurat.

Namun, ada juga syarat-syarat lain tertakluk kepada hari dan upacara yang dihadiri.

Syarat-syarat tersebut adalah seperti di bawah:

Pelajar Muslimin:

Pelajar Muslimat:

Selain kelas dan majlis-majlis taaruf, terdapat juga majlis-majlis lain di mana sesetengah pakaian adalah lebih sesuai atau digalakkan, jika tidak diwajibkan untuk dipakai.

Pakaian-pakaian ini digalakkan untuk dibawa bagi tujuan-tujuan umum dan lain:

PakaianSangat PentingAmat DigalakkanBagus Dibawa
Baju/Seluar Bersukan
Baju/Seluar Basahan
Blazer Hitam
(aktiviti spt. berdebat, parlimen, dsb.)
Jaket/Baju Hud
(untuk cuaca yang dingin)
Lengan
(muslimat)
Tali Leher Hitam
(pelajar undang-undang)

(aktiviti spt. berdebat, parlimen, dsb.)
Kopiah/Songkok
Kasut Sukan
Selipar/Sandal
Selipar Jepun
(untuk tandas)
Setokin Hitam

Sebagai maklumat tambahan, sekiranya anda diminta atau dikehendaki memakai ‘power suit,’ ia merujuk kepada peranggu pakaian kemeja putih, tali leher hitam, blazer hitam dan seluar hitam.

Selamat menuntut ilmu di CFS IIUM!

>>> Lagi panduan CFS di sini <<<

%d bloggers like this: